Sedih rasanya mengenangkan nasib yang menimpa Video
"Angrys Bird Decoration". Ramai yang masih keliru dan blur-blur dengan perkongsian saya ini. Tidak mengapa? Saya akan ceritakan secara detail berkaitan isu ini.
"Angrys Bird Decoration"
Video ini sudah lama saya upload di
YOUTUBE, yakni 2 April 2013. Memperolehi Subscribers sebanyak 805, telah mendapat 251,842 pageview dan 847 suka serta 96 tidak suka. Setiap apa saja yang kita kongsikan, ada yang suka dan ada yang tidak suka. Begitulah ragam hidup di dunia. Kita tinggal kisah ragam hidup manusia di dunia ini.
Kenapa Video Angrys Bird Decoration Disekat
Mari saya ceritakan perjalan video ini
"Angrys Bird Decoration" sepanjang ianya diuploadkan ke Youtube. Sebelum ini saya tidak tahu-menahu pun, dengan video tersebut, kita boleh buat duit. Setelah saya bertanya pada rakan-rakan, memang kita boleh jana wang melalui video tersebut.
Kalau anda mahu jana wang, bolehlah belajar cara-caranya "
Buat Duit Earning Youtube Adsense". Semoga lebih banyak belajar lebih mudah dan cepat nak jana wang melalui video Youtube anda.
Sebelum berlaku video disekat, saya dah dapat emel mengatakan bahawa video ini tidak boleh di monetisation, yakni video tidak boleh dijana wang seandainya ada orang yang menontonnya kerana tiada kelulusan walaupun video tersebuta ada iklan dipaparkan. Ini bermakna, walau pun ramai yang melihat video tersebut tetapi kita tidak dapat menjana wang melalui video tersebut.
![Video Telah Lulus Monetisation Video angrys Bird Decoration Disekat Youtube, Kenapa?]() |
Video Telah Lulus Monetisation |
Video Angrys Bird Decoration Lulus Monetisation
Kata orang, lama-kelamaan sesuatu yang kita ingini pasti hadir juga akhirnmya. Saya telah menima perkhabaran gembira tentang semua video saya tentang buat kek atau hias kek, boleh menjana pendapatan (Monetisation).
Namun perkhabaran berita gembira tidak kekal lama kerana Video terbabit ada lagu tema "(Biar Putih Tulang, Jangan Putih Mata)" yang bergelumbang di video tersebut. Ia dipanggilan copyright (hak cipta) claim, claim released :
"Angrys Bird Decoration". Ini bermakna video tersebut tidak boleh claim sebagai pengewangan.
![Rayuan Diterima Video Angrys Bird Decoration Disekat Youtube, Kenapa?]() |
Rayuan Diterima |
Hi kamil salleh,
Berita baik! Pertikaian anda tidak disemak dalam tempoh 30 hari, jadi tuntutan hak cipta pada video YouTube anda kini telah dibebaskan.
Tajuk video: "Angrys hiasan Bird"
Tetapan pengewangan video anda kini telah dipulihkan. Lihat tetapan pengewangan.
- Pasukan YouTube
Tanpa berlengah saya telah membuat rayuan, dengan menghantar (reply) kepada Youtube tentang isu ini. Youtube telah memberi tempoh selama 30 hari, namun keesokannya saya medapat maklum balas bahawa rayuan saya diterima. Alhamdulillah.....
Selang seminggu, saya semak di analytic (analisis), saya terperanjat melihat earning youtube menunjukan jumlah $75.00. Orang kata bukan senang nak dapat jumlah sebanyak itu, melainkan kita betul-betul target kepada video Youtube tersebut.
![Jana Earning Di Youtube Video Angrys Bird Decoration Disekat, Kenapa?]() |
Jana Earning Di Youtube |
Video Angrys Bird Decoration Disekat
Ternyata kegembiraan saya dapat perkhabaran gembira hanya sementara sahaja. Video saya pula telah disekat kerana telah melanggar "Garis Panduan Komuniti". Saya rasa ini pasti ada orang yang membuat laporan tentang video ini ada unsur-unsur yang jelek (buruk) seperti lucah, menipu, spam dan banyak lagi. Video ini jika tiada yang buat laporan, ia tidak akan disekat oleh Youtube sewenang-wenangnya.
