Quantcast
Channel: sensasi2020
Viewing all 381 articles
Browse latest View live

Majlis Berkhatan Perdana SRCC Parlimen Pandan 2016

$
0
0
Assalamualaikum......
Salam sejahtera semua pembaca setia...!

Bermula saja cuti sekolah, pasti kita terjumpa banner kat mana-mana tentang Majlis Berkhatan Perdana. Maklum sajalah... cuti sekolah akhir tahun memang panjang. Peluang cuti panjang begini membuat ibubapa berhasrat untuk khatan atau bersunat anak lelaki mereka.


Majlis Berkhatan Perdana SRCC Parlimen Pandan 2016
Majlis Berkhatan Perdana SRCC Parlimen Pandan 2016

Majlis Berkhatan Perdana SRCC Parlimen Pandan 2016




Video: Majlis Khatan Perdana SRCC Parlimen Pandan 2016


Saya tahu majlis ini setelah terlihat satu banner yang diikat di tepi pagar Klinik Ibu & Anak Kg. Pandan Dalam semasa melalui jalan itu untuk ke tempat kerja saya di Kelana Jaya. Ia adalah anjuran SRCC Perlimen Pandan dan klinik kita sdn bhd serta klinik ibu & anak Pandan Dalam.


Majlis Berkhatan Perdana SRCC Parlimen Pandan 2016
Kanak-Kanak Diberi Sumbangan Di Majlis Berkhatan Perdana

Saya tertarik dengan bannernya mengambarkan latar belakang watak kartun tersohor kanak-kanak Upin-Ipin. Pendaftarannya dalah percuma, ini membuat saya terus pergi bertanya di klinik ibu & anak tersebut. Ia adalah terhad untuk 100 orang peserta, maka saya perlu buat pendaftaran dengan segera supaya tidak terlepas peluang ini.


Majlis Berkhatan Perdana SRCC Parlimen Pandan 2016
Selfie Bersama Irfan Sebelum Berkhatan

Saya rela ambil cuti pada hari tersebut, kalau tidak silap saya pada hari Isnin, 14 November yang lepas. Alhamdulillah.....hajat saya ingin mendapatkan salah satu tempat tercapai untuk anak lelaki saya Irfan.

Niat saya untuk berkhatankan anak saya bermula tahun lepas lagi (2015), namun tidak kesampaian di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Sebelum tiba waktu ditunggu-tunggu, pihak penganjur telah membuat satu majlis doa selamat dan jamuan makan malam pada 14 November 2016 bermula jam 8.30 malam. Ini bagi mengenali peserta, ibubapa dan semua yang terlibat dalam Majlis Berkhatan Perdana SRCC Parlimen Pandan 2016.

Atur Cara Majlis Berkhatan Perdana

- 7.00 Pagi - Peserta/Ibubapa Daftar Diri
- 7.30 Pagi - Bacaan Doa Selamat
- 7.45 Pagi - Ucapan alu-aluan Oleh Datuk Hj Mohd Haniff Bin Hj Koslan
- 8.20 Pagi - Pembahagian angka giliran untuk peserta berkhatan
- 8.30 Pagi- Jamuan makan dan minum
- 8.45 Pagi - Sumbangan kain pelikat, sijil penyertaan dan beg sekolah untuk peserta berkhatan
- 9.00 Pagi - Sesi bergambar peserta, ibubapa dan dif-dif kehormat
- 9.20 Pagi - Acara mandi bersiram oleh pasukan Bomba
- 10.00 Pagi - Kanak-Kanak/peserta tunggu giliran untuk berkhatan
- 11.00 pagi - Pembukaan akaun BSN secara percuma oleh BSN cawangan Pandan Indah
- 12.00 Tengahari - Peserta diberi rehat selepas berkhatan dan bertemu ibubapa
- 12.30 Tengahari - Majlis bersurai


Majlis Berkhatan Perdana SRCC Parlimen Pandan 2016.
Irfan bersama peserta lain selepas dikhatankan

Jutaan terima kasih buat semua terutamanya, penyelaras majlis Enzik Zarul, Datuk Hj Mohd Haniff ketua UMNO bahagian Pandan, Muhammad Faizal Bin Hj Sufar, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pandan, AJK UMNO bahagian Pandan, petugas Klinik Kita Sdn Bhd, petugas Klinik Ibu & Anak Kg. Pandan Dalam, staff BSN, PTPTN, Klinik Ampang, agensi insuran dan pasukan BOMBA.

Maklumat Berkhatan

Apa itu berkhatan? Berkhatan adalah merupakan suatu minor surgeri dan ia adalah merupakan prosedur untuk membuang kulit yang menutupi kelenjar penis.Berkhatan juga merupakansuatu tuntutan agama kepada semua orang lelaki yang beragama Islam. Kebanyakan ulama berpendapat bahawa berkhatan ini wajib manakala bagi anak perempuan adalah terpuji dan bukan wajib.

Teknik berkhatan yang dilakukan di kebanyakan klinik adalah merupakan salah satu teknik moden dengan menggunakan peralatan yang dipanggil "Diathermy". Teknik ini merupakan kaedah baru yang kini popular dikalangan masyarakat. bagi orang awan biasa, prosedur ini dikenali dengan nama "Khatan Laser". Peralatan ini adalah menggunakan FEC,"Frequency electric current" untuk memotong kulitdan menghentikan pendarahan. Kaedah FEC tidak memberikan kesan kepada tisu-tisu otot.

