JDT Juara Piala Malaysia 2017 setelah kemarau kejuaraan selama 26 tahun selepas menundukkan Kedah 2-0 dalam Final Piala Malaysia 2017 JDT vs Kedah 4 November 2017.
JDT Juara Piala Malaysia 2017
JDT Juara Piala Malaysia 2017
JDT ( 2 ) vs ( 0 ) Kedah
Lokasi: Stadium Shah Alam
Masa: 9 malam
Jumlah penonton: 80,000
Penjaring Gol:
- Aidil Zafuan Razak (JDT) - minit ke-2.
- Gonzalo Cabrera (JDT) - minit ke-62.
Final Piala Malaysia berlangsung di Stadium Shah Alam, perlawanan bermula jam 9 malam.
Perlawanan penuh dramatik ini menyaksikan JDT menjuarai Piala Malaysia setelah menundukkan musuh tradisi Kedah 2-0.
Pasukan JDT bermula garang selepas memperolehi gol awal pada minit ke-2 hasil tandukkan pertahanan JDT Aidil Zafuan Razak.
Walaupun Kedah menguasai perlawanan, namun tidak berupaya merobekkan pertahanan JDT terutamanya ketangkasan penjaga gawang JDT Izham Tarmizi Roslan.
Bersambung babak separuh masa kedua berlangsung, JDT dan Kedah saling berbalas serangan namun gagal diterjemahkan gol buat pasukan masing-masing.
Sementara itu strategi jurulatih JDT memasukkan Hazwan Bakri mengantikan Muhammad Ghaddar ternyata dapat memberi impak yang positif buat pasukan JDT.
Hazwan sentiasa mencipta banyak peluang untuk Natro Insa, Gonzalo Guerra untuk mengkucar-kacirkan pertahanan Kedah.
Akhirnya pada minit ke-62, Gonzalo Cabrerra bijak menyempurnakan sepakan hasil hantaran Hazwan Bakri menewaskan penjaga gawang gol Kedah Irwat Akmal.
Keputusan 2-0 kekal hingga ke wisel penamat. JDT Juara Piala Malaysia 2017.
Impian Kedah untuk menjulang 3 piala musim ini musnah apabila sekadar memperolehi 2 piala iaitu Piala FA dan Piala Sumbangsih.
Hasrat ketua jurulatih Kedah, Nidzam Adzha Yusoff untuk mendakap Piala Malaysia sebagai jurulatih terkubur.
Tahniah buat pasukan JDT Juara Piala Malaysia 2017.