Quantcast
Channel: sensasi2020
Viewing all 381 articles
Browse latest View live

5 Jenama Telekung Popular Di Malaysia

$
0
0
5 Jenama Telekung Popular Di Malaysia. Sebut saja telekung, ramai yang mula terbayang di fikiran sejenis kain yang menutup aurat untuk kaum muslimah. Ia sejenis persalinan yang dipakai untuk menutup aurat, tubuh badan wanita ketika bersolat, berkunjung ke tempat keraian, menghadir diri ke rumah sanak-saudara dan sebagainya.

Jika dahulu telekung biasanya dilihat berwarna putih, namun kini ia dihasilkan dengan pelbagai corak, warna dan pelbagai bunga di ropo di tepinya.

Industri fesyen terkini membuatkan pelbagai jenama dihasilkan bagi memenuhi permintaan yang tinggi dan banyak syarikat/butik yang ada di Malaysia mula mereka cipta sesuatu yang unik dan menarik bagi menarik kaum muslimah.


5 Jenama Telekung Popular Di Malaysia


Jom mari kita serbu 5 Jenama Telekung Popular Di Malaysia. Saya akan senaraikan beberapa jenama terkenal yang mendapat tempat di hati para pengguna terutama kaum muslimah.





Telekung Siti Khadijah - Selesa, Puas, Yakin.


Pengasas dan pemilik empayar jenama Telekung Siti Khadijah adalah Padzilah Enda Sulaiman. Dilahirkan di Slim River, Perak. Syarikat ditubuhkan pada tahun 2009 di beri nama Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd. Ada 3 jenis koleksi reka cipta yang terdapat pada telekung Siti Khadijah iaitu Original, Klasik dan Moden. 




Jenama Telekung Popular Di Malaysia
Fareeda - Nyata Jelita



Pengasas dan pemilik butik Fareeda Scarf adalah Faridah Zakaria, ibu kepada Mawar Abdul Karim isteri kepada Fizo Omar. Syarikat ini diberi nama Fareeda Global Resources Sdn Bhd dan pada tahun 2009 adalah tahun penubuhannya. Dibuat dan dipasarkan oleh Fareeda House Of Scarf. Menggunakan tagline "Dengan Tudung Fareeda, Anda Nyata Jelita". Telah didaftarkan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia. Sudah popular di seluruh Malaysia sehingga kini.







Jenama Telekung Popular Di Malaysia
Ariani - Galeri Skaf & Selendang


Pengasas dan pemiliknya adalah Ariani Textiles & Manufacturing (M) Sdn Bhd iaitu salah sebuah anak Syarikat Kumpulan Jakel. Ditubuhkan pada bulan April 2008, mula beroperasi di Jalan Masjid India, berhadapan Jakel Kuala Lumpur. Mempunyai 18 buah cawangan di Seluruh Malaysia.





Jenama Telekung Popular Di Malaysia
Wanda Hijab - Hijab Online Terbaik Pilihanmu



Berdaftar atas nama Wanda Vista Enterprise, mula bertapak di Tesco Cheng, ditubuhkan pada tahun 2009. Produk utama syarikat Wanda Vista ialah telekung, tudung dan abaya. Sekarang ini sedang giat untuk dipasarkan seluruh Malaysia. Saya tidak pasti siapa pengasasnya, ia tidak dinyatakan.




Jenama Telekung Popular Di Malaysia
Al-Kauthar - Telekung Eksklusif Al-Kauthar


Telekung Al-Kauthar dijahit oleh penguasa tempatan (Buatan Malaysia). Norliza Hayati Haji Ahmad Shairuzi selaku pengasas Telekung Eksklusif Al-Kahthar. Ia sesuai umtuk kaum muslimah terutama untuk bersolat, umrah, haji, sedekah, wakaf dan hadiah. Saya tidak pasti ilakah ianya ditubuhkan, ia tidak dinyatakan.


Hanya ini saja 5 Jenama Telekung Popular Di Malaysia yang menjadi pilihan saya untuk direview. Kalau diikutkan memang banyak yang terdapat di Malaysia. Berpeluh jugak nak cari maklumat tentang jenama popular berkaitan telekung, maklum sajalah ianya perlu pencarian yang teliti dan ditambah pula tiada maklumat lengkap yang kita boleh perolehinya. Ia amat terhad....

Oh lupa nak war-warkan bahawa satu syarikat baru yang semakin popular, yakni Telekung Reehas Pilihan Muslimah yang sedang top diperkatakan di Malaysia dan sedang menganjurkan satu kontest untuk memperkenalkan syarikat mereka. Ia ditubuhkan pada tahun 2015, sebelum hari raya Aidilfitri yang lepas. 


Vape Kegilaan Ramai

$
0
0
Vape Kegilaan Ramai masyarakat Malaysia ketika ini. Vape atau Vapor (electronic cigarette) kini menjadi kegilaan ramai, sama ada yang sudah lama menjadi perokok tegar, anak-anak muda dan individu yang baru berjinak untuk mencuba sesuatu yang baru atas faktor terpengaruh dengan pelawaan rakan.

Ini mencetus fenomena baru dalam budaya merokok dengan alasan untuk berhenti mereokok dengan cara menyedup Vape, dalam waktu yang sama mereka mahu berhenti merokok. Agaknyalah.... adakah dengan menggunakan Vape, maka rokok mereka tinggalkan?




Vape Kegilaan Ramai
Vape - Sumber: Google


Vape Kegilaan Ramai


Fenomena ini semakin membimbangkan. Vape ternyata telah menjadi kegilaan ramai masyarakat Malaysia, ia juga telah menular ke seluruh dunia. Kalau mengikut sejarah wujudnya rokok elektronik bermula pada tahun 1963 lagi. Ia telah diperkenalkan daripada seorang yang bernama Herbert A. Gilbert tetapi ciptaanya tidak pernah dikomersialkan.

Vape telah menjadi kegilaan ramai setelah seorang ahli farmasi dari negara China, Hon Lik mewujudkan atau melahirkan semula vape ini pada tahun 2003 dengan kaedah mengewapkan nikotin yang dilarutkan dalam cecair "Propylane Glycol" (PG).


Faktor Vape Menjadi kegilaan Ramai


Ramai perokok tegar menjadikan Vape ini sebagai salah satu kaedah atau alternatif terbaik untuk membantu mereka berhenti merokok dengana alasan kononnya cecair PG mempunyai kandungan nikotin yang rendah berbanding rokok biasa, lantaran mereka menjadikan ia sebagai rutin harian mereka sebagai penganti rokok. Bagi mereka ia lebih selamat dan menjimatkan wang. Betul ke hisap Vape boleh menjimatkan wang? 

Tetapi bagi Institut Kesihatan Awam kebangsaan Jepun dalam kenyataan yang telah dikeluarkan pada November tahun lepas, mendedahkan bahawa kajian ke atas kandungan cecair Vape ini lebih berbahaya daripada rokok biasa yang kita sering melihat dijual di mana-mana kaunter jualan. 

Sebenarnya, kajian telah dijalankan terhadap Vape ini menunjukkan kadar karsinogen adalah 10 kali ganda berbanding rokok biasa yang ada jual di pasaran.

Sementara itu, Pakar Bedah dan Paru-Paru, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaya. Dr.Khairulfaizi Haron telah mendedahkan kandungan yang terdapat pada cecair PG dan nikotin boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan penggunaanya berpotensi untuk diserang penyakit angin ahmar dan jantung.


Hukum-Hakam Penggunaanya


Majlis fatwa Kebangsaan dalam kenyataan yang telah dikeluarkan pada Ogos yang lalu turut memfatwakan penggunaan Vape sebagai haram kerana ia juga adalah berkaitan terhadap perbuatan seperti menghisap Shisha

Keputusan telah dibuat setelah mengambil kira hasil muzakarah Khas Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan pada 17 Julai 2013 yang memutuskan perbuatan menghisap shisha adalah haram dan umat Islam dilarang menghisap atau menyediakan perkhidmatan menghisap shasha atau apa-apa akitiviti yang menyerupainya.

Namun begitu, ia juga seperti menghisap rokok dan shisha tetapi ia juga menjadikan Vape Kegilaan Ramai pula. Malahan Kementerian Kesihatan Malaysia telah menasihatkan agar pengguna berhenti menggunakannya buat sementara waktu sehingga keputusan mengenai risikonya diumumkan dalam tempoh beberapa bulan lagi. Semua ini tidak diendahkan oleh penghisap tegar. Ia tidak ubah seperti "Mencurah Air Ke Daun Keladi"


Betul Ke Vape Alat Terapi Berhenti Merokok?