Prosedur berkhatan ini dilakukan secara pofesional dan dibuat oleh doltor terlatih, mahir dan berpengalaman. Kebaikan kaedah memotong dengan cara ini adalah praktikal, cepat, mudah dan pendarahan yang berlaku adalah amat sedikit. Umumnya, luka khatan tidak perlu dibalut kerana sudah kering dari pendarahan. Penjagaan luka selepas berkhatan adalah senang, mudah dan cepat sembuh. Penyembuhan biasanya mengambil masa yang singkat iaitu diantara 3 hari ke 5 hari.

Prosedur Berkhatan


  • Kerjasama daripada pesakit dan ibubapa adalah sangat diperlukan, bertenang dan mematuhi arahan yang diberi. Anak-anak perlu diberikan kata-kata semangat. Biasanya ibubapa atau penjaga tidak perlu menemani anak-anak mereka ke bilik berkhatan. Ini bagi mengelakkan anak-anak bersikap "manja" dan sukar untuk bertenang.
  • Pesakit hendaklagh memastikan bahagian kemaluan dibasuh dengan bersih dan bulu-bulu yang tumbuh di sekitar kemaluan hendaklah dipotong atau dicukur. Ini bagi mengelakkan berlakunya infreksi kepada tempat berkhatan.
  • Suntikan pelalian setempat akan diberikan di kemaluan dengan menggunakan jarum yang kecil dan halus. Suntikan akan dilakukan dengan cermat dan mungkin menghasilkan sedikit kesakitan yang sementara.
  • Selepas suntikan, pesakit akan berehat selama 5 minit untuk memastikan pelalian itu berfungsi sepenuhnya dan pesakit tidak akan merasa sakit sewaktu berkhatan nanti.
  • Selepas beerkhatan, jahitan akan dibuat pada bahagian yang dipotong dan ianya tidak menyakitkan. Proses jahitan akan dibuat pada bahagian yang dipotong dan ianya tidak menyakitkan.Proses jahitan ini menggunakan jenis benang yang nudah tanggal sendiri selepas 5 ke 7 hari.
  • Biasanya pihak klinik mengamalkan "Open Wound Care" iaitu tiada balutan yang dibuat pada bahagian luka. Ini bagi memudahkan penjagaan kebersihan luka. Satu tampalan ringan akan dilakukan di bahagian kemaluan dan ianya hendaklah dibuka atau dibuang sewaktu hendak buang air kecil.
  • Pesakit boleh berjalan seperti biasa dan boleh memakai kain atau seluar yang longgar.

Penjagaan Selepas Berkhatan

  • Pesakit dinasihatkan berehat dari melakukan aktiviti lasak serta elakkan kekerapan ereksi penis.
  • Pesakit dinasihatkan mengambil ubat-ubatan yang dibekalkan seperti Analgesic (tahan sakit). Postan 250mg (3 kali sehari) dan antibiotik, Cloxacillin 250mg (4 kali sehati) atau Cephalosporin 250 mg (3 kali sehari).
  • Bahagian luka dan persekitarannya hendaklah dipastikan bersih bagi mengelak infeksi.
  • Berhati-hati dengan pendarahan selepas berkhatan. Seandainya ada pendarahan, sila dapatkan rawatan ke klinik dengan segera.
  • Perbanyakkan rehat, ini bagi mengelak bengkak, perdarahan dan juga akan melambatkan proses penyembuhan.
  • Selepas buang air kecil, bersihkan kemaluan dengan tisu dan pastikan bhagian berkhatan sentiasa kering.
  • Tiada pantang-larang yang khusus bagi pemakanan dan minuman. Walau bagaimanapun pesakit boleh juga mengikuti petua-petua atau adat resam orang melayu seperti mengurangkan pengambilan udang, sotong, ketam, belacan, telur dan sebagainya. 
  • Pesakit dinasihatan datang semula ke klinik selepas dua hari atau lebih tempoh telah berkhatan untuk tujuan pemeriksaan oleh doktor dan dressing jika perlu.


Akhir kata, jom pakat berkhatan beramai-ramai bagi memeriahkan suasana "Majlsi Berkhatan Perdana SRCC Parlimen Pandan 2016". Sempena cuti sekolah akhir tahun, kita sebagai ibubapa digalakkan untuk berkhatankan agar anak kita kelihatan bersih dilain hari. "Selamat Berkhatan untuk semua" yang ada anak lelaki. Apabila dah berkhatan atau bersunat, maka anak lelaki tersebut akan menuju ke alam dewasa. 


Harith Iskander Pelawak Paling Lucu/Kelakar Di Dunia

$
0
0
Harith Iskander Pelawak Paling Lucu/Kelakar Di Dunia setelah memenangi gelaran tersebut dipertandingan Manusia Paling Kelakar Di Dunia yang dilangsungkan di Levi, Finland. Beliau telah mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa. Satu pencapaian yang sungguh luarbiasa.


Harith Iskander Orang Paling Kelakar Di Dunia
Harith Iskander Orang Paling Kelakar Di Dunia

Gelaran itu sekaligus membolehkan Harith atau nama sebenarnya, Harith Iskander Musa, 50, membawa pulang wang dimenanginya sebanyak AS$100,000 (RM444,845) sebagai pemenang utama, mengalahkan empat finalist dari negara lain, yakni Alex Calleja (Filipina), Mino Van Nassau (India), David Kilinnick (Israil) dan Katerina Vrana (Greece).

Pertandingan itu dianjurkan oleh Laugh Factory iaitu sebuah rangkaian komedi global yang bertpengkalan di Amerika Syarikat.

Semua pemenang ditentukan 100 peratus oleh juri awam, iaitu menerusi undian secara online yang dibuka kepada orang ramai selama 24 jam selepas mereka semua membuat persembahan di Hullu Polo Arena in Levi, Finland pada 8 Disember 2016 yang lepas. Pada pertandingan itu Harith Iskander telah mendapat undian sebanyak empat jta.

