Quantcast
Channel: sensasi2020
Viewing all articles
Browse latest Browse all 381

Apa Itu Strok?

$
0
0
Apa Itu Strok? Adakah ianya sama dengan angin ahmar? Ramaikah di kalangan ahli keluarga kita yang terkena? Kenapa ianya terkena ke atas diri atau keluarga kita? Bagaimana nak tahu tanda-tanda strok ini? Mari kita kupas secara terperinci.


Apa Itu Strok?
Apa Itu Strok?


Apa Itu Strok?


Strok atau angin ahmar merupakan satu serangan neurologi yang terjadi apabila bekalan darah ke bahagian otak terganggu. Saluran darah itu terjejas disebabkan kerana tersumat atau ada kebocoran yang berlaku. 

Ini sekaligus memberi kesan terhadap bahagian otak dan dalam masa yang sama ianya gagal berfungsi.

Kegagalan bahagian otak untuk berfungsi secara berterusan akan mengakibatkan bekalan darah akan terhenti, sekaligus menyebabkan sel-sel otak kekurangan oksigen,  nutrien dan terdedah kepada serangan strok.

Strok boleh menyebabkan kematian akibat komplikasi pembengkakan pada bahagian otak, jangkitan pneumonia dan darah beku pada arteri.


2 Jenis Strok Perlu Diketahui

  1. Strok Berdarah (Haemorrhagic Stroke) - Ia terjadi disebabkan saluran arteri atau pembuluh darah di otak pecah dan berlakunya pendarahan. Jika ianya berlaku darah akan meresap masuk ke dalam tisu otak dan merosakkan sel-sel lain yang terdapat pada otak, seterusnya menyebabkan otak tidak dapat berfungsi dengan sempurna 
  2. Strok Iskemia (Ischemic Stroke) - Ia terjadi apabila saluran darah menjadi sempit disebabkan daripada kolestrol dan sisa-sisa lain. Keadaan ini akibat ketulan-ketulan darah terbentuk, seterusnya menganggu perjalanan darah ke otak.


Kenali Tanda Strok

Bagi mengetahui lebih lanjut tentang strok kita perlu tahu simptom-simptom atau tanda-tandanya. Ini memudahkan kita membuat  tindakan susulan dan boleh mencegah daripada menjadi lebih teruk.

Ada 20 tanda yang perlu anda ketahui:

  1. Penglihatan menjadi kabur.
  2. Sakit kepala yang teruk.
  3. Keliru atau tidak faham percakapan seseorang.
  4. Kebas tangan, kaki dan muka.
  5. Pening atau sakit kepala (Migrain).
  6. Kesedaran hilang.
  7. Tersedu mendadak.
  8. Kehilangasn keseimbangan dan koordinasi.
  9. Sesak nafas dan lelah.
  10. Kesakitan pada muka atau anggota badan.
  11. Terasa mual dan muntah.
  12. Sakit dafa.
  13. Keletihan atau lesu.
  14. Lumpuh muka.
  15. Jantung berdebar-debar.
  16. Peluh berlebihan.
  17. Kecelaruan apabila bercakap.
  18. Separa lumpuh.
  19. Tidak dapat berjalan dan lumpuh.
  20. Kesukaran mengunyah dan menelan makanan.

Difinisi Strok

  • Strok ialah serangan neurologi apabila bekalan darah ke otak terganggu.
  • Apabila saluran darah dalam otak yang merupakan pusat saraf tubuh tersekat, tersumat, terganggu atau terhenti. Ini mengakibatkan sel-sel otak kekurangan oksigen dan nutrien.
  • Seterusnya ia menyebabkan bahagian otak gagal berfungsi secara beransur-ansur, lantas mengakibatkan berlakunya strok.

Amalan Hidup Terjadinya Strok

  • Tabiat pemakanan yang tidak sihat dan tidak seimbang.
  • Amalan ketagih alkohol dan rokok.
  • Obesiti
  • Kurang melakukan senaman atau bersukan.
  • Tekanan darah tinggi.
  • Diabetes disebabkan pembuluh darah lemah.

Cara Mencegah Terjadinya Strok

  • Mengawal tekanan darah tinggi atau hipertensi.
  • Menjaga berat badan atau diet yang seimbang.
  • Menurunkan jumlah koestrol dan lemak tepu.
  • Berhenti merokok.
  • Berhenti minum alkohol.
  • Lakukan senaman dengan lebih kerap.
  • Elak pengambilan dadah.
  • Elak makan makanaan yang berminyak dan berlemak.

Rawatan Untuk Strok

Setiap penyakit ada ubat dan penawarnya. Apa saja jenis penyakit, rawatan paling penting. Apakah rawstan yang harus kita lakukan.  Di antaranya kita boleh rawat melalui:

  • Rawatan Moden - Rawatan untuk strok melibatkan rawatan kecemasan sebaik sahaja serangan strok berlaku dan rawatan rehabilitasi atau fisioterapi selepas pesakit strok stabil. Pesakit strok yang mengalami simptom awal serangan harus dihantar ke wad kecemasan secepat mungkin.

