Quantcast
Channel: sensasi2020
Viewing all articles
Browse latest Browse all 381

Keputusan Penuh Liga Super Johor DT vs Felda United 3 Mei 2015

$
0
0
Keputusan Penuh Liga Super Johor DT vs Felda United 3 Mei 2015.Keputusan telah diketahui di mana Johor DT buat pertama kali yang dikendalikan oleh ketua jurulatih baru mereka Mario Gomez, ternya tidak mengecewakan apabila membenam Felda United 1-0 di Stadium Larkin, Johor malam tadi.


                                 
Keputusan Penuh liga Super Johor DT vs Felda United 3 Mei 2015
Johor DT vs Felda United


Keputusan Penuh Liga Super Johor DT vs Felda United 3 Mei 2015


Terkini:

Johor DT ( 1 ) vs ( 0 ) Felda United
Masa: 8.45 malam
Tempat: Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor.
Penjaring Gol: Patricio Rodriguez - minit ke-45 (JDT)


Ternyata sentuhan Pengendali baru Johor DT, Mario Gomez membuahkan hasil apabila berjaya mengalahkan Felda United dengan jaringan 1-0. Walaupun menang tipis tetapi cukup untuk berada di tangga kedua dalam Carta Liga Super 2015 di belakang PDRM. 

Pada babak pertama perlawanan, persembahan kedua-dua pasukan saling serang-menyerang, namun gagal disudahi dengan penyudah.

Di saat akhir perlawanan, separuh masa pertama, Johor DT mendapat tenangan penalti apabila Patricio Rodriguez dijatuhkan oleh benteng pertahanan Felda United.Tendangan penalti diambil sendiri oleh Rodriguez, beliau berjaya memperdaya penjaga gol Felda United. 

Bersambung pada perlawanan separuh masa kedua, kedua-dua pasukan masih buntu menghasilkan gol hinggalah ke wisel penamat.

Dengan kemenangan ini, Johor DT berada di tangga kedua selepas PDRM, walaupun mata sama namun ia berpihak kepada PDRM dengan 6 kemenangan, kalah 4 kali, mendapat jaringan 22 gol dan bolos hanya 18 gol.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 381