The Bloggers Dinner Anjuran Hexa Cooperation merupakan satu majlis makan malam yang julung kali diadakan sempena pelancaran lynk.my versi terbaru. Satu majlis yang menghimpunkan blogger-blogger terpilih bagi mengiktirafkan sumbangan mereka terhadap karya mereka di blog masing-masing.
![]() |
The Bloggers Dinner 2017 |
The Bloggers Dinner 2017
Malam Bersama Blogger 2017 atau "The Bloggers Dinner 2017" anjuran Hexa Cooperation Sdn Bhd yang mengelolakan lynk.my (Shorten Malaysia). Pertama kali diadakan bagi melancarkan versi baru lynk dot my mereka pada 19 Mei 2017, bertempat di Hotel Concorde Kuala Lumpur.
![]() |
Selfie Bersama Khir Khalid Di The Bloggers Dinner 2017 |
Sokongan blogger terhadap lynk.my amat mengalakkan terutamanya group Best Blogger Network yuang sentiasa berkerjasama dengan mereka dalam menaikan lynk.my di mata rakyat Malaysia yang dahagakan kejayaan dalam perniagaan mereka.
![]() |
Selfie Bersam Syarifah Syahirah Celebriti Malaysia |
Saya sebagai pengerusi Best Blogger Network dan semua AJK serta ahli-ahli group amat teruja dijemput ke majlis ini. Satu pengiktirafan yang sukar diucap dengan kata-kata. Apa yang boleh diucap adalah jutaan terima kasih untuk Hexa Cooperation terutama Chief Operation Officer Encik Fakhrul Iswandi.
![]() |
Blogger-Blogger Otai di Malam Bersama Blogger |
Bukan itu saja, anak-anak yatim juga diraikan pada majlis tersebut. VVIP, AJK Best Blogger Network, blogger-blogger hebat dan wakil-wakil penaja.
Apa yang paling menarik hidangan yang disediakan amat banyak dan sedap-sedap belaka. Nasi, kuih-muih, kek, desert, minuman dan banyak lagi, banyak sangat nak disenaraikan.
Insya Allah, jika tiada halangan Majlis seperti ini akan dibuat acara tahunan oleh Hexa Cooperation. Terima kasih dan tahniah buat staf-staf Hexa Cooperation dan juga lynk.my berserta iKedaiKami.com diatas penganjuran majlis ini. Diantara yang terbaik event yang dibuat untuk merapatkan ukhwah antara kita.
Terima kasih juga buat semua dif-dif jemputan yang lain bagi menjayakan majlis "The Bloggers Dinner 2017" ini. Sumbangan idea dan sokongan terhadap kami sebagai warga blogger bagi mengiktirafkan peranan blogger dalam media sosial.
Tidak dilupa juga buat pemenang cabutan bertuah yang dapat hadiah hebat-hebat. Bukan lucky draw jadi keutama tetapi kejayaan dalam sesuatu majlis lebih diutamakan agar kita dapat memberi sumbangan bakti terhadap sesuatu perkara.
Semoga kita berjumpa lagi di lain event lagi. Best dapat jumpa rakan blogger lain, yakni Hasrul Hassan, Khir Khalid, Norman Danish, Adzril, Dhia, Akma Omar, Hanny Abdullah, Izarra Qistina, Afzal SukaSuki, Zakri Rozaini, MahaMahu dan ramai lagi