Bloglist September 2015 Di Group Best Blogger Network telah saya senaraikan di blog saya untuk sepanjang bulan ini. Setelah berblog selama bertahun-tahun, inilah pertama kali menyenaraikan nama blog rakan yang mesra untuk dimasukkan dalam senarai. Inilah sebagai tanda terima kasih buat mereka yang sudi menjadi ahli group WhatsApp "Best Blogger Network"yang telah ditubuhkan oleh saya (sensasi2020) dan rakan MrHanafi (Hero Bornea).
![]() |
Bloglist September 2015 |
Bloglist September 2015
2. yeopmaz.com
8. mrhanafi.com
13. www.iuzira.com
16. hajarshikin.com
30. alongxp.com
31. cheqeem.com
33. cahayadiana.com
Seramai 36 orang rakan ini, saya akan blogwalking ke blog mereka dan meninggalkan jejak (komen) sebagai ucapan terima kasih kerana sentiasa setia di media sosial WhatsApp group "Best Blogger Network'. Semoga kedatangan saya nanti disambut dengan penuh rasa keceriaan.
Saya juga berharap agar group WhatsApp "Best Blogger Network" ini akan bertambah ahlinya setiap masa dan setiap hari dan akan menjadi sebuah group yang hebat dengan fungsinya untuk berkongsi idea, maklumat, info berkaitan blogger dan isu semasa.
Tiada yang lebih indah selain dapat bersembang dengan mereka ini. Setiap hari ada saja isu yang mereka keudarakan. Ada pelbagai soalan yang ditujukan dan adakala menjadi kewajiban untuk mana-mana rakan-rakan untuk menjawab soalan tersebut.
Inilah yang menjadikan group ini sentiasa aktif dan ada mencapai matlamatnya. Insya Allah, kita semua berganding bahu bagi memeriahkan lagi suasana bersembang sambil berdoa agar ianya menjadi satu group yang hebat lagi best.
Jika ada rakan-rakan yang belum, "Sertai Group Best Blogger Network", jangan segan dan silu untuk turut serta. Boleh hubungi saya KAMIL SALLEH (013-9995015) atau MRHANAFI (011-38228381).