Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah Oh Azizah Popular Di Ampang. Setiap hari kita perlu makan untuk mrngekalkan kesihatan diri selain daripada kebersihan. Untuk mengekalkan tenaga seharian bekerja, kita perlu makan tiga kali sehari. Nasi kukus sesuai di makan pada waktu tengahari, petang atau malam.
![]() |
Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah Oh Azizah |
Tempat Makan Yang Sesuai
Bila ingin makan, sudah tentu kita perlu mencari tempat yang sesuai untuk dimakan. Apa kata saya syorkan anda makan di Food Court Taman Kosas, Ampang, Selangor. Tuan punya kedai ini adalah kakak saya yang sulong. Namanya Azizah Salleh, sudah 10 tahun menetap di Ampang, Selangor. Masakannya memang sedap, lazat dan menyelerakan. Bakat yang ada pada kakak saya terselah. Ia diwarisi daripada ibu saya.
![]() |
Tuan Punya Kedai Oh Azizah Kanan Sekali Bersama Tegar dan Puan Aniza |
Paling teruja bila seorang Artis dari Indonesia berkunjung di gerainya. Sempat juga ia berselfie bersama Tegar, seorang penyanyi kanak-kanak dari Indonesi yang top lagu"Aku Yang Dulu Bukanlah Sekarang".
Ia terletak di lokasi yang strategik, iaitu jalan menuju ke Flat Taman Kosas atau Taman Bukit Indah, Ampang, Selangor ataupun jalan nak ke Ampang Water Front tapi sebelum lampu isyarat ke Giant Spectrum, Bandar Baru Ampang kita harus ke kiri selepas saja terlihat Station Minyak Caltex. Masuk simpang kiri itu akan berjumpa dengan sebuah Medan Selera atau Food Court yang agak terlindung.
Kalau anda sudah biasa ke sini, anda pernah singgah atau makan, pasti akan berjumpa dengan tempat ini. Sebenarnya tidaklah susah sangat nak cari di sini. Lainlah jika orang luar daripada Selangor atau Kuala Lumpur.
Makanan Berkhasiat
Untuk makan kita memerlukan makanan yang berkhasiat dan menyelerakan. Oleh itu kita perlu makan untuk memberi tenaga sebagai penambah tenaga untuk bekerja di sepanjang hari.
Apa kata bila tiba waktu malam kita juga kena makan untuk mengantikan tenaga yang dihabiskan semasa bekerja. Waktu yang terbaik adalah pada pukul tujuh lebih.
Anda perlu mencuba masakan yang ada di Food Court Taman Kosas iaitu "Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah Oh Azizah", salah satu gerai yang menarik perhatian anda bila berkunjung di situ.
![]() |
Kredit: MahaMahu - Food Court@Taman Kosas |
Jika anda terbaca kisah "Banana Cheese" di blog MahaMahu, sudah semestinya di Food Court inilah, tetapi yang Gerai Oh Azizah adalah bersebelahan kedai jual banana cheese tadi.
Bukan setakat nasi kukus saja mereka jual. Pelbagai masakan lagi yang ada di situ. Menu dan harganya agak sederhana, sesuai untuk seisi keluarga.
Boleh dikatakan setiap malam ramai pengunjung/pelanggan yang singgah di Food Court Gerai Oh Azizah. Kebanyakan mereka berpuas hati terhadap makanan yang disediakan. Suasana yang santai, keadaan malam yang sederhana cerah amat berminat oleh pelanggan. Ada layar gergasi di sana, jika ingin menimati juadah sambil menonton filem, sukan, drama daripada ASTRO.
Suasana Pelanggan Di Waktu Malam |
Masakan Lain Di Food Court Oh Azizah
Bukan setakat nasi kukus ayam goreng berempah, Masakan panas pun ada di situ, nasi kerabu, mee kari, laksa Kelantan, laksam, laksa penang, bubur nasi ayam dan pelbagai lagi masakan yang disediakan untuk pelanggan.
Selamat berkunjung ke Medan Selera atau Food Court Taman Kosas untuk menikmati juadah di sana. Jangan lupa mencuba "Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah Oh Azizah"cukup popular di Ampang.
Kalau di waktu pagi dan petang, anda juga boleh beli di cawangannya yang terletak di Medan Bukit Indah berhadapan Kedai Hardware, Bukit Indah, Ampang, Selangor.
Untuk keterangan lebih lanjut atau sebarang pertanyaan dan tempahan bolehlah hubungi di:
Untuk keterangan lebih lanjut atau sebarang pertanyaan dan tempahan bolehlah hubungi di:
- Azizah Salleh (Kak Zah)
- No Tel: 0102631324
- Alamat: Food Court Taman kosas, Jalan Kosas, Ampang, Selangor.