Quantcast
Channel: sensasi2020
Viewing all articles
Browse latest Browse all 381

Salam Aidilfitri 2015

$
0
0
Salam Aidilfitri 2015. Selamat hari raya Aidilfitri, ambo ucapkan kepada semua sanak-saudara, rakan-rakan taulan dan semua yang mengenali diri ini. 

                                    



Sempena dengan hari yang mulia ini, ambo ingin memohon ampun dan maaf dari hujung rambut sampai ke hujung kaki.

Syawal telah menjelang tiba,
Bermaaf-maafan diantara kita ,
Takbir berkumandang menusuk jiwa,
Semoga ceria bersama keluarga.

Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
Blog dicipta penganti kad raya,
Tanda ingatan tak luput di hati.

Semoga ibadat puasa dan sedekah amal jariah yang kita lakukan pada bulan Ramadhan mendapat keberkatan dan pahala berganda daripada Allah SWT. Semoga kita berjumpa lagi di Ramadhan tahun depan. Insya Allah.... jika kita diberikan umur yang panjang.

                             


Jika pulang ke kampung halaman masing-masing atau pergi berkunjung ke rumah sanak-saudara, memandulah dengan berhati-hati. Ingatlah orang tersayang.

Akhir kata saya ucapkan Salam Aidilfitri 2015, maaf, zahir dan batin. 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 381

Trending Articles