Pertandingan itu diadakan sebanyak tiga pusingan. Pada pusingan pertama, 89 pelawak dari 56 buah negara bersaing untuk mendapatkan 20 tempat teratas sebelum lima pemenang dipilih untuk ke pusingan akhir.

Kesemua peserta pelawak yang terpilih merupakan pelawak pentas tersohor dan popular di negara masing-masing. Misalnya harith sendiri mengendalikan program lawaknya iaitu Obviously Harith Iskander yang bersiaran di Astro Awani 501.


Kita sedia maklum, Harith memang terkenal di Malaysia sebagai seorang pelawak, pelakon komedi, pelakon filem/drama, pengacara rancangan televisyen, Beliau juga dikenali sebagai "Godfather Of The Stand-Up Comedy", telah memenangi Anugerah Asia’s Best Stand-Up Comedian oleh majalah Asia pada 2014. Beliau lahir pada 7 Ogos 1966, di Johor Bharu, Johor.


Harith pada ucapan pada pentas akhir itu melahirkan rasa bersyukur dan bangga dapat mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia. "Saya sangat teruja kerana memenangi pertandingan ini. Saya berbangga kerana mampu mengibarkan Jalur Gemilang di pentas antarabangsa. Inilah masanya kita meletakkan komedi dari Malaysia di mata dunia. Pihak media juga banyak meyokong saya", tulis Harith di laman media sosial Instagram miliknya.

Tahniah buat Harith Iskander. Semoga ada lagi insan lain yang berbakat dan berjiwa besar sebagai pelawak dan menyertai pertandingan seperti ini, agar nama-nama mereka diiktiraf oleh pihak luar terutama di pentas global dan antarabangsa.

Dalam pertandingan ini juga, seorang lagi rakyat Malaysia iaitu Dr Jason Leong turut menyertai pertandingan ini, namun tidak bernasib baik apabila tersingkir pada peringkat awal pusingan.

Untuk mendapatkan pengiktirafan dunia,lagi, kita juga boleh buat undian untuk pemain bolasepak negara kita iaitu Mohd Faiz Subri untuk Anugerah Puskas Fifa 2016, Jom mari pakat ramai-ramai kita buat undian.Insha Allah.....

Sultan Muhammad V Diisytihar Yang Di-Pertuan Agong Ke-15

$
0
0
Sultan Muhammad V Diisytihsr Yang Di-Pertuan Agong Ke-15 hari ini dalam satu istiadat mengikut tradisi kesultanan Melayu di Istana negara pada 13 Disember 2016 mengantikan Tuanku Abdul halim yang menamatkan pemerintahan Yang Di-Pertuan Agong ke-14 semalam.


Sultan Muhammad V Diisytihar Yang Di-Pertuan Agong Ke-15
Sultan Muhamad V Yang Di-Pertuan Agong Ke-15

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V

Daulat Tuanku, "Merafak Sembah Setinggi-Tinggi Tahniah" khas buat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, yakni Al-Sultan Kelantan di atas perlantikan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV pada hari ini 13 Disember 2016 bersamaan 13 Rabiuawal 1438H.

"Semoga Allah Subhanahu Wataala Memberkati Pemerintahan Seri Paduka Baginda Tuanku". Sembah Takzim daripada saya sebagai rakyat negeri Kelantan dan malaysia amnya.

Upacara Perisytiharan Yang Di-Pertuan Agong Ke-15

Upacara sambutan ini diadakan di ibu negara dan bermula dengan istiadat keberangkatan tiba Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V di kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan pesawat khas pada pukul 9 pagi tadi.

Keberangkatan tiba baginda, Al-Sultan Kelantan, 47, itu disambut oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak selaku Pengerusi Jawatankuasa Khas sambutan serta isteri, Datin Seri Raya Enam.

Rombongan diraja kemudiannya berangkat pula ke Dataran Parlimen bagi acara sambutan rasmi sebelum menuju ke Istana Negara.

Majlis Perisytiharan ini dihadiri oleh semua raja-raja Melayu, Yang di-Pertua Negeri, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi dan jemaah menteri.

Baginda Al-Sultan Kelantan telah melafaz sumpah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-15 dan diikuti oleh timbalannyam Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong kali ke-15 ini.

Kedua-dua baginda dipilih oleh Raja-Raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu ke-243 (Khas) pada Oktober lepas dan akan memegang jawatan masing-masing bagi tempoh lima tahun bermula hari ini.

"Daulat Tuanku, Sembah Patih Harap Diampun". Dirgahayu......

Puskas Fifa 2016: Undilah Mohd Faiz Subri

$
0
0
Puskas Fifa 2016: Undilah Mohd Faiz Subri untuk anugerah terhebat ini sebagai penjaring tercantik di dunia. Undian daripada rakyat Malaysia amat diperlukan untuk melayakkan Faiz Subri mendapat anugerah dan diiktiraf sebagai jaringan tercantik dan terbaik pada tahun ini.. Bukan mudah seorang pemain yang mendapat gelaran ini, lebih lagi pemain dari negara kita.


Puskas Fifa 2016: Undilah Mohd Faiz Subri
Puskas Fifa 2016: Undilah Mohd Faiz Subri

Puskas Fifa 2016: Undilah Mohd Faiz Subri



The Fifa Puskas Award 2016


Siapa tidak gembira, seorang pemain bolasepak di Malaysia yang kita kenali, dapat melihat satu jaringan tercantik ketika beliau dapat melakukan tendangan melencong yang sungguh ajaib masuk ke gawang gol lawan ketika perlawanan diantara Pulau Pinang vs Pahang pada 16 Februari 2016 minit ke-62, di mana Pulau Pinang menang dengan jaringan 4-1.

