Apa Itu lynk.my & Kelebihannya? | Sebenarnya lynk.my ini merupakan pengendali URL Shortener yang memfokuskan sesuatu link atau URL agar boleh dipendekkan. Ia merupakan shortener URL Nombor 1 di Malaysia dan syarikat Malaysia yang pertama memberi perkhidmatan servis untuk memendekkan URL website atau blog anda. Ia adalah rekaan anak muda tempatan (Malaysia).
Apa Itu lynk.my & Kelebihannya?
Apa itu
lynk.my? Jika mengikut istilah Wikipedia.....!
Lynk™ merupakan satu sistem pemendek URL (URL Shortener) yang bukan sahaja memudahkan urusan dalam mengingat URL atau alamat web yang panjang malah menjana pendapatan melalui sistem bayaran setiap klik. Sistem ini dianggap supaya dapat memudahkan semua blogger secara umumnya dan secara khasnya untuk pengguna IT di Malaysia. Sumber: Wikipedia.
Ia direka oleh anak muda tempatan Malaysia dan dikendalikan oleh Hexa Cooperation Sdn Bhd (Hexatology Network). Dapat memberi kemudahan kepada pengguna untuk memendekkan website atau laman blog mereka dengan mudah, cepat dan menyakinkan. Ia memberi tarikan yang lebih estetik dan semudah ABC je....
Ia disediakan oleh Hexa Cooperation Sdn Bhd untuk menggalakkan diguna pakai oleh rakyat Malaysia. Satu platform yang terbaik untuk pengguna seperti blogger, pemilik Facebook, Internet Marketer, peniaga online yang berstatus IKS dan sebagainya.
Kelebihannya
Kelebihan menggunakan lynk.my banyak sebenarnya. Diantaranya adalah seperti berikut:
1. Percuma
Ia disediakan secara percuma, yakni tiada kos tersembunyi. Sesuatu yang menarikkkan? Boleh digunakan bila-bila masa dan tanpa had (no limit). Kita disarankan untuk menyemak status akaun kita dan kemas kini maklumat akaun pembayaran bagi mengelak kejadian yang tidak diingini. Bila dah percuma, bolehlah berkongsi kepada pengguna lain juga.
2. Mudah
Ia sangat mudah untuk dikendalikan, hanya perlu copy link anda dan pastekan di ruang link yang disediakan. Boleh lihat contoh foto di bawah.
3. Selamat
Ia sangat selamat digunakan kerana menggunakan "Smart Filtering". Ia menggunakan sejenis lynk Pet atau Mr BotBot untuk mengawal selia dan boleh control (kawal) agar tiada trafik yang meragukan dan mengarut seperti spammer, web spider yang bertujuan menyamar sebagai pengguna dan dikenali sebagai laman web palsu.
4. Jana Pendapatan
Kita boleh jana pendapatan sampingan dengan menggunakan lynk.my secara berterusan di blog, laman web dan apa saja url yang dikehendaki. Ada dua kategori yang disediakan oleh lynk.my iaitu Publisher dan Advertiser. Anda disarankan untuk mendaftar di lynk.my.
Publisher - Sangat diperlukan oleh semua blogger. Setiap klik url shortener yang anda hasilkan akan menghasilkan wang. Setiap 1000 UV anda akan dibayar sebanyak RM10. Segala pembayaran akan terus ke akaun anda yang telah anda daftarkan sebelum ini.
Boleh pilih jenis pengiklanan, ada kategori pengiklanan yang sesuai dengan blog atau laman web anda.
Kadar iklan yang tinggi. Iklan yang disiarkan akan dibayar melalui proses bidaan yang telus.
Format iklan yang pelbagai. Terdapat lebih daripada 25 jenis iklan yang boleh dipilih sesuai dengan paparan pilihan pengguna.
Mereka memberi sokongan 24/7, yakni staff sokongan lynk.my akan berusaha membantu pengguna seiring dengan misi dan visi mereka.
Menggunakan 3 langkah mudah iaitu daftar secara percuma, pilih iklan dan jana pendapatan.
Jika belum daftar, boleh daftar cepat-cepat. Kita tidak perlu menggunakan akaun Paypal, cek dan kaun bank luar negara. Ia menggunakan bank tempatan untuk kreditkan pendapatan yang anda perolehi.
Advertiser - Satu medium pengiklanan yang membantu usahawan Malaysia beriklan dan memasarkan produk atau servis dengan hatga yang berpatutan iaitu serendah RM10. Ini sekaligus dapat menambahkan lagi keuntungan kepada usahawan yang baru berkecimpung dalam dunia perniagaan dan dapat mengembangkan perniagaan mereka. Disarankan agar blogger yang sudah berniaga secara online, boleh gunakan advertiser daripada lynk.my ini untuk beriklan.
Contest -
Hexa Cooperation Sdn Bhd telah menganjurkan satu contest Review untuk blogger Malaysia. Ini sekadar pengumuman sahaja. Maaflah ia sudah lepas dan sudah ada pemenangnya. Abaikan contest ini
"Contest Review lynk.my 2015". SDah ramai yang dapat jana pendapatan melalui contest yang disertai.
5. Menggunakan Trafik Monitor
Apa yang paling menarik minat pengguna, sudah tentu terhadap
"Trafik Monitor" yang digunakan. Ia dapat mengesan pelawat yang masuk. Boleh melihat statistik secara terperinci, status peratusan visitor, graf dan jumlah link anda yang diklik oleh pengguna lain. Bagai memudahkan dikendalikan oleh lynk.my, bolehlah masukan kode
"Google Analytic".
6. Lain-Lain Kelebihan
26 jenis format iklan dan boleh dipilih, 99.9% uptime di mana iklan sentiasa boleh diakses, 100% dikendalikan oleh rakyat Malaysia dan sentiasa menyokong Industri kecil dan Sederhana (IKS).
Kenapa Perlu Pilih lynk.my?
Kenapa anda perlu pilih lynk.my? Jika anda memilih URL Shortener No.1 Nalaysia, anda seorang yang bijak dan mahu meningkatkan pendapatan anda melalui blog, bisnes dan sebagainya.
Publisher Terpilih - Ia memaparkan iklan anda yang menarik melalui trafik yang bermutu tinggi dari seluruh Malaysia.
Sasaran Yang Tepat - Paparan iklan anda di tempat yang tepat, betul pada masa yang sepatutnya iklan itu berada.
Kempen Yang Fleksibel - Dapat mengawal perbelanjaan kempen anda dengan mudah mengikut kewangan dan dihendak pasaran semasa.
24/7 Sokongan Operasi - Kepuasan pelanggan merupakan keutamaan operasi syarikat Hexatology Network.
Sistem Mesra Pengguna - Dengan menggunakan 3 langkah mudah untuk memulakan iklan iaitu daftar, urus kempen dan lihat statistik.
Kesimpulannya
Sekarang anda sudah tahu "Apa Itu lynk.my & Kelebihannya? Sekarang inilah masanya pengguna seperti blogger menggunakan lynkdotmy untuk shortener URL lorang. Shorterner No.1 Malaysia. Kitalah sebagai blogger (pengguna) Malaysia menggunakannya. Bantulah syarikat bumiputera Malaysia dengan menggunakan servis yang mereka rekacipta dan kendalikan.