Keputusan Percubaan UPSR Anakku Semakin Baik | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ramai dikalangan ibubapa yang mana anaknya menduduki perperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun 2017 ingin mendapat keputusan cemerlang?
![]() |
Bersama Anak Ketika Pergi Kem Motivasi UPSR |
Namun setakat mana pelajar itu mampu memenuhi hasrat ibubapa mereka untuk dapat keputusan yang membanggakan?
Keputusan Percubaan UPSR Anakku Baik
Baru-baru ini semua pelajar tahun 6 di seluruh Malaysia telah menempuhi peperiksaan percubaan UPSR 2017. Keputusan yang diperolehi, ada yang mengembirakan dan ada juga yang sedih.
Namun begitu, masa ada masa sebulan lagi untuk ibubapa mempersiapkan diri bagi membantu anak masing-masing.
Di sini saya selitkan sedikit berkaitan Keputusan Percubaan UPSR Anakku Semakin Baik sebagai tatapan rakan-rakan pembaca sekalian. Nama anak saya adalah Irfan Syazwan. Beliau memperolehi 82 markah untuk Bahasa Melayu Penulisan dalam kelas 6 Berlian.
Alhamdulillah.... Syukur kepada Allah Taala di atas usaha anakku dan doa dari kami sebagai ibubapa.
Tahniah semua pelajarSekolah Kebangsaan Taman Bukit Indah (SKTBI) khusus buat pelajar 6 Berlian dan tahniah juga buat anakku. Terima kasih Cikgu Kelas 6 Berlian, Cikgu Zabidi.
Bukan setakat Bahasa Melayu, kertas Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan lain juga ada peningkatan.
Saya tahu, anak saya bukanlah dikategori sebagai pelajar pintar tetapi disebabkan bantuan guru-guru dan juga saya sebagai bapa yang banyak membantu ketika di dalam kelas biasa, kelas tambahan dan di rumah.
Kerja rumah yang cikgu mereka suruh, harus disiapkan dan jangan lupa ulangkaji balik apa yang telah diajar oleh guru mereka di sekolah pada hari tersebut.
Saya sebagai wakil ibubapa mengucapkan jutaan terima kasih buat guru-guru tahun 6 Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Indah, Ampang, Selangor (SKTBI), banyak membantu anak-anak kami.
Semoga peperiksaan UPSR 2017 pada 11 September 2017 nanti kita semua ingin melihat keputusan yang cemerlang untuk setiap pelajar di SKTBI. Target 6A sudah pasti untuk anak-anak kami. Insya Allah....
Oh ya....! Jangan lupa terus berdoa, solat hajat, baca surah Yasin, surah-surah lazim dan bagi mereka semangat dan sokongan sepenuh hati.
Ibubapa Cemerlang, Anak Terbilang
![]() |
Ibubapa Cemerlang Anak Terbilang |
Tarikh: 15 Julai 2017
Tempat: Dewan Perbandaran MPAJ, Pandan Indah.
Masa: 7.30 pagi - 1.00 petang.
Hari: Sabtu
Di sinilah kami warga guru SKTBI dan warga ibubapa berkumpul bersama anak-anak untuk mendengar taklimat dari guru motivasi yang dijemput khas.
Sesiapa saja yang mempunyai anak yang menduduki peperiksaan UPSR tahun 2017, pasti mahu anaknya cemerlang dalam keputusannya termasuklah saya sendiri dan juga isteri sebagai emaknya.
![]() |
Pelajar SKTBI Dalam Program Kem Motivasi |
Bukan ibubapa saja yang bertungkus-lumus mendidik mereka semenjak tadika hingga ke tahun 6 tetapi juga guru pengajar mereka ingin melihat kejayaan pelajar mereka.
Peranan ibubapa dan guru perlu seiring. Jangan mengharap guru-guru sahaja di sekolah.
Ibubapa juga tidak boleh membiarkan anak-anak bebas melakukan perkara yang boleh melalaikan mereka tanpa pemantauan.
Hadkan aktiviti yang kurang berfaedah buat tahun ini deperi bermain games, menonton televisyen, lepak dengan kawan-kawan, tidur berpanjangan kerana kita tahu mereka bakal menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak lama lagi.
![]() |
Pelajar Kusyuk Mendengar Guru Berucap |
Jika anda sebagai ibubapa, dengarlah apa kata cikgu atau guru motivasi baru-baru ini ketika hadir di Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Pandan Indah pada 15 Julai 2017 yang lalu.
Sudah pasti banyak ilmu yang diperolehi ketika mendengar cikgu pakar motivasi berucap.
Sama-sama kita sebagai guru dan ibubapa berdoa banyak, siang dan malam agar terbuka minda, terangi hati dan bijak dan hebat menjawab soalan peperiksaan UPSR pada 17 September 2017 nanti. Insya Allah.... Itulah senjata yang kita ada sebagai ibubapa.
Inilah anak untuk masa depan bangsa kita. Pelapis untuk pemimpin negara Malaysia.
Usia kanak-kanak masa inilah perlu diterapkan dengan semangat tidak mudah mengalah sebelum berjuang.
Anak inilah harapan ibubapa, ke mana arah anak kita bila dia besar dan dewasa nanti.
Kita ingin melihat, bila berada di sekolah menengah nanti, keputusan yang dicapai dalam pelajaran sentisa baik dan cemerlang.
Wassalam......
Sudah pasti banyak ilmu yang diperolehi ketika mendengar cikgu pakar motivasi berucap.
Doa Ibubapa Senjata Anak Cemerlang
Sama-sama kita sebagai guru dan ibubapa berdoa banyak, siang dan malam agar terbuka minda, terangi hati dan bijak dan hebat menjawab soalan peperiksaan UPSR pada 17 September 2017 nanti. Insya Allah.... Itulah senjata yang kita ada sebagai ibubapa.
Inilah anak untuk masa depan bangsa kita. Pelapis untuk pemimpin negara Malaysia.
Usia kanak-kanak masa inilah perlu diterapkan dengan semangat tidak mudah mengalah sebelum berjuang.
Anak inilah harapan ibubapa, ke mana arah anak kita bila dia besar dan dewasa nanti.
Kita ingin melihat, bila berada di sekolah menengah nanti, keputusan yang dicapai dalam pelajaran sentisa baik dan cemerlang.
Wassalam......