UMNO dan PAS menandatangani Piagam Muafakat Nasional #hpu914 pada 14 September 2019 yang lepas. Mereka telah mengotakan janji masing-masing yang mengariskan lima teras utama sebagai hala tuju mulai sekarang sehingga pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
![]() |
Piagam Muafakat Nasional #hpu914 |
Piagam Muafakat Nasional #hpu914
Penyatuan bersejarah ini disaksikan oleh ribuan ahli UMNO dan PAS di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Piagam ini ditamdatangani oleh Presiden kedua-dua parti iaitu Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi bagi UMNO dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi PAS sempena Himpunan Penyatuan Ummah #hpu914.
Piagam ini adalah merupakan satu tatakelola gerakkerja bagi kedua-dua parti untuk bergerak dari sekarang hingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang dan kemudian telah diistiharkan di hadapan ahli kedua-dua parti, yakni kira-kira 8,000 orang telah hadir bagi menyaksikan peristiwa bersejarah ini dalam Himpunan Penyatuan Ummah.
Kerjasama UMNO-PAS
Kerjasama politik ini akan diumumkan oleh kedua-dua parti selepas Piagam Muafakat Nasional #hpu914 dimeterai dan perjanjian persefahaman akan diperincikan selepas ini.
![]() |
Piagam Muafakat Nasional |
Jawatan Kuasa Perunding dan Teknikal akan memperhalusi segala bentuk kerjasama ini dan seterusnya segala perjanjian persefahaman dalam Piagam Muafakat Nasional akan menjadi satu titik permula bagi memenangi dan menawan PRU-15.
Sudah pasti Himpunan Penyatuan Ummah ini akan dinilai oleh rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu dan Orang Islam. Adakah ia mendapat reaksi yang positif daripada orang Melayu atau sebaliknya? Sama-sama kita tunggu dan lihat nanti.