Rahsia Resipi Istimewa Nasi Kerabu Mieeza Sedap | Bagi orang Pantai Timur, nasi kerabu sudah tidak asing lagi terutama di Kelantan, Terengganu. Nasi berwarna kelabu kebiruan menjadikan ianya bertambah selera dicampur-gaul dengan kelapa goreng, isi ikan selayang, budu, ulam, keropok goreng, telur masin, daging bakar atau ikan goreng rebus.
![]() |
Nasi Kerabu Mieeza |
Rahsia Resipi Istimewa Nasi Kerabu Mieeza Sedap
Nasi Kerabu Mieeza Sedap kerana adanya rahsia resipi istimewa yang dibawa khas dari Kelantan.
Resipi turun-temurun daripada nenek-moyang untuk santapan warga kota yang impikan nasi kerabu istimewa dengan rasa sedap, lagi menyelerakan.
Semenjak dijual pada bulan Ramadhan yang lalu di Bazar Ramadhan Bukit Indah, pendapatan jualan semakin meningkat dan selepas hari raya Aidilfitri saya terus jual pula di Depan MidPoint Shopping Complex, Pandan Indah.
Boleh baca entri ini, bagaimana penerima pelanggan terhadap Nasi Kerabu Mieeza iaitu Blogger kamil Salleh Jual Nasi Kerabu Sedap.
Boleh baca entri ini, bagaimana penerima pelanggan terhadap Nasi Kerabu Mieeza iaitu Blogger kamil Salleh Jual Nasi Kerabu Sedap.
Penerimaan pelanggan semakin ramai, bukan setakat orang Melayu sahaja. Orang Cina, orang India, Indonesia dan orang Bangla pun ada yang gemarinya.
Makin bertambah pula menu di gerai Nasi Lemak Pandan Mieeza. Tukang masak (isteri) pula bertambah kerjanya. Cuma dia dibantu oleh anak perempuan yang lepasan SPM.
Namun demi menambah pendapatan untuk sekeluarga, penat, berputus asa, goyang kaki harus diketepikan.
Kejayaan pula bukannya datang sekelip mata, ia perlukan pengorbanan dari segi tenaga, wang, masa dan paling utama jujur, ikhlas, berbudi bahasa dalam setiap bisnes yang kita jalankan.
Apakah Rahsia Nasi Kerabu Mieeza Sedap Sengoti
Keistimewaan Nasi Kerabu Mieeza sedap sengoti terletak pada bahan-bahannya. Apakah bahan-bahan tersebut:
- Nasi - Menggunakan beras berkualiti tinggi memberikan aromanya yang harum ditambah pula Beras Super Import. Nasinya menjadi besar mengembang dan kebasahan bila sudah ditanak. Warnanya kelabu kebiruan (light) yang neutral menambahkan lagi kilapan pada nasi tersebut.
- Warna - Sedikit warna hitam digunakan, dalam kuantiti yang amat sedikit agar warna nasi tersebut menjadi kelabu kebiruan.
- Ulam - Menggunakan ulam/sayur yang segar seperti kubis, kacang panjang, jantung pisang, daun kesum (kalsum) dan dihiris halus. Ditambahkan lagi dengan tauge yang segar.
- Budu - Menggunakan budu yang dibawa khas dari Kelantan. Dimasak dulu dengan campuran daun limau purut, asam limau kasturi, serai, halia dan gula melaka (gula nira kelapa). Ia menjadikan budu itu sedap dan beraroma.
- Sambal Tumis - Sambal tumis ini bukan sebarangan sambal. Ia juga dimasak dengan menggunakan santan.
- Sambal Kelapa - isi parut kelapa digorang dengan api sederhana sehingga menjadikan warna keperangan.
- Sambal Ikan - Menggunakan Ikan Selayang (sardin) yang telah direbus dan diambil isinya. Ia dicampur pula dengan sambal kelapa yang telah siap digoreng tadi.
- Sambal Belacan - Sambal belacan ini kalau tidak ada, nasi kerabu yak cukup umpphh.... Menggunakan cili padi merah dan cili padi hijau. Dikisar dengan belacan yang telah dibakar, gula, asam limau kasturi, untuk memberikan sambal belacan yang enak dan lazat.
- Keropok - Keropok yang digunakan adalah keropok keping ikan tambang. Ia sedap dan ranggup. Sangat sesuai untuk dimakan dengan nasi kerabu.
- Lauk - Ada daging salai dan ikan sardin rebus yang telah digoreng. Sesuai untuk dimakan bersama nasi kerabu. Ia lebih berselera dan menambah keenakkan bila di makan dengan nasi kerabu di waktu pagi, tengahari atau malam.
Oh ya. .... Sekarang dah tahu Rahsia Resipi Nasi Kerabu Mieeza Sedap, maka kini tiba masanya korang mencuba pula.
Lokasinya ada yang dah tahu, bagi mereka yang tidak tahu boleh singgah di MidPoint Shopping Complex, Pandan Indah, Selangor, Kuala Lumpur.
Boleh hubungi Abe Kamil di tapian 0177774717 @ 0173932889 @ 0139995015.
Wassalam........