Ramai yang telah menganggap hisap Vape ini sebagai satu satu kaedah terapi untuk berhenti rokok. Buktinya, Vape menjadi kegilaan ramai dan menjadi semakin bertambah pengemarnya. Ia semakin berleluasa penggunaanya sehingga ramai yang sanggup menjual di kaki lima, gerai-gerai di tepi jalan, di pasar-pasar malam dan di kedai-kedai khas untuk penjualan Kedai Vapers ini. Harganya bolehlah dianggap mahal dalam sekitar RM200 hingga mencecah RM500 setiap unit.

Jika dilihat pada fenomena ini, bukannya Vape sebagai alat terapi untuk berhenti merokok, malah telah menajdi Vape Kegilaan Ramai, di mana ia lebih kepada mengalakkan lebih ramai individu yang tidak merokok mencuba, termasuklah golongan wanita, remaja bawah umur, murid sekolah dan yang lebih parahnya adalah kanak-kanak.

Perilaku penghisap rokok telah menjadi viral dalam sebuah klik video di mana seorang remaja wanita menghisap Vape dan sambil itu pula bergilir menghisap kepada beberapa kanak-kanak terbabit. Ia telah juga menjadi viral di media sosial.









Astarfirullah'alaazim...... Vape Kegilaan Ramai bukan saja kepada masyarakat kita yang dewasa, malahan kanak-kanak pun terikut-ikut. Ini sudah pasti mendapat bantahan orang ramai. Apa kesudahannya? Bagaimana pihak berwajib untuk menghentikan atau menangani masalah seperti ini?

Sekolah Ditutup 2 Hari

$
0
0
Sekolah Ditutup 2 Hari seluruh Semenanjung Malaysia kecuali Kelantan bermula hari ini (5 Oktober 2015) dan esok (6 Oktober 2015) akibat keadaan jerebu semakin teruk. Ini disebabkan Indek Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat dan diperingkat bahaya kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah.


                                 
Sekolah Ditutup 2 Hari
Sekolah Ditutup Akibat Jerebu


Sekolah Ditutup 2 Hari


Sesi penutupan ini melibatkan lebih daripada 6700 buah sekolah, yakni membabitkan 3,779,000 pelajar dan guru.

Jerebu Oh Jerebu.... Berikut keadaan jerebu yang semakin buruk dengan bacaan IPU dan dijangka bertambah serius di Semenanjung Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia membuat keputusan untuk menutup semua sekolah kecuali di Kelantan selama 2 hari.

Dalam keadaan cuaca semasa yang teruk, Sekolah Ditutup 2 Hari dan kementerian akan memantau dari masa ke semasa bacaan Indek Percemaran Udara (IPU) di seluruh Malaysia, terutama di Kelantan, Sabah dan Sarawak.

Indek Pencemaran Udara (IPU) di beberapa kawasan mencatat bacaan yang tidak sihat pada pagi semalam iaitu di antara 200 hingga 300 lebih. Di Shah Alam, Selangor bacaan IPU mencecah paras berbahaya, yakni 308. Manakala di Kuala Lumpur (271), Johor (147), Negeri Sembilan (200), Melaka (173), Pahang (134), Perak (175), Kedah (147), Pulau Pinang (166), Terengganu (115), Perlis (85) dan Kelantan (78).


Nasihat Ketika Berjerebu


  • Elakkan daripada keluar rumah. Anak-anak pula biar bermain di dalam rumah. Kalau nak keluar juga, bawa mereka dengan menaiki kereta. Jangan terdedah kepada udara yang sangat bahaya itu.
  • Digalakkan untuk memakai topeng mulut dan hidung, ketika mahu masuk dan keluar daripada kereta.
  • Banyakkan minum air kosong, agar tekat sentiasa basah.... ini untuk mengelak tekak kering. Kalau tidak ia akan terkena penyakit asma, batuk, selsema dan bersin jika terdedah terlalu lama dengan jerebu ini.


Apapun kita tunggu dalam 2 hari ini, bagaimana keadaan jerebu ini. Adakah ia terus berjerebu atau sebaliknya?

Mungkin... jika bertambah teruk bacaan IPU, maka sudah pasti cuti sekolah akan disambung lagi. Adakah Sekolah Ditutup 2 Hari akan bersambung lagi? Kita tunggu dan lihat. 

Hari Sukan Negara 10 Oktober 2015

$
0
0
Hari Sukan Negara 10 Oktober 2015. Hari ini bermulanya Hari Sukan Negara 2015. Ia julung kali diperkenalkan pada tahun ini bagi memupuk rakyat Malaysia untuk bersukan agar sentiasa sihat, cergas dan cerdas.

                                         
                                             
Hari Sukan Negara 10 September 2015
Hari Sukan Negara



Hari Sukan Negara 10 Oktober 2015


Tidak dapat disangkalkan lagi,sukan merupakan satu bidang yang terbaik untuk memberikan kita sihat dari segi kesihatan, cergas, cerdas, berdaya maju, bersemangat waja dan berwawasan.

Hari Sukan Negara #HariSukanNegara 2015 diwujudkan untuk membina asas ke arah negara yang bersukan dan untuk kita jadikan sukan sebagai acara amalan setiap masa  masyarakat Malaysia. Ini adalah idea Menteri Belia dan Sukan, Encik Khairy Jamaluddin untuk menjadikan Hari Sukan Negara ini sebagai acara tahunan.

Hari Sukan Negara 2015 (HSN) juga adalah agenda penting kerajaan dalam membantu untuk meningkatkan perpaduan, salatulrahim antara semua kaum, meningkatkan kualiti kesihatan rakyat agar sentiasa sihat, malahan kerajaan akan membesarkan lagi tapak-tapak penyertaan acara sukan untuk rakyat dan tepat untuk rakyat mengamalkan cara hidup sihat dengan bersukan.

Ini dapat memupukkan jadi diri yang teguh, bersemangat waja dan ini boleh mengenal pasti bakat-bakat baru untuk menjadikan athlet Kebangsaan atau Malaysia untuk diserapkan ke mana-mana acara sukan yang berpotensi tinggi boleh bersaing di peringkat antarabangsa.

Kesimpulannya....Hari Sukan Negara 10 Oktober 2015 amat sesuai dijalankan secara tahunan kerana sukan adalah untuk semua, yakni untuk kita, keluarga kita, rakan kita dan semua masyarakat.

Jadilah Negara Kita Negara Bersukan. Natijahnya, usaha ini jadikan rakyat Malaysia lebih aktif dan bakal mencetuskan satu gerakan yang mampu meningkatkan penglibatan sukan di peringkat akar umbi dan sekaligus membentuk lebih ramai bintang sukan pada masa hadapan.

Cara Mudah Dapat MyLesen JPJ

$
0
0
Cara Mudah Dapat MyLesen JPJ. Kita sedia maklum, ramai rakyat kita tidak memiliki lesen memandu lesen terutamanya motosikal. Inilah peluang terbaik untuk mendapatkan lesen motosikal dengan cara mudah dan murah. Ia adalah inisiatif JPJ yang mengalakkan golongan muda dan orang ramai memiliki lesen motosikal yang sah dari segi undang-undang. MyLesen telah menggunakan taglinenya "1Rakyat 1 Lesen".



Cara Mudah Dapat MyLesen JPJ
MyLesen JPJ



Cara Mudah Dapat MyLesen JPJ


Inilah masa yang paling tepat dan paling sesuai untuk memiliki lesen sah dengan memohon MyLesen yang dikendalikan oleh JPJ melalui sekolah memandu di seluruh Malaysia. Peluang begini tidak perlu dilepaskan begitu sahaja. Progran MyLesen telah dibuka pendaftarannya pada 15 September sehingga 15 Oktober. masih lagi ada masa untuk memohon. 

Program MyLesen ini mendapat kerjasama daripada Institut Latihan Memandu. Harga yang dikenakan amat mudah dan murah disekitar RM299 termasuk GST. Ia adalah lesen memandu jenis B2 sahaja. Ia ternyata lebih murah jika menggunakan saluran biasa yang dikenakan bayaran sebanyak RM350.

Untuk lebih menarik, mereka yang mendaftar secara percuma sebagai Ahli Skuad Muda 1JPJ akan diberikan keutamaan menyertai program MyLesen ini. Boleh mendaftar bila-bila masa, jika berminat.



Di Mana Boleh Dapatkan MyLesen?


Sebagai rakyat kita sebenarnya wajib memiliki lesen memandu. Oleh itu dapatlah segera MyLesen sebelum ianya ditutup pendaftarannya. Dianggarkan hanya 40,000 lebih sahaja yang telah mendaftar MyLesen. Sepatutnya perkara ini diambil perhatian, lebih lagi golongan muda yang berumur 16 tahun ke atas.

