B-22 Malaysia Menang Mengalahkan B-22 Indonesia | B-22 Malaysia tampil dengan cemerlang dengan menewaskan B-22 Indonesia 3-0 pada aksi pembukaan Kumpulan H kempen kelayakan Piala Konfedasi Bola Sepak Asia (AFC) di Stadium Nasional Supachalasai semalam 20 Julai 2018.
B22 Malaysia Menang Mengalahkan B-22 Indonesia
B-22 Malaysia Menang Mengalahkan B-22 Indonesia 3-0 pada aksi semalam. Keputusan ini membuktikan bahawa pemain B-22 Malaysia tidak ketandusan bakat dan boleh bermain lebih baik lagi di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
Walaupun enam pemain utama tidak dapat dilepaskan oleh kelab masing-masing, tidak sedikit pun mencacatkan atau merencatkan rentak skuad B-22 kendalian Datuk Ong Kim Swee.
Kemenangan ke atas skuad B-22 Indonesia kendalian Luis Milla akan menyuntik semangat buat 22 7pemain negara sebelum mereka bertemu dengan B-22 Thailand yang sememangnya jaguh bola sepak Asia Tenggara pada aksi kedua pada Jumaat nanti (21 Julai 2017).
Keegoan Skuad B-22 kendalian Luis Milla tercalar bermula seawal minit ke-3 apabila penyerang muda Kedah, Syafiq Ahmad meledak gol pertama menerusi penyudah yang mengelirukan menewaskan penjaga gol Indonesia, Satria Tema Hardiyanto.
Selepas itu, skuad B-22 Indonesia berputih mata pula Apabila Mohd Jafri Firdaus Chew meledak gol kedua menerusi tandukan pada minit ke-20 untuk memberi keselesahan pada pemain Malaysia dan memberi tekanan lagi kepada Indonesia untuk memburu gol.
Pelbagai corak dan gerakan berbajaya dilakukan oleh skuad Indonesia, namun mudah dipatahkan oleh pemain B-22 Malaysia.
Selang 10 minit, gol ketiga pula diperolehi hasil tandukan N. Thanabalan pada minit ke-30 terus melemahkan semangat Indonesia memburu gol bagi merapatkan jurang.
Lebih parah lagi apabila terjahannkeras Asnawi Mengkualam ke atas Syazwan Andik membawa padah apabila dilayangkan oleh pengadil perlawanan pada minit ke-68.
Perlawanan akhirnya berkesudahan dengan B-22 Menang Mengalahkan B-22 Indonesia dengan keputusan 3-0 sehingga tamat perlawanan akibat kebuntuan menghasikan gol.