11 Langkah Utama Pengubahsuaian Bajet 2016 | Kerajaan semalam mengumumkan satu pengubahsuaian bajet 2016 bagi mengurangkan bebanan rakyat untuk berbelanja. Ia juga bertujuan memberikan lebih wang kepada rakyat dalam menguruskan ekonomi mereka dalam suasana kejatuhan mendadak harga minyak mentah dunia.
11 Langkah Utama Pengubahsuaian Bajet 2016
Pertama - KWSP
Kedua - Pelepasan Cukai (LHDN)
Ketiga - Kos Harga Barangan
Mengurangkankan kos harga barangan keperluan harian rakyat dengan melaksanakan:
- Kuota kawalan import (AP) bagi lapan produk pertanian seperti daging lembu, daging kerbau, daging kambing, biji kopi mentah bagi memastikan bekalan sentiasa mencukupi dan konsisten.
FAMA akan menubuhkan lebih 10 MyFarm Outlet sebagai pasar harian dan boleh beli terus hasil pertanian yang menjual makanan keperluan seperti ikan, daging, ayam, sayur dan buah-buahan pada harga 5%-20% lebih rwndah daripada harga pasaran.
- KPDNKK diberi mandat atau kuasa untuk mengenal pasti lebih banyak kedaijualan harga berpatutan daripada 640 buah kepada 1000 buah kedai pada tahun 2016.
- KPDNKK mesti mempertingkatkan kecekapan dalam penguatkuasaan dan sentiasa mengambil langkah-langkah khas dengan mengambil tindakan undang-undang ke atas peniaga yang tidak beretika.
- Sebagai insentif input pengeluaran padai, kerajaan menyediakan tambahan tunai sebanyak RM50 bagi setiap satu metrik tan padi bersih kepada para pesawah.
- Program MyBeras akan diperkenalkan kepada setiap kelyarga miskin tegar yang berdaftar dan akan dibekalkan 20kg beras setiap bulan.
Keempat - Rumah
- Lebih 100,000 unit rumah kan ditawarkan dalam program Jelajah Ekspo Pemilikan Rumah Bersepadu.
- Bagi Projek Perumahan Rakyat, Bank Rakyat dan Bank Simpanan Nasional (BSB) akan menawarkan pakej pembiaan pada kadar 4% dengan dana berjumlah RM400 juta dan memberi manfaat lebih 10,000 pemilik rumah.
Kelima - Struktur Kutipan Cukai
- Kerajaan akan mengandakan usaha pematuhan dan pengauditan terhadap para pengelak cukai.
- Pengstrukturan semula saluran jualan rokok dan minuman keras yang terletak di Pulau Bebas Cukai.
- Pengecualian cukai kenderaan import di Pulau Bebas Cukai akan dipertingkatkan.
Keenam - Levi
![]() |
Levi - HRDF |
Sumbangan 30% daripada levi HRDF yang berjumlah RM200 juta akan disediakan untuk meningkat kompetensi dan kemahiran pekerja menerusi inisiatif reskill dan upskill.
Ketujuh - Pekerja Asing
- Pengurusan sistem pekerja asing dengan kadar levi hanya akan diklusterkan kepada dua kategori sahaja tidak termasuk pembantu rumah.
- Kerajaan juga bersetuju melaksanakan program Pengajian dan Penempatan semula Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) bagi memenuhi permintaan industri serta membolehkan kerajaan mengetahui jumlah PATI di negara ini.
Kelapan - Projek Untuk Rakyat
Kerajaan akan terus fokus terhadap projek dan program yang memberi penekanan tentang kepentingan rakyat dan memiliki kesan berimpak tinggi serta kandungan import rendah.
- Projek berbentuk fizikal akan diberi keutamaan seperti pembinaan rumah mampu milik, sekolah, hospital, klinik, jalan raya dan pengangkutan awam.
- Projek bukan fizikal dan projek yang masih diperingkat kajian akan disemak dan dijadual semula.
- Langkah tersebut dapat mengurangkan komitmen aliran tunai sehingga 5 billion.
Kesembilan - Berhemah Dalam Pengurusan
Kerajaan akan terus berusaha lebih berhemat ketika menguruskan perbelanjaan khususnya dalam bekalan dan perkhidmatan.
- Meneruskan usaha merasionalkan pemberi getan kepada Tabung Amanah Ketajaan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).
- Selain itu juga, ketajaan berusaha merasionalkan dan menyusun semula entiti merangkumi Company Limited By Guarantee dan badan berkanun.
Kesepuluh - Pembiayaan Kepada PKS
Institusi Pembangunan Kewangan dan dana modal teroka milik kerajaan akan ditambah dana pembiayaan mereka sebanyak RM6 billion dalam menyediakan pembiayaan kepada PKS dan syarikat permulaan.
Kesebelas - Sektor Swasta
Sektor swasta dan pihak GLC disarankan melaksanakan inisiatif bagi mengurangkan jurang pendapatan pengurusan atasan dan rendah secara berperingkat dan akan dipantau oleh Unit Perancang Ekonomi.
Kita tunggu dan lihat adakah 11 Langkah Utama Pengubahsuaian Bajet 2016 memberi rakyat hidup dengan lebih selesa atau sebaliknya?
Akhir Kata
Untuk laporan penuh Perutusan Khas Perdana Menteri boleh ikuti melalui artikel ini "Pengubahsuaian Bajet 2016".Kita tunggu dan lihat adakah 11 Langkah Utama Pengubahsuaian Bajet 2016 memberi rakyat hidup dengan lebih selesa atau sebaliknya?