Bolehlah dapatkan MyLesen di mana-mana Institut Latihan Memandu atau boleh juga muat-turun borang secara online. Boleh layari di Borang MYLesen.


Kenapa Perlunya Miliki MyLesen?


  • Menggalakkan orang ramai memiliki lesen memandu yang sah dari segi undang-undang.
  • Membantu orang ramai yang teringin memerlukan lesen memandu tetapi kurang berkemampuan dari segi kewangan.
  • Memberi pendidikan tentang undang-undang Jalan raya serta membina etika pemanduan cara selamat dan berhemah.
  • Mengelakkan pihak ketiga mengambil keuntungan yang berlebihan daripada calon pemandu.
  • Merealisasikan sasaran kerajaan untuk mengurangkan kadar kemalangan jalanraya melibatkan penunggang motosikal melalui program peningkatan taraf pengetahuan, kemahiran dan sikap mengenai keselamatan jalan raya.
  • Meningkatkan tahap kesedaran kepada orang ramai tentang bahaya menunggang tanpa lesen memandu yang sah dan akan lebih parah jika mengakibatkan kematian.


Senarai Institut Latihan Memandu MyLesen


Terdapat banyak Institut Latihan Memandu yang ambil program MyLesen ini. Ia meliputi seluruh Malaysia. Ini bagi memudahkan orang ramai untuk mendaftar sambil mengenakan yuran pembayaran RM299 yang amat murah dan mudah. Untuk mengetahu senarai Institut Latihan Memandu yang terdekat dengan tempat tinggal anda bolehlah layari di Institut Latihan Memandu.


Semoga program ini mendapat sambutan yang mengalakkan. Diseru agar anak-anak muda, belia-belia dalam lingkungan 16 tahun ke atas ambil peluang keemasan ini. Jika belum memilikinya cepat-cepatlah mendaftar.

Ingatlah orang tersayang, tidak usahlah menunggang motosikal jika tiada lesen memandu. Sudah-sudahlah apa yang berlaku terhadap penunggang motosikal sebelum ini. Lebih-lebihlagi jika berlaku sesuatu yang tidak diingini. Siapa yang susah? Sudah pasti ibubapa anda, sanak-saudara anda, rakan-rakan anda. Jalanraya bukan tempat berlumba.... ha...ha..!


Ucapan Salam Maal Hijrah 1437H/2015M

$
0
0

Ucapan Salam Maal Hijrah 1437H/2015M

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Di kesempatan ini saya ucapkan Salam Maal Hijrah 1437H/2015M di bulan Awal Muharam untuk seluruh umat Islam di seluruh dunia. Ia juga dipanggil sebagai "Tahun Baru Hijrah". Semoga ketibaan tahun baru Islam ini, kita dapat memperbaiki amalan daripada yang baik kepada yang lebih baik, Insha Allah......!



Ucapan Salam Maah Hijrah 1437H/2015M
Salam Maal Hijrah 1437H/2015M - JAKIM


Ucapan Salam Maal Hijrah 1437H/2015M


"Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". [An Nisaa’ (4): 100]


Sempena Maal Hijrah atau Awal Muharam ini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan "Selamat Tahun Baru" kepada semua umat Islam diseluruh pelusuk dunia Islam dan tidak lupa kepada kaum muslimin dan muslimat di seluruh Malaysia agar tahun ini lebih baik daripaa tahun-tahun sebelumnya.

Hijrah itu perjuangan yakni bermaksud hari yang bersejarah dan amat penting yang berlaku dalam sejarah Islam, di mana peristiwa memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Mekah ke Kota Madinah pada tahun 622 masihi.

Tahun ini tema hari Maal Hijrah adalah sama pada tahun lepas iaitu "Perpaduan Nadi Tranformasi Negara". Satu tema yang cukup bermakna dan penuh dengan sinonim dalam masyarakat Islam di negara kita Malaysia.


Perpaduan Nadi Tranformasi Negara


Perpaduan - Ia adalah satu proses penyatuan anggota masyarakat dalam sesebuah negara melalui ideologi setiap anggota masyarakat dalam membentuk jati diri yang erat dalam kehidupan yang majmuk. "Bersatu Teguh Bercerai Roboh".

Nadi - Nadi lebih kepada nadi negara, yakni tunjang kepada kehidupan yang sebenar mengikut lunas-lunas Islam yang kita anuti semenjak dahulu lagi, lebih-lebih lagi ketika zaman Rasulullah. Nadi ini membentuk satu kekuatan dalam membina ummah yang hebat.dan mampu memacu arah tuju negara ke arah satu tahap yang akan menaikkan darjat Islam yang mampu berdepan cabaran global.

Tranformasi - Yakni satu bentuk perubahan yang lebih baik daripada sebelumnya. Ia meningkatkan gerakan untuk membangunkan modal insan yang mampu berdepan cabaran yang tidak menentu akibat kemelesekan ekonomi, kejatuhan nilai mata wang, kenaikan kos sara hidup dan turun-naik harga di pasaran dunia.

Sesungguhnya Perpaduan Nadi Tranformasi Negara amat bertepatan dengan zaman sekarang yang kita tidak tahu bagaimanalah nasib negara kita, rakyat untuk berdepan situasi yang tidak menentu?

Sebagai masyarakat Islam, kita semestinya patuh dengan Islam yang kita anuti agar masyarakat bukan Islam boleh melihat bertapa ada nilainya dan ada kesempurnaan kehidupan di dunia dan juga akhirat. Insha Allah......

Akhir kata saya meminta keizinan membuat Ucapan Salam Maal Hijrah 1437H/2015M. Saya juga tidak lupa memohon ampun dan maaf sepanjang tahun lepas, manalah tahu ada silap dan salah tanpa disedari. Sama-sama kita berdoa agar negara kita sentiasa aman, makmur dan sentosa. 

Sirap Paracetamol Mengandungi Alkohol

$
0
0
Sirap Paracetamol Mengandungi Alkohol dan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengarahkan Syarikat Royce Pharma Sdn Bhd menarik balik di pasaran. Arahan ini dikuakakuasa serta-merta.

                                 


Sirap Paracetamol Mengandungi Alkohol

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Datuk Eisah A Rahman berkata, kementerian telah mengarahkan syarikat Royce Pharma Sdn Bhd menarik balik semua produk tersebut di pasaran dan fasiliti di seluruh negara.

Sepatutnya sirap paracetamol tidak boleh mengandungi alkohol disebabkan negara kita sememangnya ada menentapkan specifikasi berkaitan dengan kandungan terbabit.

Syarikat terbabit dalam membuat tawaran sirap tersebut kepada kementerian itu juga tidak menyatakan tentang kandungan pada label dan sisip pembungkusan produk mereka mengenai alkohol.

Biasanya sirap paracetamol selalu diberikan kepada pesakit yang deman, selsema, pening kepala dan ubat penahan sakit. 

Ini sudah pasti akan mengakibatkan sesuatu yang berkaitan status halal, maklum sajalah alkohol adalah haram bagi umat Islam meminumnya.

Sirap Paracetamol Mengandungi Alkohol dan harus ditarik serta merta, ia melibatkan masyarakat kita ragu-ragu untuk meminumnya.

Jika ada sebarang pertanyaan dan aduan boleh menghubungi Bahagian Perkhidmatan Farmasi menerusi talian telefon 1800886772  atau emel npcc@moh.gov.my untuk mengatahui berkaitan ubat-ubatan.

Siaran Langsung Piala Malaysia 17 Oktober 2015

$
0
0
Siaran Langsung Piala Malaysia 17 Oktober 2015. Malam ini 8 perlawanan berlangsung melibatkan 16 pasukan yang bertanding. Ia adalah penentu pasukan mana boleh layak ke peringkat Suku Akhir Piala Malaysia.



Siaran Langsung Piala Malaysia 17 Oktober 2015
Felda United vs Kelantan



Siaran Langsung Piala Malaysia 17 Oktober 2015


17 Oktober 2015 (Sabtu)

Kumpulan A

Terengganu ( 3 ) vs ( 1 ) Kedah - Siaran Langsung Di TV1
Masa: 8.45 malam
Tempat: Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Terengganu.

Lions XII ( 1 ) vs ( 0 ) Johor DT II
Masa: 7.45 malam
Tempat: Stadium Jalan Besar, Singapura.


Kumpulan B

Sarawak ( 1 ) vs ( 0 ) Perak
Masa: 8.45 malam
Tempat: Stadium Negeri, Sarawak.

Johor DT ( 4 ) vs ( 0 ) ATM - Siaran Langsung di TV9
Masa: 8.45 malam
Tempat: Stadium Tan Sri Dato Hj Hassan Yunos, Larkin, Johor.