Gol jarigan beliau mendapat liputan yang hebat dan jadi viral di media sosial. Bukan itu saja, media antarabangsa juga turut menyiarkan berita tentang jaringan menakjubkan ini.

Ada juga pemain hebat antarabangsa yang memuji tentang jaringan Mohd Faiz Subri ini. Sukar mencari jaringan seperti ini. Ini bukan tuah tetapi adalah melalui latihan dan teknik yang perlu dilakukan dan dipraktikkan sepanjang masa.

Jom mari pakat undi Mohd Faiz Subri untuk anugerah Puskas Fifa 2016. Sebagai rakyat Malaysia yang tercinta, sudah pasti ini melihat anak muda kita yang bermain bo;a sepak dapat anugerah yang hebat ini. Bukan senang untuk memenanginya dengan mengalahkan 7 pemain terhebat di dunia seperti Lionel Messi, Neymar, Mario Gaspar, Hlompho Kokana, Saul Niguez, Hai Robson Kanu, Simon Skrabb dan bakal mengalahkan 2 lagi calon finalist yakni Marlone dan Daniuska Rodriguez. Untuk kepastian dan lebih detail boleh baca artikel ini "Top 10 Anugerah Puskas Fifa 2016"

Zurich, Tunggu Aku Di sana

Anugerah Puskas Fifa 2016 akan diadakan pada 9 Januari 2017 di Zurich, Swetzerland. Berita gembira buat keluarga Mohd Faiz Subri apabila FAM telah bersetuju akan menaja perbelanjaan tikat buat uisteri beliau, Norzawanis dan dua anaknya Akif Fayyadh dan Muhammasd Aqil Zayyan. Dalam situasi begini, sokongan daripada rakyat Malaysia amat diperlukan.

Mari kita mendoakan agar Mohd Faiz Subri dapat anugerah ini. Insha Allah.....

RM10 Seorang Bantu The Red Warriors

$
0
0
RM10 Seorang Bantu The Red Warriors untuk terus kekal bersaing dalam Liga Super Malaysia 2017 (Liga M 2017). Inilah jalan terakhir untuk menyelamatkannya jika Kerajaan negeri Kelantan tidak membantu mengatasi masalah ini.

RM10 Seorang Bantu The Red Warriors
The Red Warriiors

Saya sebagai salah seorang rakyat Kelantan bersimpati di atas apa yang berlaku kepada TRW terutamanya Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang terpaksa menarik diri daripada bersaing dalam Liga M 2017 jika tiada penaja yang sudi menaja pasukan TRW. KAFA memerlukan RM14.2 juta untuk membolehkan pasukan TRW terus beraksi.

Setelah ketiadaan Tan Seri Anuar Musa (TSAM) yang meletakkan jawatan baru-baru ini dan penarikkan diri Datuk Seri Vida menyebabkan tiada yang sudi tampil untuk menawarkan diri untuk menaja TRW.

RM10 Seorang Bantu The Red Warriors

KAFA hanya ada dana dalam sekitar RM800,000, iaitu jumlah yang terlalu kecil untuk menampung perbelanjaan pasukan TRW untuk terus kekal bersaing dalam Liga Malaysia musim depan.

Demi maruah TRW, Badan Bertindak Bola Sepak Kelantan (BBBSK) semalam melancarkan kutipan derma RM10 bagi setiap rakyat Kelantan bagi menyelamatkan masa depan The Red Warriors selepas KAFA mahu tarik diri daripada saingan Liga Malaysia 2017.

Kutipan dana ini menyasarkan 1 juta rakyat Kelantan di seluruh negara. Ia dikendalikan oleh Datuk Takiyuddin Hassan sebagai penyelaras di bawah Tabung Dana Penyelamat Bola Sepak Kelantan.

BBBSK memilih RM10 sebagai simbolik kepada warna mata wang RM10 Malaysia. Warna merah pada wang kertas RM10 bertepatan dengan warna dan lambang bendera negeri Kelantan, jersi barisan pemain dan KAFA.

Katung KAFA Semakin Susut

Jika sejuta rakyat Kelantan yang sudi menghulurkannya, maka sudah tentu RM10 juta dana ini dapat dikumpulkan. Walau bagaimanapun, jika betul-betul rakyat Kelantan sayang pada pasukan TRW, ia lebih daripada RM10 juta dapat dikutip dan dikumpulkan ditambah dengan dengan tajaan daripada Syarikat Eniqworld Enterprise, pengeluar produk kecantikan dan minuman kesihatan. 

BBBSK akan menjelajah di setiap pelusuk daerah dan negeri bagi mengumpul dana tersebut.

BBBSK terdiri daripada gabungan Persatuan Bola Sepak Melayu Kelantan (PBSMMK), Kelab Bekas Pemain Kelantan dan Kebangsaan 1980 (Era 80), Lagenda Bola Sepak Kelantan tahun 1960 dan 1970 (Lagenda Kelantan).

KAFA dijangka membuat keputusan mengenai hala tuju pasukan TRW pada 29 Disember ini pada sesi mesyuarat agung luar biasa.

Jika KAFA tarik diri itu merupakan satu berita sedih dan perkhabaran dukacita untuk seluruh rakyat Kelantan yang kita tahu pasukan tersebut adalah salah satu pasukan yang terhebat dalam Liga Super Malaysia.

Saya pun turut bersimpati dan berdoa agar TRW terus kekal bersaing. jika penarikkan TRW, maka sudah tentu kemeriahan Liga M sedikit sebanyak akan terencat.

Ayuh....Oghe Klate, mari pakat kito tolong dan wie sumbange untuk pasuke kito TRW, "Gomo Klate Gomo". Kita pakat sumbang RM10 Seorang Bantu The Red Warriors. Insya Allah....

