10 Rahsia Dapatkan Buffered Earning Nuffnang di blog anda. Ramai yang masih kurang faham bagaimana Nuffnang bagi buffered Earning, walhal blog mereka mempunyai kunjungan pelawat yang agak ramai, malahan boleh mencapai 1000 visitor. Kenapa ianya tetap tidak dapat?
Di sini saya dedahkan 10 rahsia bagaimana nak dapatkannya? Saya akan tunjukkan selok-belok berkaitan BE ini satu-persatu. Sebenarnya dulu saya tidak suka letak iklan Nuffnang tetapi setelah diberitahu oleh rakan-rakan maka saya cuba buat kesepuluh rahsia ini, ternyata BE saya semakin naik setiap hari. Sekarang "Saya Suka Nuffnang".
![]() |
Saya Suka Nuffnang |
10 Rahsia Dapatkan Buffered Earning Nuffnang
![]() |
Cara Letak Iklan Nuffnang Di Blog |
- Kemas kini atau update profile anda di Nuffnang Malaysia.
- Jawab soalan undian atau servey di Nuffnang berkenaan diri anda dan website nuffnang.com.my.
- Ini yang perlu anda tahu bahawa trafik yang tinggi, lagi senang untuk dapatkan buffered earning. Sekurang-kurangnya laman blog anda mempunyai UV dalam sekitar 150-300, itu sudah dikira telah melepasi syarat-syarat untuk dapatkan buffered earning daripada Nuffnang yang lebih mencanak.
- Tidak semestinya update setiap hari BE anda akan naik. Kadang-kadang sampai seminggu blog-blog yang popular tidak update tetapi BE mereka power.
- Anda perlu buat artikel berkaitan Nuffnang dan backlink ke website mereka. Backlink merupakan syarat utama atau penting untuk dapatkan BE. Untuk lebih dapat BE seelok-eloknya buat artikel berkaitan Nuffnang lebih kerap. Saya pernah buat artikel berkaitan Nuffang ini iaitu "Cabaran kempen Video Blogbuster Nuffnang, Maybank Transact & Win" baru-baru ini.
- Jika mahu beri backlink ke website Nuffnang, anda perlu setting NOFOLLOW kepada DOFOLLOW kerana ia tidak membenarkan sebarang spyder untuk craw blog mereka.
- Semakin banyak backlink semakin tinggi Google Pagerank blog tersebut dan semakin power SEO di mata enjin carian Google. Bila SEO power, senang pengiklan akan mendapatkan khidmat blog mereka untuk diiklankan.
- Sebaiknya trafik di blog anda 100% penggunjung daripada Malaysia kerana Nudffnang tidak memberi BE terhadap blog anda walaupun mencurah-curah datangnya daripada pelawat luar negara. Ini kerana penggunjung luar negara tidak dikira.
- Perlu letakkan 3 jenis iklan Nuffnang di blog anda iaitu di atas, tepi dan bawah. Nak lebih faham lihat di blog saya ini sebagai contoh.
- Anda juga perlu hantar tiket kepada Nuffnang. Boleh klik di CONTACT US dan SUBMIT TICKET. Buktikan bahawa blog korang sentiasa aktif atau blog anda masih lagi wujud. Tanyalah apa saja berkaitan Nuffnang. Pihak Nuffnang akan jawab setiap persoalan yang anda kemukakan atau dalam ertikata sebenar setiap soalan anda akan dijawab oleh pihak Nuffnang.
![]() |
Buffered Earning Nuffnang |
Hanya ini saja 10 Rahsia Dapatkan Buffered Earning Nuffang. Jika anda ada lagi rahsia lain boleh utarakan atau tulis komen di blog ini.
Bersua lagi tentang Nuffnang ini di lain masa. Sekian terima kasih kerana sudi membaca di blog saya ini. Jumpa lagi.....
Wassalam......