Annuar Tarik Diri Bertanding Presiden KAFA - Beliau ingin memberi peluang kepada tokoh baru untuk menerajuinya KAFA bagi musim 2017-2021. Kerusi panas ini dipertandingkan bagi penggal 2017-2021.
![]() |
Tan Sri Annuar Musa Bekas Presiden KAFA |
Annuar Tarik Diri Bertanding Presiden KAFA
Tan Sri Annuar Musa menarik diri daripada bertanding jawatan Presiden KAFA pada kongres ke-63 penggal 2017-2021. Kerusi panas ini dipertandingkan bagi memilih presiden KAFA pada Ahad ini setelah 10 bulan jawatan Presiden KAFA kosong.
Beliau sentiasa berpegang pada janji, yakni tidak akan bertanding untuk kerusi no.1 KAFA walaupun mendapat percalonan daripada Persatuan Bola Sepak Jajahan (PBJ).
Keputusan yang dibuat oleh beliau untuk memberi laluan kepada muka baharu untuk menduduki kerusi panas itu selepas sedekat mengepalai badan induk tersebut.
Sepanjang sedekat beliau menerajui KAFA, pelbagai cabaran yang beliau hadapi, tiada penaja yang sidi menaja KAFA, tidak mendapat bantuan daripada kerajaan negeri, penarikan Datuk Seri Vida (Vida Beauty) sebagai penaja utama The Red Warriors dan yang paling terkesan adalah digantung dalam Majlis Amanah Rakyat (MARA) kerana membantu dalam penajaan terhadap bola sepak Kelantan.
Senarai Calon Bertanding Jawatan Presiden KAFA
Seramai empat orang sedia mengisi kerusi panas Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) iaitu dua Naib Presiden KAFA, Datuk Muhammad Nasir Hamzah yang juga Timbalan Pengerusi Kumpulan Karangkraf Media dan Datuk Rosmadi Ismail.
Dua lagi Penaja Utama KAFA iaitu Pengerusi Chengal Jati Datuk Saari Hassan dan calon tunggal Bibi Ramjani Ilias Khan yang juga Pengurus Desa Murni Batik Kota Bharu.
PRESIDEN (1)
- Datuk Muhammad Nasir Hamzah
- Datuk Rosmadi Ismail
- DatukShaari Hassan
- Bibi Ramjani Ilias Khan
TIMBALAN PRESIDEN (1)
- Datuk Seri Afandi Hamzah
- Datuk Rosmadi Ismail
- Datuk Shaari Hassan
- Datuk Muhammad Nasir Hamzah
NAIB PRESIDEN (3)
- Datuk Rosmadi Ismail
- Datuk Shaari Hassan
- Datuk Rosdi Abd Aziz
- Datuk Ismail Md Noor
- Datuk Muhammad Nasir hamzah
- Datuk Nik Izani Nik Ibrahim
- Amir Ramadzan Ibrahim
- Datuk Izzuddin Mohd Ghazali
- Datuk Zamri Ismail
- Bibi Ramjani Ilias Khan
- Nik Pak heruddin Nik Abdul Kadir
- Mohamad Yusri Ismail
- Azman Ibrahim
AHLI EKSEKUTIF (10)
- Mohamed Fareez Nor Amran
- Akmal Ahmad Tabarani
- Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani
- Datuk Mohamad Fared Abd Ghani
- Lim Guan seng
- Salim Mahmud Mahayuddin
- Wan Rakemi Wan Zahari
- Datuk Rasdi Abd Aziz
- Datuk Saari Mat Husin
- Kamaruddin Mohamad
- Nubli Abd Latif
- Datuk Abdullah Mat Yasim
- Ahmad Nazeri Ramli
- Azman Ibrahim
- Azlan Mohd YusoNudin Awang
- Wan Badri Wan Omar
- Nudin Awang
- Nur Mahamad @Marzuki Jusoh
- Datuk Mohd Rowi Dollah
- Datuk Seri Amril Aiman Abd Aziz
- Mohd Badhri Mohd Radzi
- Datuk Azman Ismail
- Aziz Mahmud
- Abdul Rahim Ahmad
- Husib Deraman
- Mohamad Yusri Ismail
- Datuk Abdul Halim Hamad
- Azrul Mohd Zawawi
- Mohamad Ausri Husin
- Amir Ramadzan Ibrahim
Saya berharap dan berdoa agar semua calon yang bertanding yang terpilih nanti dapat memberi sumbangan idea, bantuan dan segalanya demi menaikkan dan memmartabatkan pembangunan bola sepak Kelantan ke arah yang lebih maju dan dinamik.
Saya sebagai anak jati Kelantan mahu agar pasukan Kelantan hebat seperti beberapa tahun lepas di mana kita berjaya bawa pulang Piala Malaysia, Piala FA, Piala Sumbangsih, layak ke kejohanan AFC.
Disamping itu kita mahu seperti kelab atau persatuan bola sepak lain yang bersaing hebat di Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia. Insya Allah.....