Pengulas Sukan Hasbullah Awang, Pergi Mu Tak Kembali. Beliau dilaporkan telah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) akibat komplikasi jantung. Allahyahram dimasukkan di IJN semenjak seminggu yang lalu. Beliau merupakan pengulas sukan popular dan terkenal dalam sukan-sukan tempatan dan laur negara semenjak tahun 1980 lagi. Beliau lahir pada 9 September 1952 di Telok Intan, Perak
![]() |
Allahyarham Datuk Hj Hasbullah Awang (9 Sept 1952 - 12 Februari 2015) |
Pengulas Sukan Hasbullah Awang , Pergi Mu Tak Kembali
Pengulas sukan Hasbullah Awang,
Pergi mu tak kembali,
Meninggalkan kita tanpa diundang,
Menuju ke destinasi Syurga Ilahi.
Pengulas sukan amat popular,
Dengan colotehnya meresap jiwa,
Bila mendengar suara latar,
Sudah tahu siapa gerangannya.
Hebat berbicara tentang sukan,
Sukan luar maupun negara,
Suara emas cukup menghiburkan,
Menyiar arena sukan semasa.
12 Februari menjadi kenangan,
Hilangnya seorang berhati waja,
Cekal berbicara tanpa halangan,
Meniti bibir ulasan dijaja.
Namun apakan daya kita,
Allah lebih menyayanginya,
Pergi tak kembali bersuara,
Menemui Ilahi tibanya masa.
Lahir pada 9 september,
Berakhir denyutan jantung di dada,
12 Februari berita tersebar,
Di media masa pun ada.
Hilangnya seorang pegulas berwibawa,
Tinggal nama sebagai tanda,
Menantap sayu tangisan jiwa,
Kenangan abadi rindu menerpa.
Al-Fatihah dihulur tanda setia,
Moga rohnya dicucuri rahmat,
Tempatkanlah dikalangan para anbia,
Dengan iringi doa selamat.
Kita semua rakan-rakan kita ucapkan Al-Fatihah untuk Allahyarham Datuk Hj Hasbullah Awang, pengulas sukan tanahair yang kita sayangi. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Amin....