  • Rawatan Segera - Rawatan segera sangat penting untuk mengelak kematian. Rawatan kecemasan awal boleh mengurangkan kerosakan otak dan meningkatkan kesembuhan.

  • Rawatan Kecemasan - Rawatan kecemasan melibatkan penggunaan ubatan atau pembedahan akan mengeluarkan darah beku dari otak.

  • Rawatan Rehabilitasi - Rawatan Rehabilitasi dilakukan selepas pesakit stabil untuk membantu mendapat kekuatan fizikal, mengembalikan keupayaan fungsi badan dan membolehkan pesakit berdikari.

  • Rawatan Al-Quran - Rawatan Al-Quran melalui ayat tertentu memiliki mukjizat membantu penyembuhan strok. Sejarah pengalaman pakar pusat rawatan Islam mengubati pesakit strok, ramai mengalami perubahan sangat positif selepas rawatan menggunakan ayat suci al-Quran.

Kadang-kala pakar rawatan Islam mendapati ada unsur gangguan makhluk halus menyebabkan serangan strok dalam sebahagian pesakit.

Sejenis jin digelar Jin Ahmar masuk dalam badan pesakit dan merosakkan saluran darah dalam otak menyebabkan pendarahan dan mengakibatkan pesakit mendapat strok.

Perubatan moden mengakui strok disebabkan pendarahan dalam otak, tetapi sukar menerangkan puncanya. Kita selalu mendengar pesakit muda, tiada sejarah keluarga, sihat, tiada darah tinggi atau diabetes tetapi mendapat strok.

Dalam kes demikian selalunya mereka diganggu Jin Ahmar dan perlu dikeluarkan daripada badan pesakit sebelum dirawat.

Setiap pesakit strok yang datang berubat, akan diperiksa jika ada gangguan Jin Ahmar. Selalunya jin Ahmar berada di dalam otak atau tulang belakang pesakit.

Setiap Perawat Pusat Rawatan Islam akan  mengeluarkannya jika ada dan memberikan ayat berikut untuk diamalkan disertai doa kepada Allah memohon penyembuhan.

Insha Allah.... ayat al-Quran yang dibaca pesakit dapat merangsang sel otak yang rosak akibat strok berfungsi semula.

Ayat-ayat tersebut adalah:

- Surah Al-Israa’ ayat 40 hingga 55
- Surah An-Nahli ayat 81 hingga 89
- Surah Az-Zumaar ayat 24 hingga 37
- Surah An-Nahli ayat 35 hingga 47

Cara amalan ialah, pesakit hendaklah membaca surah pertama tiga kali waktu malam dan surah kedua tiga kali pada siang. Pembacaan diamalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu.

Selepas membaca tiga kali, pesakit perlu memohon doa penyembuhan kepada Allah Taala.

Pesakit harus ingat penyembuhan hanya dengan izin Allah. Kita jangan berputus asa dan sentiasa berdoa kepada Allah Taala sentiasa.

Seperti di dalam surah Yusuf ayat 12, Allah berfirman; “….dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”

Kita sebagai umat Islam yang diberi nikmat Islam dan iman harus berpegang teguh, beramal dan yakin mukjizat al-Quran.

Keistimewaan al-Quran pasti membantu setiap insan di dalam kehidupan dunia yang silih berganti antara bahagia dan sengsara.

Apabila kita atau insan tersayang ditimpa strok, kita kena kuat dan tabah. Kadangkala keluarga pesakit tertekan menjaga pesakit strok. Ramai keluarga pesakit mengadu susahnya menjaga pesakit strok.

Bersabar, berikhtiar dan percaya semua dugaan dan ujian Allah ada hikmahnya. Antara cara memperkuatkan rohani dan hati apabila dilanda penyakit hati akibat musibah strok adalah membaca al-Quran setiap hari.

Penawar rohani paling mujarab sudah lama diberi kepada manusia, iaitu al-Quran. Allah berfirman di dalam surah Yunus ayat 57: “Wahai manusia, telah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi pengajaran daripada Tuhanmu dan penyembuhan bagi penyakit yang ada dalam dadamu (jiwa) dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman.”

Bacalah surat istimewa daripada Allah kepada hamba-Nya setiap hari. Jadikan amalan ini rutin, semoga kita mendapat keberkatan.

Akhir kata, jagalah kesihatan anda seharian dengan sempurna dan lebih kerap. Hiduplah diri anda dan keluarga anda dengan gaya hidup sihat.

Berdoa kepada Allah Taala agar diberikan kesihatan dan kehidupan yang baik agar tidak berlaku perkara-perkara buruk dan banyakkan amalan kebajikan seperti solat dan berpuasa.
Insya Allah....


Viewing all articles
Browse latest Browse all 381