Faiz Subri Menang Anugerah Puskas Fifa 2016

$
0
0
Faiz Subri Menang Anugerah Puskas Fifa 2016 | Siapa sangka seorang pemain Malaysia boleh menang Puskas FIFA Award 2016 di Zurich, Switzerland untuk jaringan gol tercantik sepanjang 2016, meletakkan namanya sebaris dengan pemain terkemuka dunia yang telah menang anugerah sebelum ini seperti Cristiano Ronaldo dan Neymar.


Faiz Subri Menang Anugerah Puskas Fifa 2016
Faiz Subri Menang Anugerah Puskas Fifa 2016

Puskas Fifa 2016, Faiz Subri Menang



Faiz Subri Menang Anugerah Puskas Fifa 2016
Tahniah Faiz Subri Menang Anugerah Puskas Fifa 2016

Tahniah....... Faiz Subri! Seluruh rakyat Malaysia merasa bangga apabila mendapat perkhabaran gembira, setelah mengetahui Faiz Subri berjaya mengalahkan dua orang pemain bola sepak negara lain dalam perebutan anugerah Puskas Fifa 2016.

Boleh dikatakan ramai yang mengundi beliau semasa kempen undian yang disiarkan di website FIFA baru-baru ini sebelum ianya di tutup pada 7 Januari 2016 yang lalu. Ini juga berkat undian ralyat Malaysia yang tidak jemu mengundi beliau.

Faiz Subi Menang Anugerah

Penyerang Pulau Pinang berusia 29 tahun ini menerima anugerah tersebut hasil jaringan gol tendangan percuma yang memukau dan magik pada 16 Februari 2016 perlawanan diantara Pulau Pinang vs Pahang dengan jaringan 4-1 dalam Liga Malaysia 2016.

Faiz Subri juga mencipta sejarah sebagai pemain Asia pertama dikurniakan anugerah tersebut. Beliau mengetepikan dua calon akhir (top 3) Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dan pemain wanita Venezuela, Daniuska Rodriguez untuk anugerah yang pertama kali dimenangi oleh pe,ain Portugal, Christiano Ronaldo pada tahun 2009.

Faiz Subri meraih undian sebanyak 59.46 peratus mengatasi pesaingnya Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dengan undian 22.86 peratus diikuti Danius Rodriguez dengan 10.01 peratus undian.

Akhir kata, saya ucapkan tahniah sekali lagi buat Faiz Subri Menang Anugerah Puskas Fifa 2016. Semoga beliau tidak lupa pada peminat di seluruh Malaysia yang sentiasa mendoakan kemenangan beliau sepanjang kempen undian tersebut.

Semoga beliau terus berusaha lagi untuk mencipta jaringan yang lebih menajubkan lagi agar bakal memenanginya lagi pada tahun-tahun akan mendatang. Jadikan anugerah ini sebagai pembakar semangat untuk bermain dengan baik dengan pasukan Pulau Pinang yang diwakilinya dalam Liga Malaysia 2017 nanti.

Belajar Buat Blog Teknik Seo

$
0
0
Belajar Buat Blog Teknik Seo semakin menarik minat blogger, lebih lagi untuk tahun 2017. Ia sangat sesuai untuk mereka yang sudah miliki blog atau baru teringin miliki blog sendiri.

Keinginan untuk miliki sebuah blog idaman membuak-buak apabila melihat blog rakan-rakan yang hebat berkarya dengan lenggok gaya bahasa Melayu yang betul dari segi penggunaan ejaan dan suku kata.

Belajar Buat Blog Teknik Seo

Rasanya ramai yang ingin Belajar Buat Blog tetapi tidak tahu di mana?

Kalau ada pun ianya berbayar dan boleh mencecah ratusan ringgit.

Tetapi kini..... ianya semakin mudah dengan langkah demi langkah yang ditunjukkan menerusi foto-foto (Print Screen) dan juga video.

Ada beratus blog yang buat tutorial di blog mereka berkaitan belajar buat blog tetapi terlalu sedikit yang menyelitkan teknik Seo yang berkesan.

Ada ke yang sudi nak Belajar Buat Blog Teknik Seo yang paling berkesan?

Jika nak belajar.....!

Boleh dapatkan ebook secara percuma dengan menyertai Contest SEO Belajar Buat Blog yang ditulis oleh Muhamad Anuar Marsib.



eBook Belajar Buat Blog
eBook Belajar Buat Blog

Apa Itu Blog Dan Kegunaanya

Ramai yang sudah tahu blog atau website sangat sesuai untuk pembaca mencari maklumat berkaitan apa saja terutamanya perkembangan semasa,  berita terkini, kesihatan,  produk, makanan, pelancongan,  tempat menarik di dalam negeri atau luar negara dan sebagainya.

Bila ada blog,  apa saja boleh ditulis untuk disiarkan di injin carian.

Ada banyak platform blog/website yang boleh didapati seperti Joomla, wordpress, blogspot dan sebagainya. Kebanyakan yang top adalah blogspot dan wordpress.

Jika anda seorang yang mahir dalam bidang tertentu seperti freelancer, designer,  internet marketing, blog adalah pilihan utama selain di media sosial lain facebook,  twitter, instagram dan lain-lain.

Ini disebabkan Seo semakin diperlukan pada tahun 2017.

9 Kegunaan Kuasa Blog

1. Blog medium perkongsian - Pemilik blog boleh berkongsi apa saja maklumat dan info kepada orang lain mengikut niche dan tajuk yang boleh disiarkan.

