Najib Razak terkena jangkitan E. coli semasa melawat mangsa-mangsa banjir baru-baru ini di Pantai Timur terutama di Kelantan. Beliau disahkan terkena jangkitan bakteria E. coli melalui akaun twitternya PM @NajibRazak.
![]() |
Twitter Daripada Najib Razak |
Doktor menasihati agar Perdana Menteri supaya berehat susulan daripada perkembangan tentang terkena jangkitan bakteria E.coli tersebut. Beliau dijangka akan kembali bertugas secepat mungkin, bila keadaan beliau mengizinkan, menurut catatan pada Twitter beliau.
Apa Itu E. coli
![]() |
Bakteria E. coli |
Jika kita perhatikan perkataan E. coli. Ia semacam satu bentuk jualan melalui online seperti kebanyakan kita jumpa iaitu e-book, e-pay, e-klik dan sebagainya. Namun sebenarnya ia adalah sejenis bakteria atau virus yang begitu teruk menukar di Eropah dan kini semakin kerap berlaku di Asia.
- Sebutan bagi E. coli ialah "E-KO-LAI" (sebutan dalam Bahasa Melayu).
- Nama sebenar E. coli ialah "Escherichia Coli".
- Bakteria E. coli boleh hidup di dalam usus manusia dan haiwan.
- Ia boleh menyebabkan jangkitan yang sangat serius dan boleh menyebabkan Severe Cramps dan Diarrhea sehingga boleh membawa keracunan makanan.
- E. coli adalah bakteria yang boleh merebak melalui makanan seperti daging kambing, lembu, ayam dan sayur-sayuran.
- Ia boleh berjangkit melalui darah, pundi hempedu, radang selaput otak, saluran air kencing dan jangkitan itu boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan segera.
- E. coli boleh juga menyebabkan cicit-birit, muntah, deman dan paling bahaya dehidrasi atau penyahhidratan yang boleh mengakibatkan kematian.
- Mempunyai pelbagai bentuk dan saiz yang berbeza-beza dan boleh membiak secara membelah dua dalam beberapa jam.
- Ia boleh menghasilkan vitamin K dan B komplek yang diperlukan oleh tubuh.
- Bakteria ini menjadi bahaya jika ia beralih dari ekosistem asalnya.
Tanda-Tanda Dijangkiti E.coli
- Rasa mual dan muntah-muntah.
- Deman dan badan terlalu panas.
- Dada terasa sakit.
- Abdominal Cramps yang teruk secara mengejutkan.
- Lelah dan sesak nafas.
- Najis berdarah akibat berlaku luka di usus.
Punca Bakteria E. coli Boleh Berjangkit
- Minum susu yang tidak dipasteurisasi atau susu mentah yang tidak diproses dengan betul.
- Makan daging lembu matang (di dalam ada banyak daging merah muda).
- Makan makanan mentah (daging) yang tercemar.
- -Minum air tercemar atau tidak dimasak dengan betul.
- Bekerja dengan binatang ternakan seperti lembu, kambing, kerbau, kuda dan sebagainya.
- Makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak di basuh dengan sempurna.
P/S - Boleh juga ikuti di laman sesawang kidhealth untuk lebih lanjut berkaitan dengan bakteria ini.