Piala AFF Suzuki 2014: Keputusan Terkini Separuh Akhir Kedua Vietnam vs Malaysia.Malam ini berlangsungnya perlawanan separuh akhir kedua antara Vietnam dengan Malaysia di Stadium Nasional, My Dinh, Hanoi, Vietnam.
Piala AFF Suzuki 2014
Keputusan Terkini
Vietnam ( 2 )( 2 ) vs ( 4 )( 1 ) MalaysiaMasa: 8.00 malam (Waktu Malaysia)Tempat: Stadium Nasional My Dinh, Hanoi, Vietnam.Penjaring: Safiq Rahim m-3 (Penalti) (MAS)Nur Shahrul Idlan Talaha m-13 (MAS)Le Cong Vinh m-22, 78 (VIET)Dinh Tien Thanh m-28, Gol Sendiri (MAS)Shukor Adan m-43 (MAS)Aggrigat: Malaysia ( 5 ) - ( 4 ) Vietnam
NOTA: Malaysia layak ke final dan akan bertemu di Thailand pada 17 Disember dan 20 Disember 2014 di Malaysia.
Pada perlawanan yang lepas 7 Disember di Stadium Shah Alam, Malaysia kalah dengan Vietnam 1-2. Malaysia memerlukan menang dengan kelebihan jaringan dua gol jika mahu melangkah ke peringkat akhir.
Pada perlawanan ini, pasukan mana yang menang akan bertemu dengan Thailand yang mengalahkan Filipina 3-0 semalam.
Dollah Salleh pasti akan merombakkan bahagian benteng, tengah dan penyerang. Sudah pasti Piya, Shukor Adan, Indra Putra dan Amri Yahaya akan diturunkan untuk mengekang dan sambil itu membuat asakan terhadap Vietnam.
Jom ramai-ramai kita saksikan di TV9 malam ini tanda sokongan kita pada Harimau Malaya. Malaysia Boleh Harimau Malaya Boleh......
Kita doakan agar Malaysia menang 2-0 atau 3-1. Insya Allah......
Akhirnya kita menang dengan bergaya 4-1 di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi, Vietnam.
Akhirnya kita menang dengan bergaya 4-1 di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi, Vietnam.