Keputusan Terkini Liga Super Kelantan vs Sarawak 26 Februari 2016 | Malam ini ada satu perlawanan Liga Super Malaysia diantara Kelantan menentang Sarawak jam 9 malam di Stadium Sultan Muhamad IV, Kota Bharu, Kelantan.
Keputusan Terkini Liga Super Kelantan vs Sarawak
26 Februari 2016 (Jumaat)
Kelantan ( 2 ) vs ( 2 ) Sarawak
Masa: 9 malam
Tempat: Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan.
Penjaring Gol: Makeche Ndumba m-8, 71.
Blahze Ilijoski m-43, 63.
Boleh ikuti Siaran Langsung di TV9. Ia bermula pada 8.30 malam.
Malam ini merupakan perlawanan Liga Super Malaysia kali ke-3, jam 9 malam.
Perlawanan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV.
Di atas kertas, Kelantan tiada masalah untuk menang mengatasi Sarawak pada malam ini.
Kelantan yang telah menang 1-0 ketika bertemu PDRM dan seri 0-0 dengan Perak sudah pasti akan menurunkan kebelasan utama mereka.
Sudah pasti ketua jurulatih Kelantan, K. Devan ada ramuan istimewa untuk menentang Satawak. Jika mengikut perkiraan semasa, QPTRW boleh menang malam ini mengatasi Sarawak.
Beliau mengharap pemain import mereka, Dramane Traore dan Blahze Ilijoski untuk merobek pintu gawang gol Sarawak bertalu-talu. Kenenangan Kelantan akan meletakkan Kelantan dalam zon selesa dalam carta Liga Super Malaysia
Sarawak sebagai pasukan pelawat, tidak akan membiarkan Kelantan menguasai permainan.
Bekas pengendali Skuad Bola Sepak Kebangsaan dan juga bekas ketua jurulatih skuad Kelantan, K.Rajagopal sudah pasti mahu mencatat kemenangan pertama mereka setelah tiga kali kalah dalam aksi Liga Super dan Piala FA.
Beliau mengharapkan kemenangan berpihak kepada mereka sebagai menyuntik semangat pemain bagi meneruskan perlawanan seterusnya.
Sama-sama kita saksikan aksi pemain kedua-dua pasukan bermain. Sudah pasti satu perlawanan yang hebat.
Jika berkesempatan, para penyokong kedua-dua pasukan memenuhi stadium sebagai pembakar semangat kepada para pemain.
Jangan lupa ikuti Keputusan Terkini Liga Super Kelantan vs Sarawak 26 Februari 2016 di sini untuk dapatkan update dari masa ke semasa.
Jangan lupa ikuti Keputusan Terkini Liga Super Kelantan vs Sarawak 26 Februari 2016 di sini untuk dapatkan update dari masa ke semasa.
"Majulah Bola Sepak Untuk Negara"