Tahukah anda? Kerajaan Kutip GST RM42 Juta Sehari. Itulah gambaran semasa di mana kerajaan telah laksanakan GST pada 1 April 2015 lalu. Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah mengumumkan bahawa mereka telah mengutip Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebanyak RM922 juta ke atas barangan yang diimport ke negara ini dalam tempoh 22 hari semenjak dilaksanakan pada 1 April 2015 yang lalu.
Kerajaan Kutip GST RM42 Juta Sehari
Secara puratanya, GST yang dikutip oleh pihak Kastam Malaysia sebanyak RM42 juta sehari di semua pintu masuk ke Malaysia. Ini belum lagi termasuk GST yang akan dikutip daripada 373,668 syarikat yang telah berdaftar dengan Perlaksanaan GST. Ini kerana syarikat berdaftar tidak perlu dibayar GST kepada pihak JKDM setiap hari.
Cukai Barang dan Perkhidmatan ini dilaksanakan pada 1 April 2015 mengantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) untuk menambah pendapatan negara dan disamping itu untuk pembangunan negara.
Sementara itu, kita masih tertanya-tanya apakah bayaran GST terhadap nilai tambah ke atas kad prabayar telefon bimbit akan dikenakan atau pun tidak. Buat masa sekarang kita dikenakannya.
Syarikat telco diberi tempoh selama sebulan untuk menjalankan kajian dan mendapat reaksi pandangan pelanggan masing-masing sama ada hendak melaksanakan GST atau menambah nilai masa ketika berbual atau pun akses internet terhadap jalur lebar.
Diharap dengan perlaksanaan dan pendapatan Kerajaan Kutip GST RM42 Juta Sehari boleh memberi kemudahan dan perkhidmatan dalam bentuk pembangunanan negara seperti jalan raya, sekolah, hospital, klinik, perumahan untuk rakyat berpendapatan rendah dan sederhana dan bantuan untuk pelajar miskin dan bantuan bencana alam seperti banjir dan kebakaran.