Kumpulan C

Felda United ( 2 ) vs ( 2 ) Kelantan - Siaran Langsung di TV3
Masa: 8.45 malam
Tempat: Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selangor.

Selangor ( 2 ) vs ( 1 ) T-Team
Masa: 8.45 malam
Tempat: Stadium Shah Alam, Selangor.

Kumpulan D

Pulau Pinang ( 2 ) vs ( 3 ) PDRM
Masa: 8.45 malam
Tempat: Stadium Bandaraya Pulau Pinang.

Pahang ( 1 ) vs ( 4 ) PKNS FC
Masa: 8.45 malam
Tempat: Stadium Darul Makmur, Pahang.


Pasukan yang menang malam ini akan mengukuhkan kedudukan. Pasukan tercorot dalam kumpulan perlu menang untuk meneruskan perjuangan terutamanya Kelantan, Terengganu, Perak dan PDRM diikuti kedua terbawah iaitu Johor DT II, Sarawak, Felda United dan Pulau Pinang.

Jom.... kita penuhi stadium malam ini untuk menyokong pasukan masing-masing dan jangan lupa ikuti Siaran Langsung Piala Malaysia 17 Oktober 2015malam ini jam 8.45 malam. Keputusan terkini akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Jerebu Kembali Lagi

$
0
0
Jerebu Kembali Lagi menghantui negara dan sekolah di enam negeri diarah tutup oleh Kementerian Pendidikan ekoran peningkatan Index Percemaran Udara (IPU) amat tidak sihat, boleh menjejaskan kesihatan murid-murid.

                                    


Jerebu Kembali Lagi

Negeri-negeri yang terlibat dalam penutupan sekolah adalah Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Namun begitu bagi pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Kolej Vokasional diteruskan hari ini di bawah Ops Topeng.

Mengikut keadaan semasa semalam, Laporan daripada Jabatan Alam Sekitar menyatakan bahawa 14 kawasan mencatatkan IPU tidak sihat dan semakin merosot sehingga pagi ini.

Keadaan ini menyebabkan 6 buah negeri diarah tutup sesi persekolahan kerana ia merbahaya kepada pelajar sekolah.

Jabatan Alam Sekitar akan mematau dari masa ke semasa, jika ia terus merosot, maka esok sekolah tetap ditutup lagi demo memastikan semua IPU berada di paras sihat agar murid-murid selesa untuk belajar dan guru-guru tidak rungsing dengan keadaan Jerebu Kembali Lagi ini.

Sama-sama kita doakan dan solat hajat agar keadaan ini terus mrnjadi normal seperti biasa.

Bina Kedai Online Amazon Dapat Income USD

$
0
0
CONTENT

Pendahuluan

1.0 - Bina Kedai Online Amazon Dapat Income USD
2.0 - Cara mudah Bina Kedai Online Amazon
3.0 - Buat kedai Online Dalam 5 Minit
4.0 - Jana Duit Komisen Dalam USD
5.0 - Dikendalikan Oleh Nichify Secara Outomatik
6.0 - Program Affiliate Amazon
7.0 - Apa Itu Nichify?
8.0 - Kelebihan Nichify
9.0 - Rebut Peluang Keemasan
10.0 - Testimoni
11.0 - Penutup



Bina Kedai Online Amazon Dapat Income USD
Affiliate Nichify



Pendahuluan


Ramai yang teringin mahu Bina Kedai Online Amazon Dapat income USD, tetapi ramai yang tidak tahu bagaimana? Yalah zaman sekarang ramai yang bercita-cita ingin jana pendapatan sampingan atau pendapatan kedua untuk hidup dalam dunia ekonomi yang semakin teruk ini. Mari kita cepat-cepat rebut peluang keemasan ini.



1.0 - Bina Kedai Online Amazon Dapat Income USD

Percaya atau tidak cuba tengok dulu cara bagaimana nak "Bina Kedai Online Amazon Dapat Income USD". Lepas itu jika berkenan boleh cepat-cepat beli dengan potongan 90%. Banyak tu... jangan tunggu lagi jom mari beli cara "Bina Kedai Affiliate Amazon Dalam 5 Minit". Promosi ini akan berakhir pada 3 November, ada lebih kurang 2 minggu lagi sebelum ia ditamatkan promosi ini.


2.0 - Cara Mudah Bina Kedai Online Amazon

Saya sudah jumpa cara mudah bina kedai online Amazon, yakni satu sistem yang cukup sempurna dan amat mudah, cepat dan terbaik iaitu dengan menggunakan satu sistem yang diberi nama "Nichify".


3.0 - Buat Kedai Online Dalam 5 Minit

Ye ke hanya memerlukan 5 minit sahaja dah boleh buat kedai online dan boleh jana pendapatan sampingan...Wow....terbeliak biji mata tengok orang lain dah jana income. Kita pula bila lagi, takkan nak lihat orang lain saja yang mengaut komisen lebih lagi dengan affiliate amazon.com.

Ya....Hanya perlu 5 minit saja untuk setup website Nichify untuk pasaran Malaysia tetapi jika untuk pasaran antarabangsa, mungkin mengambil masa sedikit, lebih lagi yang kurang fasih berbahasa Inggeris.


4.0 - Jana Duit Komisen Dalam USD

Kadar nilai ringgit berbanding USD amat ketara tetapi jika kita jana income dalam USD, ia amat lumayan sekali. Dalam keadaan sekarang, apa yang perlu kita cari adalah mencari satu sistem yang bagus, mudah, cepat dan sempurna untuk melakukan semua ini. Ia diurus selia oleh satu sistem yang amat menetapi cita rasa terkini.


5.0 - Dikendalikan Oleh Nichify Secara Automatik

Dengan Nichify anda tidak perlu buat secara manual, semuanya telah dijalankan secara automatik. Sesiapa pun boleh buat dengan tutorial yang mereka berikan. Setelah disetting semua, ia akan diurus secara automatik oleh Nichify. Bukan itu sahaja, anda boleh menjana pendapatan melalui online.


6.0 - Program Affiliate Amazon

Sebut saja Amazon, terbayang kita tentang produk mereka jual beratus ribu jenis ada ditawarkan amat menarik. jangan risau kerana dengan sistem affiliate program daripada Amazon semuanya tersedia jika menggunakan sistem Nichify.

Amazon merupakan tempat orang ramai untuk membeli apa saja barangan yang mereka perlukan. Inilah peluang untuk kita mendapatkan Nichify bagi menarik pembeli agar terus ke website Nichify kita, kerana Amazon menjual kepada lebih 200 negara di dunia.


7.0 - Apa Itu Nichify?

Sistem Nichify menggunakan program affiliate dari Amazon, tetapi dengan cara yang amat berbeza sekali. Affiliate lain mempromosikan produk secara terus ke laman Amazon dan hanya mendapat komisen jika jualan dihasilkan dalam masa 1 hari.

Dengan sistem Nichify, anda membina kedai online anda sendiri, dan prospek memilih produk seperti dalam kedai online lain. Apabila mereka ingin membayar, barulah sistem Nichify akan menghantar mereke ke laman Amazon dengan ID affiliate atau agen anda. Dengan cara ini, anda mendapat komisen kalau jualan dihasilkan dalam masa 90 hari.


8.0 - Kelebihan Nichify

Banyak kelebihan bila anda membeli Nichify ini sebenarnya. Ia merupakan salah satu cara terbaik untuk menjana pendapatan dalam USD melalui kedai online Amazon. Cuba kita bayangkan jika dapat komisen USD100 secara komisen yang kita dapat nanti. Jika ditukar dengan nilai matawang kita pastinya lebih daripada RM400. Sungguh menarik...bukan?

  • Pengurusan Website Yang Mudah - Lebih mudah membina website kedai online dengan niche yang sama dalam satu dashboard tidak seperti blogspot.
  • Pasaran Affiliate Automatik - Semua produk ini dimasukkan dan dikemaskini secara automatik. Jadi anda akan mempromosikan produk yang terbaik sahaja dari website anda, dan anda tidak perlu mencari produk secara manual.
  • Autoresponder dan Pemasaran Emel - Anda tidak perlu membayar Aweber atau GetResponse untuk sistem pemasaran autoresponder. Semuanya telah siap dibina ke dalam sistem Nichify.
  • Lebih Mesra Penguna Daripada Wordpress - Sistem Nichify adalah ringkas, laju, dan senang digunakan oleh sesiapa pun, walaupun anda tidak bagus dalam hal-hal teknikal.

