Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 381

Malaysia Best Blog 2015

Malaysia Best Blog 2015 sudah ada yang mahu disenaraikan sebagai blog terbaik 2015. Ini baru saja masuk pertengahan bulan Januari untuk tahun baru 2015 tetapi semakin ramai yang menganjurkan kontest SEO untuk blogger. Saya sebelum ini dah join "Jom Aktifkan Mykad". Ini satu perkembangan yang sihat untuk mana-mana blogger untuk mempelajari tip-tip dan teknik SEO terkini. Sudah pasti blog OhDuit iaitu tuan punya diri Saudara Khirol Hazwan ada matlamat, visi dan misi untuk menganjurkan Contest SEO ini.


Image may be NSFW.
Clik here to view.
Malaysia Best Blog 2015, Contest SEO - Malaysia Best Blog 2015
Malaysia Best Blog 2015


Jom mari kita rama-ramai pakat sertai kontest ini untuk mendapatkan trafik, teknik SEO, berkenalan sesama blogger, belajar dan berkongsi berkaitan blogging dan jangan hanya mementingkan hadiah semata-mata. Jika ditakdirkan mendapat rangking SERP Google Search (Malaysia) page 1, Alhamdulillah..... dan jika gagal itu bermakna blog sensasi2020 belum cukup power SEO. he...he....!

Top 10 Malaysia Best Blog 2015



Image may be NSFW.
Clik here to view.
Contest SEO Malaysia Best Blog 2015, Malaysia Best Blog 2015 - sensasi2020
Malaysia Best Blog 2015

Masih terlalu awal lagi sebenarnya hendak diklasifikasikan sesebuah blog di awal tahun 2015 ini. Biasanya ia dibuat di akhir tahun untuk menilai sesuatu blog itu dalam kategori mana sesuai untuk ditempatkan. Walau bagaimana pun, ia bukanlah sesuatu yang asing untuk kita kategorikan blog mana tersenarai sebagai Top 10 Malaysia Best Blog 2015.

Sebagai seorang blogger seperti saya sudah pasti ada blog yang menjadi pusat rujukan dan panduan sebagai menambah pengetahuan, selok-belok berkaitan blogging, SEO dan apa saja infomasi yang kita perlukan. Setakat ini saya hanya menyenaraikan 10 blog yang menjadi tempat untuk saya blogwalking dan buat rujukan.


1. Blog HasruHassan

Google PageRank - PR3
Alexa PageRank - 312 (MY), 35,834 (Global Rank)

Satu nama blog yang tidak asing lagi di Malaysia. Blog HasrulHassan yang menggunakan platform Blogspot sebagai wadah untuk berkongsi maklumat kepada blogger lain. Ia sebagai tempat rujukan kepada blogger baru yang memasang impian menjadikan blogger yang lebih aktif dan kreatif bersama artikel yang mereka siarkan. Pengisian artikel penuh dengan informasi dan sebagai panduan untuk blogger mencari tip-tip dan teknik berkaitan SEO. Kenapa saya cemburu sangat terhadap blog Hasrul Hassan? Ini kerana blog Hasrul Hassan selalu saja berjaya dalam contest SEO yang disertainya.


2. Blog Denaihati

Google PageRank - PR3
Alexa PageRank - 374 (MY), 38,097 (Global Rank)

Tidak usah pertikaikan lagi kehebatan Blog Denaihati ini. Ia menjadi rujukan, sumber maklumat dengan isu semasa, keagamaan, mengembara keluar negara yang rakyatnya memerlukan bantuan kemanusiaan, jana duit dengan blog dan yang paling disukai ramai ialah sangat pemurah memberi, sesuai sangat dengan tagline "Hidupkan Untuk Memberi". Cukup memberi sejuta makna kepada pengunjung atau pelawat. Apa yang paling seronok dengan blog ini? Ia sering kali membuat contest dengan hadiah yang amat lumayan hinggakan beratus orang yang menyertainya.



Google PageRank - PR1
Alexa PageRank - 1,003 (MY), 92,604 (Global Rank)

Ini satu lagi blog En Titan yang saya suka sangat dengan artikel yang banyak bercerita kisah pencapaian dalam menjana duit dengan blog mengenai rahsia teknik SEO. Ini membuat ramai yang mahu mencari maklumat berkaitan apa beliau dapat dalam mendapaikan income dengan cara yang amat luarbiasa terutamanya rahsia yang ada "Kitab Merah Jambu" yang amat populardan menjadi ebok paling laris jualannya.


4. Blog MyResipi

Google PageRank - PR3
Alexa PageRank - 920 (MY), 115,817 (Global Rank)

Blog MyResipi merupakan satu laman untuk berkongsi resipi masakan. Ada bermacam-macam resipi disediakan untuk pengunjung. Lauk-pauk, kuih-muih, pelbagai aneka jenis kek dan banyak lagi. Ia mendapat sambutan daripada pengunjung yang ingin mengetahui resipi-resipi terkini dan disamping itu juga boleh menghantar atau berkongsi resipi kepada pengunjung lain. Tidak puas rasanya melawati blog ini, lebih lagi kepada yang gemar memasak.



Google PageRank - PR4
Alexa PageRank - 118 (MY), 37,645 (Global Rank)

Blog Amanz Network memfokuskan kepada penghasilan kandungan yang lebih terhadap teknologi berkaitan dunia IT. Ia membangunkan dan mengeluarkan artikel mengenai perkembangan dunia IT dari dalam dan luar negara dan pada masa yang sama mengeluarkan ulasan mengenai peranti dan gadget semasa dan terkini. Blog ini juga pada masa yang sama menghasilkan tutorial untuk kemudahan pengunjung dalam usaha untuk mendidik para pengguna tempatan untuk mendapatkan dan mengetahui pelbagai info dan tip semasa.