2. Blog digunakan secara meluas - Boleh diakses di mana-mana saja asalkan ada line internet.

3. Blog dapat membina hubungan (engagement) - Ia dapat berhubung di dunia luar tanpa sempadan. Dapat menjalinkan ukhwah atau silaturahim sesama manusia. Blogwaking ke blog-blog lain juga boleh merapatkan lagi tali persahabatan.

4. Blog boleh membina kepercayaan - Jika kita menjual sesuatu produk dan membuat review di blog dan pembaca mula tertarik dengan produk tersebut lalu membelinya. Bila sudah beli,  penjual tersebut telah membuat servis selepas jualan terbaik.  Lama-kelamaan kepercayaan mula timbul.

5. Blog mudah diurus dan diselenggara, cepat dan ringkas. Apa yang penting tahu apa yang berlaku kesilapan di blog dan cuba perbaiki secepat mungkin.

6. Blog mempunyai kuasa viral yang tinggi. Apa saja berita yang tersebar, blog menjadi tempat untuk pembaca mencari maklumat secara detail. Pembaca juga ingin tahu dengan lebih lanjut tentang sesuatu isu yang telah diviralkan.

7. Blog pula adalah kos yang paling minima dan mudah untuk dipelajari dan dimiliki.  Kadang-kadang boleh dapat secara percuma dengan mendaftar sebagai peserta Contest SEO - Belajar Buat Duit dan download  link yang penganjur berikan.

8. Blog mesra SEO - Belajar Buat Blog Teknik SEO inilah yang membuat blogger tergila-gila mempelajarinya dan sanggup mencari di blog-blog luar negara untuk diamalkan.  Boleh baca tajuk di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan Teknik Mesra SEO.

9. Blog boleh jana pendapatan sampingan atau sepenuh masa. Dah ramai blogger yang dapat income beratus ribu ringgit hanya melalui blog. Jika korang nak dapat duit dengan mudah boleh sertai Contest SEO ini. 


Contest SEO - Belajar Buat Blog
Belajar Buat Blog Teknik Seo

Seo Menjadi Kegilaan Ramai Blogger

Seo dijangka menjadi skil dan teknik paling diperlukan pada tahun 2017.

Ia satu teknik yang paling berkesan untuk pemasaran internet (online) yang banyak menfokuskan kepada aspek-aspek teknikal dengan tujuan untuk meningkatkan kedudukan di SERP (Search Engine Rank Page) seperti di injin carian paling popular google.

Anda seorang yang beruntung,  jika blog/website anda muncul di halaman pertama ketika keputusan carian google dilakukan terhadap sesuatu keyword.

Ramai pembaca di luar sana mencari maklumat dengan menggunakan keyword (kata kunci) tertentu seperti "Belajar Buat Blog", Apa Itu SEO", Teknik SEO, Tip Tempatkan Entri Page 1 Di Google Search" dan sebagainya.

Seseorang perlukan maklumat yang tepat dengan data yang sahih dan ianya bukan sesuatu yang aneh dengan perkembangan semasa pada hari ini penuh dengan teknologi. Hanya boleh dapat di hujung jari sahaja.

Tip Jana Duit Melalui Blog

Bagaimana blogger buat duit online melalui blog? Boleh dapat ke? Biar betul....! Boleh ikuti langkah-langkah ini.

1. Sertai contest terutamanya contest SEO,  giveaway atau segmen yang dianjurkan oleh pemilik blog seseorang.

2. Buka ruangan iklan di blog untuk sesiapa saja untuk promosikan blog mereka, iklan produk mereka ke atau servis apa saja yang diperlukan.

3. Jadi penulis upahan (feerlancer), review kebaikan, keberkesanan dan keistimewaan produk tersebut.

4. Jadi agen affiliate juga boleh jana duit, ia diperolehi melalui bonus apabila dapat menjual produk mereka.

5. Jual template yang direka sendiri dengan menitik-berat teknik SEO, mesra mobile, loading pantas, menarik dan cepat diindex oleh googlebot.

6. Buat blog untuk mereka yang memerlukan seperti syarikat pengamal kesihatan dan kecantikan, firma guaman, institusi kewangan, restoran makanan dan sebagainya.

7. Jual blog atau website yang tinggi trafik, mesra seo,

8. Kebanyakan blogger pasang Nuffnang, Adsense, Infinity,  Mobicow dan sebagainya di blog dan pemasangan tersebut boleh dapat duit jika pembaca klik iklan tersebut atau melawati blog tersebut. 

Artikel ini ditulis untuk dikongsikan kepada pembaca agar mereka tahu bertapa pentingnya ada sesebuah blog. Jika ada blog, boleh digunakan untuk tujuan kebaikan bukan sebaliknya.

Apa yang pasti.......?

Contest Seo ini turut disertai oleh...
  1. calrasepatrick.blogspot.com dapat bayaran RM30
  2. nonasani.blogspot.my dapat bayaran RM30
  3. missobsesi.blogspot.my dapat bayaran RM30
  4. sayidahnapisah.com dapat bayaran RM30
  5. mommyfiqa.com dapat bayaran RM30
  6. bloggerlelaki.com dapat bayaran RM30
  7. ciklapunyabelog.blogspot.my dapat bayaran RM30
  8. dianarashid.com dapat bayaran RM30
  9. susahsenangblogger.com dapat bayaran RM30
  10. at-tarmizi.blogspot.my dapat bayaran RM30
  11. myideakini.com dapat bayaran RM30
  12. amirkhalis.blogspot.my dapat bayaran RM30
  13. sayabukancikgu.com dapat bayaran RM30
  14. messarah.blogspot.my dapat bayaran RM30
  15. jangan-bukak.blogspot.my dapat bayaran RM30
  16. fadzirazak.com dapat bayaran RM30
  17. heroborneo.com dapat bayaran RM30
  18. nikkhazami.com dapat bayaran RM30
  19. misztrex.blogspot.my dapat bayaran RM30
  20. ummizarra.com dapat bayaran RM30
  21. infopelajar2u.com
  22. sabreehussin.com
  23. topseofriendly.blogspot.my
  24. ummiseri.com
  25. saidila.com
  26. qiyasaad.com
  27. kataubaid.com
  28. belajarbuatblogpercuma.wordpress.com
  29. iuzira.com
  30. hiburansabah.com
  31. heroborneo.com
  32. nasitambah.com
  33. aynorablogs.com
  34. ohtiptop.com
  35. <Url Blog>
  36. <Url Blog>
  37. <Url Blog>
  38. <Url Blog>
  39. <Url Blog>
  40. <Url Blog>
Jom mari Belajar Buat Blog Teknik Seo ramai-ramai sambil menyertai Contest yang menawarkan hadiah wang tunai yang amat lumayan. 

