Keputusan Malaysia vs Oman 26 Mac 2015. Pada perlawanan persahabatan antarabangsa Malaysia vs Oman pada 26 Mac 2015 di Stadium Al-Sheeb berkesudahan dengan keputusan kalah teruk 0-6. Satu keputusan yang amat memalukan.
Keputusan Malaysia vs Oman 28 Mac 2015
Malaysia ( 0 ) vs ( 6 ) Oman
Tarikh: 26 Mac 2015
Masa: 10.30 malam (waktu Malaysia)
Tempat: Stadium Al-Sheeb, Oman.
Penjaring Gol: Yaqoob Karim - minit ke-15, 66.
Abdul Aziz - minit ke-42, 50.
Qasim Said - minit ke-46.
Mohsin Johar - minit ke- 87.
Skuad Harimau Malaya terpaksa akur dengan kehebatan pasukan Oman yang mendominasikan perlawanan tersebut. Kekalahan yang amat merisaukan perbangunan bolasepak tempatan yang semakin malap.
Jurulatih Malaysia, Dollah Salleh ternyata kecewa dengan keputusan ini. Beliau akur dengan kehebatan pasukan Oman yang bermain lebih baik daripada skuad kendalinya Harimau Malaya. Pasukan Oman boleh dikatakan setanding dengan pasukan Australia, Korea Selatan dan Jepun.
Kualiti Pemain Malaysia Jauh Kebelakang
Perbezaan kualiti permainan skuad Malaysia begitu ketara. Perbezaan yang amat jauh dan ketinggalan dalam semua segi. Kekalahan memalukan skuad Malaysia ketika tunduk dengan Oman 0-6 pada perlawanan persahabatan antarabangsa membuktikan segalanya.
Kualiti permainan bolasepak tempatan amat ketara berbanding dengan Asia Barat seperi Arab Saudi, Qatar, Iraq, Iran dan lain-lain negara di rantaunya.
Kita juga jauh ditinggalkan oleh pasukan dari Asia Timur seperti Jepun, Korea Selatan, China dan Korea Utara malahan sudah nampak perubahan ketara di Asia tenggara seperti Thailand, Vietnam, Loas dan Myanmar.
Bagi ketua jurulatih pasukan Johor DT, Bojan Hodak mengakui akan kekurangan skuad Harimau Malaya. Bagi beliau, pembangunan pemain muda atau pelapis dalam arena bolasepak negara kita amat menyedihkan kerana tiada perlawanan kompetitif untuk pemain muda beraksi. Keputusan Malaysia vs Oman 26 Mac 2015 adalah buktinya.
Begitu juga dengan skuad Johor DT ketika bertemu Bangkok Glass baru-baru ini, di mana kualiti permainan kita dan kualiti yang ada pada pemain tempatan belum cukup bagus untuk bersaing dalam Liga Juara-Juara Konfederasi Bola Sepak Asia.
Apa pendapat anda dengan Keputusan Malaysia vs Oman 26 Mac 2015 ini. Jom mari beri komen atau pendapat anda dalam perlawanan tersebut? Apakah langkah-langkah yang perlu Malaysia lakukan?