 9.0 - Rebut Peluang Keemasan

Apa tunggu lagi, rebutlah peluang keemasan ini, ia telah lama dilancarkan secara percuma sebelum ini dan kini Gobala Krishnan, yakni pencipta sistem Nichify telah membuat promosinya. Ia akan berakhir pada 3 November nanti. tinggal lebih kurang dua minggu lagi. Jika berminat boleh klik di pautan di bawah ini.





10.0 - Testimoni

Kita tidak perlu mahil skil teknikal untuk menggunakan Nichify. Ramai yang sudah memberi respon yang baik terhadap sistem ini. Jom kita lihat video tentang testimoni tentang Nichify.







Seperti yang anda boleh dengar dan lihat, ramai pengguna Nichify yang 100% berpuas hati dengan apa yang kami tawarkan.

Jika anda mendaftar sekarang, anda akan mendapat panduan lengkap PDF dalam Bahasa Malaysia yang menunjukkan anda langkah demi langkah bagaimana untuk setup dan menggunakan Nichify anda.


11.0 - Penutup


Terdapat banyak kedia online yang dibina khas untuk program affiliate di amazon tetapi dengan Nichify ia lain daripada yang lain kita jumpai. Namun dengan Nichify amat mudah, senang, cepat dan dibuat secara automatik. Lepas ini tidak payah nak setting dan setup apa-apa dah....semuanya telah diurus oleh Nichify secara automatik.

Ia adalah sistem terbaik, rugi jika tidak ambil peluang ini dan membelinya dengan segera. Apa tunggu lagi, ia akan ditamatkan jualannya pada 3 November nanti. Rupanya "Bina Kedai Online Amazon Dapat Income USD". Bolehlah kongsi artikel ini untuk rakan-rakan anda tentang kebaikan sistem ini.

JDT Juara Baru Piala AFC 2015

$
0
0

JDT Juara Baru Piala AFC



CONTENTS

1.0 Pendahuluan

JDT Juara Baru Piala AFC 2015

2.0 Peluang Menang Cerah

3.0 Keputusan Terkini Final Piala AFC 2015

4.0 Tahniah JDT

5.0 Cuti Peristiwa

6.0 Penutup



JDT Juara Baru Piala AFC 2015
JDT (Malaysia) vs Istiklol (Tajikistan)


1.0 Pendahuluan

Tahniah JDT Juara Baru Piala AFC. Bukan calang-calang pasukan yang boleh pergi ke final dan menjuarainya. Memang hebat JDT pada tahun ini yang sentiasa mendapat sokongan daripada rakyat Johor dan Malaysia. 


JDT Juara Baru Piala AFC 2015



JDT Juara Baru Piala AFC 2015
Final Piala AFC 2015



Tidak ada siapa sangka kelab pertama dari Asia Tenggara menjuara Piala AFC 2015, satu keputusan diluar dugaan dan ditambah pula 2 kelab dari Kuwait digantung keahlian kerana ada perlaksanaan baru autonomi Kuwait SC daripada kerajaan Kuwait menyebabkan FIFA membatalkan penyertaan mereka di Piala AFC dan juga antarabangsa.


2.0 Peluang Menang Piala AFC 2015 Cerah

JDT (Malaysia) dan Istiklol (Tajikistan) berjaya menempah slot ke Final Piala AFC 2015 setelah kelab bola sepak Kuwait, yakni Al-Qadsia dan Kuwait SC dibatalkan oleh FIFA. Ini memberi ruang kepada kedua-dua kelab ini ke final.

Walaupun sebelum ini JDT kalah kepada Al-Qadsia dengan 1-3 dan Istiklol kalah kepada Kuwait SC 4-0, namun akibat pengantungan kedua-dua kelab Kuwait itu, maka secara merit dan automatiknya JDT akan bertemu Istiklol di Final Piala AFC 2015. Perlawanan akhir berlangsung pada 31 Oktober 2015 (8 malam waktu Malaysia) di Stadium Central Republican, Di Ushanbe, Tajikistan.

Di atas kertas, JDT tidak berpeluang untuk mengalahkan kelab Istiklol tetapi dengan usaha berpasukan dan tidak kenal erti berputus asa, maka JDT berjaya juga mengalahkan Istiklol dengan 1-0 di bumi Tajikistan. Satu pencapaian yang membanggakan sluruh rakyat Johor danMalaysia juga amnya.


3.0 Keputusan Terkini Piala AFC 2015

Johor Darul Takzim ( 1 ) vs Istiklol ( 0 )
Masa: 8 malam (waktu Malaysia)
Tempat: Stadium Central Republican, Dushanbe, Tajikistan.
Penjaring Gol - Velazquez (JDT)


4.0 Tahniah JDT

Luaskan Kuasa Mu - Tahniah JDT sekali lagi buat mereka yang bertungkus lumus menyerang tanpa erti berputus asa dan kepenatan yang mereka lalui dengan penerbangan selama 26 jam ditambah pula dengan cuaca yang agak dingin di Tajikistan, namun itu semua dibuang jauh oleh pasukan JDT. Buakn mudah ingin mengalahkan mereka di bumi sendiri dengan kapasiti penonton yang agak ramai dan paluan gendang yang bengit di stadium mereka.


5.0 Cuti Peristiwa

Pada petang semalam saya terlihat hebahan di Facebook tentang pengumuman rasmi daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, YB Dato' Haji Ismail Bin Karim. Maka dengan ini rakyat Johor dapat nikmati Cuti Peristiwa dengan kemenangan JDT di Final Piala AFC 2015. Saat yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Johor. Sudah pasti ianya membanggakan seluruh rakyat Johor terhadap pasukan kesayangan mereka JDT.


6.0 Penutup

Tiada yang mustahil dalam bola sepak, semuanya boleh terjadi. Apa yang terjadi kepada JDT telah menjadi sejarah dalam bolasepak antarabangsa, di mana JDT Juara Baru Piala AFC 2015. Tahniah JDT... Luaskan Kuasa Mu.... satu kelab yang cukup gah di Malaysia yang diurus dan dikendalikan oleh Tengku Mahkota Johor, Tuanku Ismail Sultan Ibrahim.Tahniah JDT... tahniah buat rakyat Johor yang setia menyokong pasukan kesayangan mereka. Bergembiralah rakyat Johor, horey.....!

Spekulasi Susu Kambing Siti Nurhaliza

$
0
0
Sekarang ini riuh dan ribut tentang Spekulasi Susu Kambing Siti Nurhaliza yang diminum dan telah dibuat naik di Instagram miliknya. Adakah ini minuman harian beliau untuk kekal sihat dan cantik atau berpeluang menimbang cahaya mata impiannya bersama suaminya Datuk K? Peroalan yang akan terjawab selepas ini. Apa kata beliau tentang hal ini.






Spekulasi Susu Kambing Siti Nurhaliza


Siti Nurhaliza:"Siti rasa belum masanyalah untuk Siti bercerita tentang perkara tersebut dan Siti lebih fokus kepada Konsert Satu Suara Vol 2 malam tadi". Jom ikuti video tentang "Siti Nurhaliza Hamil".






"Jika itu doa yang baik buat Siti, mohon semua doakan ia jadi kenyataan," demikian penjelasan Penyanyi tersohor tanahair dan nombor satu di Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 36 perihal Spekulasi Susu kambing Siti Nurhaliza dan yang hangat kini tentang beliau hamil.

Impian penyanyi itu untuk menimang cahaya mata pertama mungkin tercapai beberapa bulan lagi apabila penyanyi itu kini dikhabarkan sedang berbadan dua.

Setelah hampir sedekat beliau melayari rumahtangga bersama ahli perniagaan, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, 56 tahun. Pasangan itu telah mendirikan rumahtangga pada 21 Ogos 2006 di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Spekulasi ini semakin hangat dan semakin kuat bertiup kencang apabila Siti yang popular dengan lagunya "Mikraj Cinta" memuat naik sekeping foto dengan segelas susu kambing dan kurma menerusi akaun Instagram miliknya #ctdk atau #sitinurhaliza.

Kita sedia maklum, minuman campuran susu kambing dan kurma dipercayai penuh berkhasiat dan baik untuk wanita mengandung. Ia juga adalah makanan sunnah nabi selain daripada kismis, buah zaitun dan sangat digalakan untuk minum semasa hamil dan boleh menyihatkan ibu dan bayi dalam perut ibu.

Pengambilan makanan terbabit diamalkan oleh Rasulullah dan dapat membantu memberi tenaga kepada ibu dan kecerdasan minda kepada anak di dalam kandungan ibunya.

