Sertai Jom Selfie! Produk Malaysia - Malaysiaku Jenama Kita anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) bermula pada minggu lepas lagi. Ini bagi menunjukkan tanda sokongan membeli barangan keluaran atau buatan Malaysia terhadap pengguna yang setia dengan mengajak orang ramai menyertai peraduan ini dengan menawarkan hadiah wang tunai.
![]() |
Malaysiaku Jenama Kita |
Sertai Jom Selfie! Produk Malaysia - Malaysiaku Jenama Kita
![]() |
KPDNKK |
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah menganjurkan peraduan "Jom Selfie! Produk Malaysia - Malaysiaku Jenama Kita"bermula pada 2 Disember 2014 dan berakhir pada 28 Januari 2015. Ini bermakna masih ada masa lagi untuk kita sertainya.
Peraduan ini adalah sejajar dengan pelancaran "Kempen Beli Barangan Malaysia" (KBBM) inisiatif daripada KPDNKK. Kempen ini adalah untuk memperkasakan dan memupuk semangat patrotisme dalam kalangan orang ramai atau masyarakat terhadap pentingnya menyokong barangan buatan Malaysia. Ia juga adalah platform terbaik dan paling berkesan untuk kesedaran kepada generasi muda di negara ini agar mengutamakan produk buatan Malaysia.
![]() |
Belilah Buatan Buatan Malaysia |
Terdapat pelbagai cara untuk memberi kesedaran kepada pengguna Malaysia agar lebih mengutamakan jenama Malaysia. Dengan mengadakan kempen kesedaran terhadap pengguna, barangan Malaysia mestilah bermutu tinggi, halal dan diyakini, harga biarlah lebih rendah tetapi tahap kualiti tertinggi dan boleh diadakan peraduan atau contest seperti yang telah dianjurkan oleh KPDNKK iaitu "Sertai Jom Selfie! Produk Malaysia - Malaysiaku Jenama Kita".
Pengusaha pembuatan atau pengeluaran juga harus mengambil peluang apa yang telah dilakukan oleh KPDNKK agar segala kempen dan kesedaran ini menjadi tumpuan ramai untuk sama-sama berganding bahu terhadap kementerian terbabit.
![]() |
Peraduan Ini Mendapat Liputan Di Akhbar |
Pada masa yang sama, kempen ini dilihat dapat mengurangkan kebergantungan negara kita terhadap barangan luar negara atau diimport dari negara asing sekaligus dapat mengurangkan aliran keluar tukaran asing serta dapat meningkatkan pengeluaran produk tempatan.
Syarat-Syarat Peraduan
Jom Selfie! Produk Malaysia |
- Sila LIKE Facebook "Malaysiaku Jenama Kita".
- Tonton link video info pertandingan.
- Hantarkan gambar Selfie paling kreatif bersama produk yang memiliki "Logo Buatan Malaysia" di Wall FB "Malaysiaku Jenama Kita".
- Kongsikan kepada rakan-rakan "Facebook" anda untuk mendapatkan jumlah "LIKE" terbanyak.
- 10 gambar "Selfie" paling kreatif dan mempunyai jumlah "LIKE" terbanyak akan memenangi wang tunai pada setiap minggu selama 8 minggu.
- Pemilik "Selfie" bertuah sepanjang pertandingan akan memenangi hadiah istimewa, para juri bernilai RM2,000 X 3 orang pemenang.
- Para pemenang juga akan digunakan sebagai medium periklanan kempen dan diviralkan di media baru.
Tip-Tip Untuk Menangi Peraduan Ini
- Ambil gambar sendiri yang paling kreatif bersama produk barangan buatan Malaysia.
- "Selfie" (Self Potrait Photography) - mengambil gambar diri sendiri tanpa bantuan orang lain sebagai jurugambar. Jangan lupa syarat utama ini.
- Dapatkan "LIKE" terbanyak daripada rakan-rakan Facebook, jangan guna "Autolike".
- Upload atau muat naik foto anda di Fanpage Malaysiaku Jenama Kita"
- Logo 'Buatan Malaysia' perlu kelihatan jelas pada produk dan foto anda.
- Hantar penyertaan sebelum tarikh tutup penyertaan iaitu sebelum 28 januari 2014.
Tempoh Penyertaan
- Pusingan Pertama: Empat minggu iaitu bermula 2 hb Disember 2014 sehingga 29 hb Disember 2014.
- Pusingan Kedua: Empat minggu iaitu bermula 1 hb Januari 2015 sehingga28 Januari 2015.
Selamat "Sertai Jom Selfie! Produk Malaysia - Malaysiaku Jenama Kita" dan semoga berjaya kepada rakan-rakan yang ingin menyertainya. Inilah masanya untuk anda menyahut cabaran sambil mengalakkan pengguna lain akan kempen kesedaran "Belilah Barangan Buatan Malaysia".