PRU14: Menang Bendera Kalah Pilihan Raya. Sana-sini.. bila kita lihat di sepanjang jalan yang kita lalui, ada saja bendera atau poster terpapar. Baik digantung, maupun ditampal di dinding-dinding bangunan, ditiang-tiang TNB, Telekom, papan tanda, pagar jambatan dan berkibar di kenderaan terutamanya kereta.
PRU14: Perang poster
PRU14: Menang Bendera Kalah Pilihan Raya
Teguh berdiri mendukung demokrasi negara, menjamin hak setiap rakyat membuat pilihan. Andalah (pengundi) penentu, parti mana dapat membentuk kerajaan selepas PRU14.
Sebelum Parlimen dibubar pada 7 April 2018 sudah ada bendera dan poster parti-parti politik yang bertanding.
Semasa saya balik kampung 14 Mac 2018, masa tu saya bersama keluarga pulang ke Kelantan menghadiri satu majlis perkahwinan adik ipar di Bachok, Kelantan.
Di sepanjang jalan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu, penuh dengan bendera dan poster. Nampak sangat keghairahan rakyat untuk keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 Pada 9 Mei 2018 ini bagi memilih kerajaan baru.
Adakah Bendera Banyak Menang Pilihan Raya?
- Memang bendera, kalah pilihan raya.
- Kalian yang belasah, kami yang bersalah.
- Kalian yang untung, hutang kxmi tanggung.
- Kalian mewah melimpah, kami yang parah.
- Kalian hilangkan wang, poket kami yang terbang.
-Kalian bina istana, rumah kami jadi mangsa.
- Kalian makan isi, kami kurus macam lidi.
![]() |
PRU14: Pilihan Raya Umum Ke-14 |
Pada 9 Mei 2018 diisytiharkan Cuti Umum, ini bagi memudahkan rakyat untuk keluar mengundi.
Pilihlah parti atau calon yang boeh berbakti kepada masyarakat. Jangan hanya muncul semasa hangat semasa kempen dan piihan raya, selepas itu hilag entah ke mana wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat (pengundi).
PRU14: Parti Mana Tubuh Kerajaan?
Cakap-cakap di kedai kopi, warung-warung dan di pejabat atau tempat kerja (swasta), banyak memihak kepada pembangkang.
Ramai yang tidak berpuas hati kepada kerajaan (BN). Banyak isu berbangkit seperti kos hidup yang tinggi, minyak dan gas memasak yang mahal, bayaran tol yang tinggi dan banyak di sepanjang jalan yang dituju, masalah pembelian rumah yang harganya melambung tiggi, sewa rumah pun mahal, GST, kesesakan jalan raya dan banyak lagi.
Namun begitu manifesto yang dijanjikan oleh parti politik seperti BN, PKR, PAS, DAP, Parti Harapan, Parti Amanah Parti Warisan Sabah boleh memikat pengundi atas pagar. Apa pun keputusannya, yang penting kerajaan yang dibentuk nanti boleh memberi keselesaan dan sejahteraan kepada rakyat.
Oleh itu PRU14: Menang Bendera Kalah Pilihan Raya adakah akan menjadi kenyataan? Kita tunggu dan lihat pada 9 Mei 2018 nanti.