Tempat Pertama: Wang Tunai RM300
Tempat Kedua: Wang Tunai RM200
Tempat Ketiga: Wang Tunai RM100

Di sini saya mengucapkan selamat berjaya dengan Contest SEO: Belajar Buat Blog. Insya Allah, jika ada rezeki, pasti jadi miliki tiga peserta bertuah.

Siapa Presiden Baru FAM 2017-2021?

$
0
0
Siapa Presiden Baru FAM 2017-2021 | Sekarang ini ramai yang memperkatakan siapa bakal menduduki kerusi panas Presiden FAM? Persoalan ini akan terjawab pada pemilihan presiden pada hari Sabtu ini, 25 Mac 2017, tarikh penentu kerusi panas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).



Tuanku Ismail Atau Tan Sri Annuar Musa
Tuanku Ismail Atau Tan Sri Annuar Musa

Siapa Presiden Baru FAM 2017-2021?


Pemilihan Presiden FAM bukan berdasarkan latar belakang seseorang tokoh tetapi ia berdasarkan kredibiliti,  kewibawaan dan kebolehannya untuk pembangunan bola sepak yang ada dalam diri pemimpin tersebut.

Perebutan kerusi panas Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) antara Tuanku Mahkota Johor, Tuanku Ismail dan bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa semakin membara ketika pemilihan Kongres FAM ke-53 pada 25 Mac ini.

Sebelum ini tiga tokoh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddi Abu Bakar, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Aseh Che Mat dan bekas Peresiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), namun Tan Sri Annuar Musa mengesahkan bertanding melawan Tuanku Mahkota Johor, Tuanku Ismail.

Pertembungan satu lawan satu diantara anak raja dan tokoh politik akan menentukan Siapa Presiden Baru FAM 2017-2021?

Kedua-dua pemimpin ini ada keistimewaan masing-masing. Sama-sama banyak berbakti untuk pembangunan bola sepak di negara kita.

Jikalau Tan Sri Annuar Musa, 61 tahun, menang, beliau akan kembali secara dramatik untuk menerajui FAM selepas digantung sebagai Timbalan Presiden badan induk bola sepak negara itu pada tahun 2012. Beliau ketika ini tidak terfikir untuk menarik diri untuk merebut presiden FAM.                                                                                                                                                                                  Namun, jika Tuanku Ismail, 33 tahun menang, maka baginda akan menjadi presiden paling muda dalam sejarah menduduki kerusi FAM.

Tuanku Ismail dalam artikel terbaru di Facebook Johor Southern Tigers berkata, baginda percaya akan mencipta kemenangan pada pemilihan kali ini. 

Perebuatan bagi Siapa Presiden Baru FAM 2017-2021 akan terjawab dengan pemilihan dan pengundian dikalangan ahli kongres sebanyak 39 ahli gabungan FAM. Pemenang hanya perlu mendapat 26 undi untuk layak menduduki kerusi panas FAM kali ke 53.

Calon yang menang akan mengantikan Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang mengambil keputusan berundur daripada jawatan Presiden FAM yang disandang baginda sejak tahun 2014.

Semoga presiden baru (menang) boleh menaikkan rangking, mutu, kekuatan pasukan bola sepak kita ke arah kecemerlangan dan kegemilangan yang jitu dan padu. "Malaysia Boleh"


Senarai Presiden FAM Semenjak Tahun 1951


  • Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj - 1951 hingga 1974.
  • Tun Abdul Razak Hussein - 1975 hingga 1976.
  • Tan Sri Hamzah Abu Samah - 1976 hingga 1983.
  • Sultan Ahmad Shah - 1984 - hingga 2014.
  • Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah - 2014 hingga sekarang (2017).
  • Bakal Presiden FAM - 2017 hingga 2021.

TMJ Menang Presiden FAM 2017 Tanpa Bertanding

$
0
0
TMJ Menang Presiden FAM 2017 Tanpa Bertanding setelah penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan Tan Sri Annuar Musa menarik diri daripada bertanding merebut jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Ini sekaligus memberi laluan kepada Tuanku Mahkota Johor (TMJ), Tuanku Ismail Sultan Ibrahim untuk mengemudi badan bola sepak negara. Maka desas-desus dan persoalan "Siapa Presiden Baru FAM 2017-2021" terlerai sudah. 


TMJ Tuanku Sultan Ismail Sultan Ibrahim
TMJ Sultan Ismail Sultan Ibrahim


TMJ Menang Presiden FAM 2017 Tanpa Bertanding


Teka-teki siapa menduduki kerusi panas FAM terjawab setelah bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa menarik diri disaat-saat akhir pemilihan sebagai presiden FAM.