![Disekat Melanggar "Garis Panduan Komuniti" Video Angrys Bird Decoration Disekat, Kenapa?]() |
Disekat Melanggar "Garis Panduan Komuniti" |
Ini contoh rayuan saya terhadap "Team Youtube". Seandainya video anda disekat berkaitan isu ini, saya galakkan anda buat rayuan untuk membantar. Bolehlah berikan sebab-seba munasabah tentang video kita yang disekat itu.
Dear Youtube
Subject:Appealing strikes video on my channel
Referring to the email sent from the Youtube, I found one of my copyrighted video is blocked / strike.
I was surprised by the actions of the youtube on my video.
(https://youtu.be/zL20ZAq3bXE) - Angrys Bird Decoration
I feel sad / disappointed and do not expect this to happen. It is found in violation of the Community Guidelines. I am sure there is no mistake that this video was flagged by YouTube.
I think there is no breach of the guidelines laid down by the parties and has issued Youtube channel from the list.
Video I was just learning session on "Angrys Bird Decoration", no doubt content such as pornography, violence, fraud, spam and what are the conditions of the Community Guidelines. None that violates policy, assessment of the video.
I applied wisdom of the youtube to withdraw the sanctions against my video. The video was a reference user / viewer to be used as an instructional video that provide a highly effective and recognized indispensable.
The cooperation of the youtube very much appreciated.
Thank you.
Apabila diterjemahkan ke Bahasa Melayu beginilah lebih kurang ayat-ayatnya.......
Dihormati Youtube
Subject: Appealing video strikes on my channel
Merujuk daripada emel yang dihantar daripada pihak Youtube, saya dapati salah satu video hasil cipta saya disekat/mogok.
Saya terkejut dengan tindakan daripada pihak youtube terhadap video saya ini.
(https://youtu.be/zL20ZAq3bXE) - Angrys Bird Decoration
Saya rasa sedih/kecewa dan tidak jangka ini boleh berlaku. Ia didapati melanggar Garis Panduan Komuniti. saya pasti tidak ada berlaku kesilapan sehingga video tersebut dibenderakan oleh pihak youtube.
Saya rasa tidak ada berlaku pelanggaran garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak Youtube dan telah mengeluarkan daripada senarai channel saya.
Video saya itu hanyalah sesi pembelajaran tentang "Angrys Bird Decoration", tiada kandungan yang meragukan seperti lucah, ganas, penipuan, spam dan apa saja yang menjadi syarat terhadap Garis Panduan Komuniti. Tiada yang melanggar policy, ketetapan terhadap video tersebut.
Saya memohon kebijaksanaan pihak youtube agar menarik balik sekatan terhadap video saya. Video itu menjadi rujukan pengguna/penonton untuk digunapakai sebagai satu video yang memberi pembelajaran yang amat berkesan dan diakui sangat diperlukan.
Kerja sama daripada pihak youtube amat saya hargai.
Sekian, terima kasih.
Selang beberapa hari, Team Youtube telah mengirim emel mengatakan bahawa rayuan saya berkaitan isu video yang telah disekat kerana melanggar
"Garis Panduan Komuniti" telah diluluskan, yakni mereka telah terima rayuan tersebut tanpa menunggu tempoh yang lama. Anda dinasihatkan membaca garis panduan tersebut agar senang untuk anda membuat apa-apa tindakan jika berlaku sekatan terhadap video yang anda upload ke Youtube.
Kini video tersebut telah dibebaskan. Bila sudah bebas, maka tiada lagi masalah yang timbul setakat ini. Saya tidak tahu apa lagi masalah yang akan muncul selepas ini. Waalahualam....
Semoga tiada lagi sekatan terhadap kesemua video saya. Insha Allah.....
Kongsikan
Video Angry Bird Decoration Disekat, Kenapa? kepada rakan-rakan anda dengan cara kongsi ke Facebook, Twitter dan sebagainya.