Assalamualaikum..... Tahun ini sekali lagi saya berniaga di Bazar Ramadhan Taman Bukit Indah 2017, Ampang, Selangor. Tempat yang sangat sesuai untuk kita berniaga sambil mencari pendapatan tambahan dengan rezeki yang melimpah-ruah sempena bulan mulia bulan Ramadhan Al-Mubarak.
Bazar Ramadhan Taman Bukit Indah 2017
![]() |
Suasana Di Bazar Ramadhan Taman Bukit Indah 2017 |
Bila tibanya bulan Ramadhan, yakni bulan umat Islam mengerjakan ibadah puasa, pastinya saya akan membuka gerai di Bazar Ramadhan Taman Bukit Indah. Di sinilah tempat saya mennambah rezeki dengan menjual nasi lemak (Nasi Lemak Pandan Mieeza), nasi kerabu, lauk-pauk dan kuih-muih.
Saban tahun (Ramadhan), saya mengambil cuti panjang selama 40 hari tanpa gaji dengan majikan (Secret Recipe) semata-mata ingin menjual di Bazar Ramadhan Taman Bukit Indah 2017.
Walaupun saya tahu, rezeki menjual di bazar Ramadhan tidak menentu tetapi kerana minat dan ingin memperkenalkan jenama Mieeza Creative Catering terpaksalah saya melakukan kerja ini.
Sememangnya ianya sedikit penat, namun demi mencari rezeki yang halal, apa saja pekerjaan kita wajib membuat yang terbaik.
Bazar Ramadhan Taman Bukit Indah Tumpuan Ramai
Boleh dikatakan setiap negeri ada tempat untuk para peniaga kecil-kecilan untuk mereka berniaga. Contohnya Bazar Ramadhan. Di sinilah ianya menjadi tumpuan ramai pengunjung untuk mencari pelbagai jenis nasi, lauk-pauk, kuih-muih dan beraneka makanan.
Kadang-kadang makanan yang dijual hanya terdapat pada bulan Ramadhan sahaja terutamanya lauk-pauk seperti ayam percik, ikan percik, kuih tahi itik, akok, puteri mandi, nekbab, buah hulu, nasi kaya dan sebagainya.
Jika anda berada disekitar kawasan Ampang, Cheras, Pandan Indah bolehlah berkunjung keBazar Ramadhan Taman Bukit Indah 2017 ini. Gerai tempat saja menjual adalah petak no.8, berdekatan pintu masuk bazar tersebut.
Saya menjual nasi kerabu ayam percik, nasi lemak sambal kerang, ikan bilis, paru-paru, nasi putih berlauk dan juga kuih-muih. Jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkannya. Anda pasti berpuas hati dengan pelbagai masakan yang disediakan. Jika tidak pun boleh singgah di gerai-gerai lain di sekitar bazar tersebut.
Akhir kata, saya memohon jutaan terima kasih buat semua pengunjung yang singgah di gerai saya. Dalam kesempatan ini saya ucapakn selamat berpuasa dan selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Kepada waris-waris, saudara-mara dan rakan-rakan jangan lupa singgah ye....
Segala amalan anda di bulan puasa ini, saya doakan agar anda beroleh pahala berlipat kali ganda dan mendapat keampunan dan keberkatan di duni mahupun di akhirat. Insha Allah...Amin....