Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 381

Jerebu Kembali Lagi

Jerebu Kembali Lagi menghantui negara dan sekolah di enam negeri diarah tutup oleh Kementerian Pendidikan ekoran peningkatan Index Percemaran Udara (IPU) amat tidak sihat, boleh menjejaskan kesihatan murid-murid.

                                    


Jerebu Kembali Lagi

Negeri-negeri yang terlibat dalam penutupan sekolah adalah Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Namun begitu bagi pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Kolej Vokasional diteruskan hari ini di bawah Ops Topeng.

Mengikut keadaan semasa semalam, Laporan daripada Jabatan Alam Sekitar menyatakan bahawa 14 kawasan mencatatkan IPU tidak sihat dan semakin merosot sehingga pagi ini.

Keadaan ini menyebabkan 6 buah negeri diarah tutup sesi persekolahan kerana ia merbahaya kepada pelajar sekolah.

Jabatan Alam Sekitar akan mematau dari masa ke semasa, jika ia terus merosot, maka esok sekolah tetap ditutup lagi demo memastikan semua IPU berada di paras sihat agar murid-murid selesa untuk belajar dan guru-guru tidak rungsing dengan keadaan Jerebu Kembali Lagi ini.

Sama-sama kita doakan dan solat hajat agar keadaan ini terus mrnjadi normal seperti biasa.
Image may be NSFW.
Clik here to view.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 381

Trending Articles