Quantcast
Channel: sensasi2020
Viewing all articles
Browse latest Browse all 381

Akaun Laman Sosial Facebook Alvin Tan Dipadam

$
0
0
Akaun Laman Sosial Facebook Alvin Tan Dipadam setelah sehari beliau menghina umat Islam dengan memuat naik gambar bersiri yang menunjukkan blogger lucah itu menggunakan kitab suci Al-Quran sebagai tisu tandas. Satu lagi penghinaan beliau yang tidak menghormati sensitiviti agama Islam. 


Akaun Facebook Alvin Tan Dipadam
Akaun Facebook Alvin Tan Dipadam


Akaun Laman Sosial Facebook Alvin Tan Dipadam

Alvin Tan atau nama sebenarnya adalah Alvin Tan Jye Yee, 26 tahun, sebelum ini telah mendapat suaka politik di Amerika Syarikat telah mengesahkan perkara tersebut menerusi laman profil sebuah lagi akaun media sosial Facebook miliknya.

"My VERIFIED BADGE Facebook page has been permanently banned (Laman Facebook VERIFIED BADFE daya diharamkan untuk selamanya)" 

Dalam gambar bersiri yang beliau muat naik dilihat menggunakan helaian Al-Quran untuk membuang najis dan telah menyatakan bahawa membaca kitab suci itu di dalam tandas sebagai salah satu hobi hariannya.

Alvin Tan sebelum ini sudah banyak membuat kontroversi yang sengaja menghina agama Islam ketika berada di Amerika Syarikat.

Kini, akibat daripada tindakannya telah dikecam hebat oleh semua umat Islam dan juga bukan Islam yang tidak berpuas hati terhadap perbuatan biadabnya dan ramai yang telah memberi amaran akan mengadu perkara berkenaan kepada pihak Facebook. 

Namun begitu, walaupun akaun Facebook Alvin Tan dipadam dan ditutup tetapi beliau masih kembali ke dunia Facebook dengan akaun baru. Beliau mendakwa, beliau masih hidup menerusi akaun terbarunya. 

Berita Sensasi beliau yang mengatakan telah mati ditembak adalah merupakan satu berita yang beliau sendiri ciptakan sebagai simbolik terhadap akaunnya yang telah dipadam oleh pihak Facebook tetapi masih hidup/aktif dengan akau lain.

Sebagai seorang Islam, kita biarkan saja apa yang beliau lakukan. Tidak usahlah menghentam beliau dengan kata-kata kesat. Jika kita berbuat demikian seperti mengalakkan beliau untuk terus menghentam dan menjadikan beliau lebih agresif untuk terus membuat kontroversi yang tiada kesudahannya. Adakah Akaun Laman Sosial Facebook Alvin Tan Dipadam akan menjadikan beliau seorang yang baik hati dan mulia selepas ini?

Semoga Allah Taala membuka pintu hatinya agar mejadi insan yang mulia selepas ini. Hanya Allah Taala yang dapat menentukan di mana Allah Taala mahu tempatkan beliau. Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu kejadian dan kesudahannya selepas ini... Allah Yang Esa dapat menentukannya.

Jangan lupa baca artikel terdahulu : Spekulasi Susu Kambing Siti Nurhaliza.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 381