Apa pun kita doakan agar impian Datuk Siti Nuhaliza untuk menimang cahaya mata menjadi kenyatan. Insha Allah.... Semoga "Spekulasi Susu Kambing Siti Nurhaliza" yang bertiup hangat diperkatakan bertukar menjadi sesuatu yang pasti apabila tibanya nanti Siti sendiri mengumumkan berita gembira ini kepada peminatnya di seluruh negara.

Akaun Laman Sosial Facebook Alvin Tan Dipadam

$
0
0
Akaun Laman Sosial Facebook Alvin Tan Dipadam setelah sehari beliau menghina umat Islam dengan memuat naik gambar bersiri yang menunjukkan blogger lucah itu menggunakan kitab suci Al-Quran sebagai tisu tandas. Satu lagi penghinaan beliau yang tidak menghormati sensitiviti agama Islam. 


Akaun Facebook Alvin Tan Dipadam
Akaun Facebook Alvin Tan Dipadam


Akaun Laman Sosial Facebook Alvin Tan Dipadam

Alvin Tan atau nama sebenarnya adalah Alvin Tan Jye Yee, 26 tahun, sebelum ini telah mendapat suaka politik di Amerika Syarikat telah mengesahkan perkara tersebut menerusi laman profil sebuah lagi akaun media sosial Facebook miliknya.

"My VERIFIED BADGE Facebook page has been permanently banned (Laman Facebook VERIFIED BADFE daya diharamkan untuk selamanya)" 

Dalam gambar bersiri yang beliau muat naik dilihat menggunakan helaian Al-Quran untuk membuang najis dan telah menyatakan bahawa membaca kitab suci itu di dalam tandas sebagai salah satu hobi hariannya.

Alvin Tan sebelum ini sudah banyak membuat kontroversi yang sengaja menghina agama Islam ketika berada di Amerika Syarikat.

Kini, akibat daripada tindakannya telah dikecam hebat oleh semua umat Islam dan juga bukan Islam yang tidak berpuas hati terhadap perbuatan biadabnya dan ramai yang telah memberi amaran akan mengadu perkara berkenaan kepada pihak Facebook. 

Namun begitu, walaupun akaun Facebook Alvin Tan dipadam dan ditutup tetapi beliau masih kembali ke dunia Facebook dengan akaun baru. Beliau mendakwa, beliau masih hidup menerusi akaun terbarunya. 

Berita Sensasi beliau yang mengatakan telah mati ditembak adalah merupakan satu berita yang beliau sendiri ciptakan sebagai simbolik terhadap akaunnya yang telah dipadam oleh pihak Facebook tetapi masih hidup/aktif dengan akau lain.

Sebagai seorang Islam, kita biarkan saja apa yang beliau lakukan. Tidak usahlah menghentam beliau dengan kata-kata kesat. Jika kita berbuat demikian seperti mengalakkan beliau untuk terus menghentam dan menjadikan beliau lebih agresif untuk terus membuat kontroversi yang tiada kesudahannya. Adakah Akaun Laman Sosial Facebook Alvin Tan Dipadam akan menjadikan beliau seorang yang baik hati dan mulia selepas ini?

Semoga Allah Taala membuka pintu hatinya agar mejadi insan yang mulia selepas ini. Hanya Allah Taala yang dapat menentukan di mana Allah Taala mahu tempatkan beliau. Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu kejadian dan kesudahannya selepas ini... Allah Yang Esa dapat menentukannya.

Jangan lupa baca artikel terdahulu : Spekulasi Susu Kambing Siti Nurhaliza.

Test SEO: Contest Review Lynk.my 2015

$
0
0
Test SEO: Contest Review Lynk.my 2015. Ramai yang sudah menghantar penyertaan untuk bersaing merebut hadiah yang amat lumayan. Contest anjuran laman web lynk.my, yakni syarikat Hexa Coorperation Sdn Bhd. Lynk.my (Malaysia No 1 URL Shortener) ini adalah ciptaan anak tempatan yang ingin melihat rakyat Malaysia menggunakan website mereka untuk memendekkan URL blog, website atau entri anda. 



Test SEO: Contest Review Lynk.my 2015
Contest Review lynk.my 2015



Test SEO: Contest Review Lynk.my 2015


Saya menulis artikel ini sekadar untuk menguji tahap SEO artikel saya sahaja iaitu Test SEO: Contest review Lynk.my 2015. Saya sebenarnya telah menghantar penyertaan dengan menggunakan domain Top Seo Friendly (Klik URL ini dan Undi Saya Ye!) sebagai blog utama untuk bersaing dengan 83 peserta (semasa artikel ini ditulis). Penyertaan yang amat ramai sekali. Adakah artikel ini dapat menyaingi mereka, walaupun ianya sekadar menguji (Test SEO) di mana artikel ini berada di Search Engine Result Page (SERP).


Apa Itu Lynk.my?

Apa itu Lynk.my? Mengikut tafsiran Wikipedia, Lynk adalah satu sistem yang memendekkan URL (URL Shortener) bagi memudahkan urusan dalam mengingati URL atau alamat laman sesawang yang panjang. Bukan itu saja, ia juga dapat menjana pendapatan, jika ada yang klik URL.

Sistem ini dilancarkan pada tahun 2014 oleh Hexatology Network bertujuan untuk memberi pilihan kepada pengguna internet di Malaysia agar boleh menjana pendapatan melalui online/talian.


Bolehkah Buat Duit Dengan Lynk.my?

Bolehkah Buat Duit Dengan Lynk.my? Sudah tentu boleh kerana mereka telah membahagikan 2 kategori sistem ini untuk dipilih sebagai langkah masa depan agar sama-sama rakyat dapat menikmati kemudahan yang telah disediakan. 2 kategori tersebut adalah:

  • Publisher

Berdaftar di Publisher adalah percuma. Apa yang paling bagus adalah, mereka akan membayar RM10 untuk mereka yang menghasilkan 1,000 UV. Ini bermakna apabila anda memperolehi 1,000 UV, mereka akan bayar duit kepada anda sebanyak RM10. Segala earning yang diperolehi akan dicatat dan direkodkan pada sistem mereka. tugas kita hanya promosikan kan kepada rakan-rakan melalui Facebook, Whatsapp, wechat, Instagram, Twitter dan sebagainya.

Caranya adalah dengan cara memendekkan blog/website anda dan dikongsikan ke laman sosial mengikut kemampuan anda. Jika anda rajin, maka banyaklah yang ada dapat nanti. Segala pendapatan yang diperolehi akan mereka masukkan ke akaun bank anda semasa anda berdaftar sebelum ini.


  • Advertiser


Berdaftar di Advertiser secara percuma tetapi apabila anda ingin mengiklankan bisnes online anda di Lynk.my, mereka hanya mengenakan bayaran sebanyak RM10 saja. Sangat murah sekali. Iklan daripada syarikat mereka ini, anda tidak dapat memperolehi di mana-mana di Malaysia, malahan di seluruh dunia kebarangkalian.

Jika di tempat lain, mereka sudah pasti akan mengenakan bayaran ratusan ringgit, malahan boleh mencecah ribuan ringgit, jika syarikat itu adalah syarikat yang dikenali.


Contest Review Lynk.my 2015



Test SEO: Contest Review Lynk.my 2015
Website Lynk.my



Lynk.my telah menganjurkan satu contest untuk blogger-blogger Malaysia. Ia juga memperkenalkan website mereka agar semua rakyat Malaysia dapat mengenalinya dan menggunakannya setiap hari.

Conetest ini telah berlangsung dan masih berjalan, malahan masih dibuka penyertaannya. Jika ada masa terluang, bolehlah menyertainya. 

Ada 3 kategori yang dipertandingkan iaitu:

  • TOP SEO

Ramai yang sudah sedia maklum bagaimana mencari pemenang melalui kategori SEO? Ia menggunakan New Incognito Window untuk mencari artikel yang menggunakan keyword "Contest Review Lynk.my 2015" sebagai pemenang yang berada di top 1 hingga top 3 di SERP. Hadiahnya  TOP SEO adalah seperti berikut:


Hadiah Pertama - RM500
Hadiah Kedua - RM300
Hadiah Ketiga - RM100


  • TOP CREATIVE

Top Creative pula, ia dipilih berdasarkan artikel yang paling kreatif dan terbaik serta menarik perhatian pihak juri. Gunalah kemahiran anda sekreatif mungkin untuk mendapatkan artikel yang berkualiti dan gaya penulisan yang terbaik dalam kalangan peserta lain. Hadiah TOP CREATIVE adalah seperti berikut:

Hadiah Pertama - RM1000
Hadiah Kedua - RM500
Hadiah Ketiga - RM200


  • TOP lynkUNDI

TOPlynkUNDI pula dipilih berdasarkan jumlah undian yang banyak dalam kalangan peserta. Ajak dan mintalah rakan-rakan anda untuk mengundi anda. Boleh juga undi sesama peserta, sekurang-kurangnya boleh dapat sama dengan jumlah peserta dan juga pembaca yang lain. Boleh letakkan banner, logo, klik di sini sebagai menarik pembaca untuk undi anda. Hadiahnya TOP lynkUNDI seperti berikut:

Hadiah Pertama - RM500
Hadiah Kedua - RM300
Hadiah Ketiga - RM100


Hadiah Contest Review lynk.my 2015

Hadiah yang ditawarkan oleh lynk.my amat lumayan. 3 kategori dipertandingkan, setiap satu kategori ada hadiah masing-masing. Sungguh menarikkan? Oleh itu setiap peserta boleh menang untuk ketiga-tiga kategori. Wowwwww..... betul-betul mengancam dan menarik perhatian peserta untuk menggunakan segala kepakaran dan kemahiran yang mereka miliki untuk bersaing dan mendapatkan hadiah lumayan itu. Keseluruhan hadiah dalam sekitar RM4000.