Google PageRank - PR3
Alexa PageRank - 9,416 (MY), 201,072 (Global Rank)

Saya cukup kagum dengan Blog AkmaOmar yang menggunakan sepenuhnya Bahasa Melayu yang betul. Seorang serikandi yang berkerjaya dengan hebat dalam perniagaannya. Blog ini sering saja membuat contest SEO untuk disertai oleh mana-mana blogger di Malaysia. Disamping itu, pemilik blog ini juga acap kali menganjurkan Contest SEO yang baru saja tamat iaitu "Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan".



Google PageRank - PR2
Alexa PageRank - 2,584 (MY), 190,807 (Global Rank)

Blog Kujie2 adalah sebuah lagi blog wanita yang hebat dari dulu hingga kini. Menggunakan tagline yang cukup sinonim dengan citarasa pengunjung "Hidup Biar Sedap". Diungkapkan dengan "Kisah Hidup Yang Terlalu Indah Untuk Dibiarkan Tanpa Erti". Menyiarkan artikel am yang banyak memberi informasi terutamanya kekeluargaan, pendidikan/pelajaran, isu semasa dengan kupasan dan huraian yang cukup sedap untuk dibaca.



Google PageRank - PR1
Alexa Pagerank - 5,057 (MY), 416,749 (Global Rank)

Blog TehRamuan kelihatan begitu unik, yakni banyak coretannya disusuri dengan pantun yang cukup puitis. Tidak ramai yang menggunakan cara berpantun untuk diselitkan dalam artikel mereka tetapi beliau boleh lakukannya. Ditambahkan lagi saya memang meminati acara berbalas pantun jika kena dengan masa dan ketika. Kita tahu, bukan semua orang boleh berpantun dengan menggunakan isu semasa dan terkini.



Google PageRank - PR2
Alexa PageRank - 1,287 (MY), 160,936 (Global Rank)

Siapa yang mengenali Saudara Eizil aka pemilik Blog Eizil pasti tahu siapa sebenarnya beliau? Beliau adalah salah seorang Team Denaihati. Blog beliau memang penuh dengan informasi dan maklumat berkaitan wordpress dan blogspot untuk kemudahan blogger baru yang ingin menambah pengetahuan berkaitan blog. Beliau mahir mereviewkan blog blogger lain untuk diperbaiki dan boleh ditambahbaikan. Eizil memang pakar dalam programer website/ pengaturcara laman web, menggunakan PHP, MYSQL, bijak dalam menghasilkan kod HTM dan grafik.



Google Pagerank - PR - N/A
Alexa Pagerank - 2,260,790 (Global Rank)

Blog OhDuit adalah pemilik empunya Khirol Hazwan Bin Affendi. Blog ini telah wujud pada tahun 2009 lagi. Sebuah blog yang menitikberatkan infomasi berkaitan duit melalui bisnes online, maklumat berkaitan bisnes, berita semasa, berkongsi idea dengan notanya seperti ebay, geek, SEO, blog dan banyak lagi. Apa yang paling mengejukkan adalah beliau sanggup menganjurkan sebuah contest SEO dengan hadiah wang tunai yang lumayan untuk tempat pertama. Jutaan terima kasih buat Khirol yang berani membuat contest sedemikian rupa. Blog yang berpotensi untuk berjaya. Insya Allah......!

Hanya itu saja pemilihan saya terhadap Top 10 Malaysia Best Blogger 2015 untuk Contest SEO. Setiap peserta ada pilihan mereka masing-masing. Ini merupakan 10 blog mengikut citarasa saya sebagai panduan dan rujukan jika saya kekurangan idea untuk menulis blog. ia juga tempat untuk saya singgah (blogwalking) sebagai salah satu cara untuk mencari maklumat sesuatu perkara berkaitan blog dan isu semasa.

Hadiahnya Untuk Pemenang Contest SEO Malaysia Best Blog 2015

  • Tempat pertama: RM1500.
  • Tempat kedua hingga ke sepuluh: RM50 setiap pemenang.

Syarat-Syarat Penyertaan Contest SEO - Malaysia Best Blog 2015

  • Ditulis atau dikarang dalam Bahasa Melayu atau pun Inggeris.
  • Artikel mestilah asli, tidak ciplak penulisan blog orang lain. Dilarang copy dan paste. Kalau tidak penyertaan anda dibatalkan.
  • Artikel wajib diterbitkan selepas 15 Januari dan bakal berakhir pada 31 Mac 2015.
  • Gaya penulisan bebas dengan kata kunci "Malaysia Best Blog 2015".
  • Tiada had terhadap jumlah perkataan.
  • Wajib senaraikan Top 10 Malaysia Best Blog 2015.
  • Wajib letak link penganjur dan penaja terkini jika ada.
  • Wajib review 2 atau lebih perenggang untuk setiap blog yang anda senaraikan.
  • Wajib "do-follow" semua link penganjur dan penaja.
  • Wajib letakkan ayat seperti ini -  
"Mari menyertai contest SEO Malaysia Best Blog 2015 dan anda berpeluang memenangi hadiah utama, wang tunai bernilai ribuan ringgit!! Contest SEO ini dianjurkan oleh Ohduit.com dan ditaja oleh (*akan ditambah kemudian jika ada penaja)".
Image may be NSFW.
Clik here to view.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 381

Trending Articles