Quantcast
Channel: sensasi2020
Viewing all articles
Browse latest Browse all 381

Zizan Razak Mahu Risik Edora

$
0
0
Zizan Razak Mahu Risik Edora. Itulah yang akan dilakukan oleh ayah Zizan Razak, Abd Razak Husain, 57 untuk anaknya dalam waktu terdekat. Bapa kepada pelawak popular, Zizan Razak mengesahkan bahawa wanita yang dikenali nama sebagai Nur Edora Diyana Hashim yang tersebar fotonya baru-baru ini di portal-portal berita hiburan dan media sosial mempunyai hubungan rapat dengan Zizan.



Zizan Razak Mahu Risik Edora
Nur Edora Diyana Hashim


Zizan Razak Mahu Risik Edora


Nama Edora menjadi sebutan apabila foto beliau tersiar di media sosial dan portal-portal hiburan. Beliau berasal dari Kuala Terengganu dan kini beliau adalah pelajar di sebuah universiti di Terengganu dan menuntut dalam bidang perakaunan.

Bapa kepada pelawak popular, Abd Razak Husain, mengesahkan bahawa Edora adalah kenalan rapat anaknya. Zizan sudah membawa Edora sebanyak 3 kali menemui bapanya di sekitar bandar Kuala Terengganu.


Bapa Zizan Nafi Anaknya Telah Bertunang


Bapa Zizan bagaimanapun menafikan bahawa Zizan Razak sudah bertunang dan mendirikan rumahtangga dengan gadis pilihannya. Itu cuma khabar angin yang tidak berasas.

Zizan juga telah berhasrat ingin merisik wanita tersebut dalam waktu terdekat. Zizan telah memberi bayangan bahawa wanita tersebut merupakan pilihannya anaknya sendiri.

Sebagai seorang bapa, sudah tentu bersetuju dengan sesiapa sahaja pilihan anaknya. Zizan dah berumur 31 tahun, segala hasrat dan pilihan siapa isterinya adalah hak Zizan untuk membuat pilihan.

Gambar Edora berusia 24 tahun itu dipercayai dikirim oleh seorang kenalan dari kampung pelawak tersebut kepada sebuah portal hiburan baru-baru ini.



Zizan Razak Bakal Menamatkan Zaman Bujangnya


Sebelum ini, Zizan Razak telah putus cinta dengan Emma Maembong, 23 pada Januari lepas dan Zizan telah membuat pengakuan dalam sebuah akhbar mingguna bahawa dia bakal menamatkan bujangnya pada bulan Jun nanti.

Berita terkini bahawa Zizan Razak Mahu Risik Edora telah mula tersebar dan kita sebagai peminat beliau sudah pasti mengharapkan hubungan ini berkekalan hingga ke jinjing pelamin dan kekal hingga ke akhir hayat. 

Saya doakan agar Zizan Razak bahagia dengan wanita pilihannya Nur Edora. "Selamat Pengantin Baru" buat Zizan Razak. Semoga bahagia dengan wanita pilihan anda Nur Edora Diyana Hashim.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 381