Selamat berjuang semua peserta dan moga anda memperolehi kemenangan. Insya Allah.... Di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya. Semoga berjaya.......!

Jangan lupa baca artikel ini "Test SEO: Contest Review Lynk.my 2015" sehingga habis tau... dan komen di bawah.

Keputusan Penuh Suku Akhir Kedua Piala Malaysia 2015

$
0
0
Keputusan Penuh Suku Akhir Kedua Piala Malaysia 2015. Keputusan malam tadi telah menyaksikan bahawa Felda United, Selangor, Kedah dan Pahang layak ke peringkat Separuh Akhir Piala Malaysia 2015 setelah menyekat kemaraan lawan mereka.



Keputusan Penuh Suku Akhir Kedua Piala Malaysia 2015
Piala Malaysia 2015


Keputusan Penuh Suku Akhir Kedua piala Malaysia 2015


Lapan pasukan telah membuat perhintungan bagi memburu tempat ke separuh akhir Piala Malaysia 2015. Aksi malam tadi menyaksikan 4 pasukan yang layak dengan mengalahkan pasukan lawan masing-masing dengan kelebihan agregat setelah keputusan suku akhir kedua diketahui.

Keputusan Penuh Suku Akhir Kedua Piala Malaysia 2015 telah diketahui malam tadi. Keputusan penuh boleh dilihat di bawah:


Lions XII ( 1 )( 2 ) vs ( 4 )( 0 ) Pahang
Masa: 8.45 malam
Tempat: Stadium Jalan Besar, Singapura.
Agregat: ( 3 ) - ( 4 )


Johor DT ( 1 )( 1 ) vs ( 1 )( 2 ) Felda United
Masa: 8.45 malam
Tempat: Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor.
Agregat: ( 2 ) - ( 3 )


Selangor ( 2 )( 1 ) vs ( 1 )( 1 ) Sarawak
Masa: 8.45 malam
Tempat: Stadium Shah Alam, Selangor.
Agregat: ( 3 ) - ( 2 )


PKNS FC ( 1 )( 1 ) vs ( 1 )( 3 ) Kedah
Masa: 8.45 malam
Tempat: Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selangor.
Agregat: ( 2 ) - ( 4 )


Pada Keputusan Penuh Suku Akhir Kedua Piala Malaysia 2015 malam tadi menyaksikan Felda United, Selangor, Kedah dan Pahang layak ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia, sementara itu Johor DT, PKNS FC, Sarawak dan Selangor ke peringkat Separuh Akhir Piala Malaysia 2015.

Pada 2 Disember ini akan diadakan perlawanan Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia 2015. Pahang akan menjadi tuan rumah dan akan menanti kunjungan lawan mereka Selangor. sementara itu pula Kedah akan menentang pasukan tuan rumah Felda United di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selangor. 


Johor DT Gagal Ke Separuh Akhir Piala Malaysia 2015

$
0
0
Johor DT Gagal Ke Separuh Akhir Piala Malaysia 2015. Siapa sangka Johor DT yang Juara Piala AFC 2015 pada  31 Oktober lepas ketika menewaskan Kelab Tajikistan FC Istiklol dari Tajikistan kalah kepada Felda United dengan agregat 2-3.


Johor DT Gagal Ke separuh Akhir Piala Malaysia 2015
Johor DT vs Felda United


Johor DT Gagal Ke Separuh Akhir Piala Malaysia 2015

Siapa sangka dan boleh jangka Johor DT yang berstatus antara kelab terbaik di Asia tersungkur oleh kelab dari Malaysia Felda United 1-2 malam tadi di stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor.

Kemenangan yang dicatat oleh Felda United itu membolehkan mereka meneruskan kemaraan ke peringkat Separuh Akhir Piala Malaysia 2015 dengan agregat 2-3, dijangka berlangsung pada 2 Disember 2015 depan.

Felda United berjaya mengalahkan Johor DT 1-2 pada suku akhir kedua dan semasa di peringkat suku akhir pertama mereka sekadar seri 1-1 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selangor pada selasa lalu.


Rekod Kebal Johor DT Di Stadium Larkin Lebur

Kekalahan Johor DT malam tadi merupakan leburnya rekod kebal mereka di Stadium Tan Sri Hassan Yunos. Zah Rahman diangkat sebagai wira setelah menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-75. Sebelum itu, Felda United berada di hadapan pada minit ke-4 setelah Fernandes Agusto menyempurnakan sepakan penalti. Felda United mendapat tendangan penalti kerana dikatakan pertahanan Johor DT, Hariss Harun terkena bola di tangan dalam kotak penalti. Tendangan penalti itu tidak dipersia-siakan oleh Fernandes Agusto.
  
Walaupun ketinggalan 1-0, Johor DT tidak berputus asa, terus mengasak bertali arus ke kubu Felda United, namun mudah dipatahkan oleh pertahanan Felda United. Keputusan 1-0 memihak kepada Felda United kekal hingga tamat separuh masa pertama.

Pada Separuh masa kedua bermula, Johor DT tidak menunggu lama, akhirnya setelah 6 minit kemudian Johor DT berjaya juga mendapatkan gol penyamaan pada minit ke-51 menerusi jaringan gol ketua pasukan Safiq Rahim.

Kebuntuan menambah dan memburu jaringan telah dihukum oleh Felda United setelah Zah Rahman menjaringan gol kemenangan Felda United pada minit ke-75. Jaringan ini menambah lagi derita Johr DT untuk memburu jaringan kemenangan. 

Keputusan 1-2 memihak kepada Felda United menyebabkan Johor DT Gagal Ke Separuh Akhir Piala Malaysia 2015 musim ini.

Untuk mendapatkan keputusan perlawanan pasukan lain sila pergi ke artikel ini Keputusan Penuh Suku Akhir Kedua Piala Malaysia 2015.

Jumpa lagi di lain keputusan yang lebih menarik lagi dalam Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia 2015 pada 2 Disember 2015 nanti.

Live Streaming Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia 2015 Pahang vs Selangor

$
0
0
Live Streaming Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia 2015 Pahang vs Selangor. Malam ini bermulanya perlawanan Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia diantara Pahang vs Selangor. Jangan lupa ikuti secara Live Streaming TV3 Online. 



Live Streaming Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia 2015 Pahang vs Selangor
Live Streaming Pahang vs Selangor


Live Streaming Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia 2015 Pahang vs Selangor


2 Disember 2015 (Rabu)

Pahang ( 0 ) vs ( 0 ) Selangor
Masa: 8.45 malam
Tempat: Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang
Penjaring: 


Pahang selaku juara bertahan akan menanti kunjungan Selangor malam ini di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang. 

Misi kedua-dua pasukan adalah ingin mengutyip tiga mata berharga sebelum mereka akan bertemu lagi pada Separuh akhir Kedua pada 6 Disember 2015.

Di atas kertas, Pahang dilihat sebagai pasukan pilihan untuk menang malam ini, walaupun mereka kalah pada suku akhir kedua di Stadium Jalan Besar, Singapura menentang Lions XII.

Namun begitu, Selangor pasti akan menyerrang habis-habisan untuk memburu gol di tempat lawan.

Pasti satu perlawanan menarik pada malam ini, jangan luypa ikuti secara Live Streaming Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia 2015 Pahang vs Selangor.

Ramalan anda, pasukan manakah menjadi pilihan untuk menang malam ini.

Selamat menontong secara langsung atau Live Streaming di TV3 Online

Live Streaming Felda United vs Kedah Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia 2015

$
0
0
Live Streaming Felda United vs Kedah Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia 2015. Malam ini satu perlawanan menarik Separuh Akhir Pertama di antara Felda United vs Kedah di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selangor. Boleh juga ikuti secara Live Streaming TV9 Online.



Live Streaming Felda United vs Kedah Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia 2015
Live Streaming Felda United vs Kedah


Live Streaming Felda United vs Kedah Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia 2015


2 Disember 2015 (Rabu)

Keputusan Semasa:

Felda United ( 2 ) vs ( 2 ) Kedah
Masa: 8.45 malam
Tempat: Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selangor.
Penjaring: Thiago Agusto - minit ke-14 dan 55 (Felda United)
                  Sandro Da Silva - minit ke-37 (Kedah)
                  Chidi Edeh - minit ke-63 (Kedah)



Felda United adalah satu-satunya pasukan berstatus kelab mara ke peringkat Separuh Akhir Piala Malaysia 2015 untuk musim ini.

Mengikut keadaan semasa Felda United menjadi pilihan untuk ke peringkat Akhir Piala Malaysia. Pada perlawanan di peringkat suku akhir, Felda United mengenepikan pasukan hebat Johor DT dengan agregat 3-2. Pada suku akhir kedua Felda United mengalahkan Johor DT 2-1 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos di Larkin, Johor. Boleh baca artikel berkaitan "Johor DT Gagal Ke Separuh Akhir Piala Malaysia 2015"

Keputusan yang di luar dugaan kerana kita tahu Johor DT adalah pasukan pilihan ke separuh akhir tetapi Felda United membuktikan bahawa pasukan mereka memang layak dengan mengikut kedudukan terkini.

Namun begitu, Kedah juga berpeluang jika dapat menyekat kemaraan Felda United yang begitu ghairah untuk memburu tiga mata di tempat sendiri sebagai tuan rumah. 

Jika berkesempatan boleh ikuti secara langsung atau Live Streaming Felda United vs Kedah Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia 2015 di TV9 Online atau boleh juga ikuti satu lagi perlawanan Live Streaming Pahang vs Selangor di TV3 Online.

Pada ramalan anda, pasukan mana yang menang malam ini di antara Felda United vs Kedah? 

Selamat menonton dan semoga terhibur.

Keputusan Penuh Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia 2015

$
0
0
Keputusan Penuh Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia 2015. Malam ini bermulanya perlawanan yang kita tunggu-tunggu Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia 2015. Empat pasukan akan berentap untuk memburu tiga mata berharga sebelum mereka akan bermain lagi pada peringkat Separuh Akhir Kedua pada 6 Disember 2015.



Keputusan Terkini Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia 2015
Piala Malaysia 2015


Keputusan Terkini Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia 2015


Keputusan Penuh (2 Disember 2015, Rabu)

Pahang ( 0 ) vs ( 0 ) Selangor
Masa: 8.45 malam
Tempat: Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang.
Penjaring Gol: Tiada Jaringan Dihasilkan


Felda United ( 2 ) vs ( 2 ) Kedah
Masa: 8.45 malam
Tempat: Stadium Majlis perbandaran Selayang, Selangor.
Penjaring Gol: Thiago Agusto - minit ke-14 dan 55 (Felda United)
                           Sandro Da Silva - minit ke-37 (Kedah)
                           Chidi Edeh - minit ke-63 (Kedah)


Empat pasukan yang layak ke separuh akhir Piala Malaysia 2015, yakni Pahang, Felda United, Kedah dan Selangor akan turun untuk memburu tiga mata berharga malam ini sebagai bekalan untuk aksi separuh akhir kedua pada 6 Disember depan.

Pemburuan mereka pada aksi malam ini pasti menarik, di mana Felda United akan menanti kunjungan Kedah di Stadium Majlis Perbandaran Selayang dan Pahang menjadi tuan rumah menanti Selangor di Stadium Darul Makmur, Pahang. Semua pelawanan berlangsung pada jam 8.45 malam. 

Mengikut perkiraan semasa, Pahang dan Felda United menjadi pasukan pilihan untuk berjaya memburu mata. Rekod cemerlang Pahang dan Felda United amat menarik. Lebih lagi terhadap Felda United apabila berjaya menyekat Johor DT dengan agregat 3-2 di Stadium Larkin, Johor. Ingin tahu tentang kekalahan Johor DT boleh ikuti artikel ini "Johor DT Gagal Ke Separauh Akhir Piala Malaysia 2015"

Namun begitu...jangan pandang mudah ke atas pasukan Selangor dan Kedah. Kita sedia maklum Kedah dan Selangor berjaya mengenepikan lawan masing-masing di peringkat Suku Akhir yang lepas.

Pada Suku Akhir yang lepas, Selangor menyingkirkan Sarawak, Pahang mengenepikan Lions XII, Felda United menyekat Johor DT dan Kedah menghalang PKNS FC untuk layak ke Separuh Akhir musim ini. Boleh ikuti Keputusan Suku Akhir Piala Malaysia 2015 29 November lalu.

Pastinya, semua jurulatih masing-masing sudah mengatur taktikal dan strategi ampuh untuk menburu kemenangan selesa untuk bekalan sebelum meneruskan perjuangan untuk memburu ke peringkat Akhir Piala Malaysia 2015.

Pada Pendapat anda, pasukan manakah yang berjaya mengutip tiga mata malam ini dalam pada itu jangan lupa ikuti "Keputusan Penuh Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia 2015".

Menang Komen Terbanyak 3 Kali Berturut-turut Di Denaihati.com

$
0
0
Menang Komen Terbanyak 3 Kali Berturut-turut Di Denaihati.com. Alhamdulillah...Syukur kepada Allah Taala, dengan limpah kurnia dan rezeki yang DIA berikan amat bermakna buat diri ini. Satu keputusan yang boleh dianggap mengembirakan dan menjadi perangsang untuk terus berkomentar di blog denaihati.com.



Menang Komen Terbanyak 3 Kali Berturut-turut Di Denaihati.com
Top 5 Komen Terbanyak


Menang Komen Terbanyak 3 Kali berturut-turut Di Denaihati.com


Alhamdulillah.... Menang Komen Terbanyak 3 Kali Berturut-turut Di Denaihati.com. Untuk pengetahuai semua rakan-rakan, sebenarnya blog Denaihati dan 3 bulan berturut-turut membuat segmen komen terbanyak untuk rakan-rakan blog. Kali pertama dianjurkan pada bulan September 2015.

Ini merupakan kali ke-3 saya berjaya menjadi salah seorang pemenang komen terbanyak. Kali pertama, hadiahnya Cody Cafe, kali ke-2 mendapat hadiah Codi Teh Tarik. Menarikkan?

Bukan senang sebenarnya untuk berjaya menjadi salah seorang pemenang Top 5 Penulis Komen November 2015. Satu pencapaian yang amat membanggakan dan mengembirakan buat diri ini. Insha Allah....jika berkelapangan akan terus berkomen di blog denaihati.com lagi.



Menang Komen Terbanyak 3 Kali Berturut-turut di Denaihati.com
Codi Cafe - Menang Kali Pertama


Rasanya semua sudah sedia maklum bahawa blog denaihati.com memang banyak menyediakan contest, segmen komen terbanyak, penulis blog terbaik dan artikel terkini.

Hadiah yang disediakan oleh Tuan Denaihati adalah produk minuman Codi Cafe dan Codi Teh Tarik untuk diberikan kepada yang pengomen terbanyak yang sentiasa mengunjungi blog beliau. Keputusan telah diumumkan untuk bulan November pula dan seterusnya, jika segmen komen terbanyak ini diteruskan. Seramai top 5 komen terbanyak telah dipublishkan/disiarkan di blog beliau dengan tajuk entri "Top 5 Penulis Komen November2015".




Menang Komen Terbanyak 3 Kali Berturut-turut di Denaihati.com
Codi Teh Tarik - Menang Kali Kedua

Jika anda semua mahu jadi pemenang seperti saya, bolehlah terus berkomen di blog beliau. Oleh itu kita bolehlah terus komen di blog beliau bermula sekarang dan terus berkunjung selalu jika berhajat untuk menjadi salah seorang pemenang bertuah nanti. Insha Allah......!

Jangan lupa terus membaca entri ini "Menang Komen Terbanyak 3 Kali berturut-turut Di Denaihati.com"

Jika ingin dapatkan hadiah lebih menarik lagi, bolehlah sertai "Contest Review Lynk.my 2015". Hadiah keseluruhan berjumlah RM4000. Hadiah yang ditawarkan memang hebat.

Atau boleh juga dapatkan simkad percuma dan berebut hadiah wang tunai yang menarik juga "Pengalaman Bersama ONEXOX".

Selamat berjuang dan semoga berjaya....

Viewing all 381 articles
Browse latest View live