Tan Sri Annuar Musa, 61, merupakan Bapa Pembangunan Bola Sepak Kelantan sebelum ini telah dicalonkan sebagai calon presiden FAM satu lawan satu dengan Tuanku Mahkota Johor (TMJ), Tuanku Sultan Ismail, 33, pada kongres FAM  ke-53 di Hotel Hilton, Petaling Jaya, Selangor.

Bagaimanapun, Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh, Kota Bharu, Kelantan mengumumkan pada sidang akhbar sehari sebelum kongres FAM bersidang dengan membuat ketetapan untuk memberikan kemenangan tanpa bertanding kepada TMJ yang akan diisytiharkan sebagai Presiden FAM yang baru untuk penggal 2017-2021.

Beliau mengaku keputusan untuk menarik diri dibuat tanpa desakan atau pembincangan dengan mana-mana pihak kerana ingin memberi laluan kepada TMJ untuk merealisasikan 11 cadangan atau manifesto baginda Sultan Ismail.

"Justeru, Tuanku Mahkota Johor perlu diberi peluang seluas-luasnya, malahan perlu dibantu dan sedia berganding bahu untuk melihat dan memartabatkan kembali bola sepak tanah air", jelasnya. 

Dengan kemenangan ini, maka TMJ akan mengambil-alih kerusi panas FAM daripada Pemangku Sultan Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang mengambil keputusan berundur daripada jawatan Presiden FAM yang disandang baginda sejak tahun 2014.

Pada 25 Mac 2017, Sabtu, di Hotel Hilton, bukan hanya pemilihan untuk jawatan Presiden FAM sahaja tetapi ianya juga pemilihan kepimpinan FAM yang baru untuk penggal 2017-2021.


Barisan Kepimpinan FAM Penggal 2017-2021


Berikut merupakan barisan kepimpinan FAM penggal 2017-2021 yang akan membantu TMJ terajui Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) nanti.


TMJ Menang Presiden FAM 2017 Tanpa Bertanding
Senarai Kepimpinan FAM Baru Penggal 2017-2021



PRESIDEN
  • Tuanku Sultan Ismail Sultan Ibrahim (menang tanpa bertanding)

TIMBALAN PRESIDEN (DUA JAWATAN)
  • Datuk Mohd Yusoff (Melaka)
  • Datuk Seri Subahan Kamal (Selangor)

NAIB PRESIDEN (EMPAT JAWATAN)
  • Datuk S.Sivasundaram
  • Datuk Joehari Mohd Ayub (Sabah)
  • Datuk Abd Ghani Hassan (Negeri Sembilan)
  • Datuk Rosmadi Ismail (Kelantan)
EXCO (LELAKI-LAPAN JAWATAN)
  • Datuk Aminuddin Omar (Kedah)
  • Datuk Mohd Hisamuddin Yahaya (Kuala Lumpur)
  • Supt. Mohd Dali Wahid
  • Subkhiddin Mohd Salleh
  • Mohd Firdaus Mohamed
  • Christopher Raj
  • Datuk Jefferey Low Han Chaw
  • SAC Datuk Azisman Alias (PDRM)

EXCO (WANITA-DUA JAWATAN)

  • Datuk Suraya Yaacob
  • Shafizah Umamah Abdul Mutalib



11 Manifesto Presiden FAM Baru 2017-2021


  1. Memastikan FAM tidak digunakan untuk kepentingan politik.
  2. Mengubah budaya bola sepak Malaysia. FAM dirombak sepenuhnya, di mana ia telah terbelenggu selama tiga dekad.
  3. Pembaharuan Urus Tadbir dan Pentadbiran dengan mengubah struktur organisasi kebangsaan.
  4. Meminda Perlembagaan dengan memastikan para penyokong mempunyai kuasa untuk memilih presiden.
  5. Meningkatkan nilai komesial Liga Super dan Liga Premier.
  6. Pembangunan permainan melibatkan keseluruhan Program Pembangunan Bola Sepak Malaysia.
  7. Pendekatan global dalam pembangunan bol;a sepak di Malaysia. Kepakaran antarabangsa dan perancangan pengambilalihan.
  8. Program pembangunan pengadil.
  9. Penstrukturan semula pasukan kebangsaan.
  10. Pembangunan faksiliti
  11. Pendekatan dalam semua tugasan.

The Bloggers Dinner 2017 Anjuran Hexa Cooperation

$
0
0
The Bloggers Dinner Anjuran Hexa Cooperation merupakan satu majlis makan malam yang julung kali diadakan sempena pelancaran lynk.my versi terbaru. Satu majlis yang menghimpunkan blogger-blogger terpilih bagi mengiktirafkan sumbangan mereka terhadap karya mereka di blog masing-masing.


The Bloggers Dinner 2017
The Bloggers Dinner 2017

The Bloggers Dinner 2017


Malam Bersama Blogger 2017 atau "The Bloggers Dinner 2017" anjuran Hexa Cooperation Sdn Bhd yang mengelolakan lynk.my (Shorten Malaysia). Pertama kali diadakan bagi melancarkan versi baru lynk dot my mereka pada 19 Mei 2017, bertempat di Hotel Concorde Kuala Lumpur.


The Bloggers Dinner 2017
Selfie Bersama Khir Khalid Di The Bloggers Dinner 2017


Sokongan blogger terhadap lynk.my amat mengalakkan terutamanya group Best Blogger Network yuang sentiasa berkerjasama dengan mereka dalam menaikan lynk.my di mata rakyat Malaysia yang dahagakan kejayaan dalam perniagaan mereka.


The Bloggers Dinner 2017
Selfie Bersam Syarifah Syahirah Celebriti Malaysia

Saya sebagai pengerusi Best Blogger Network dan semua AJK serta ahli-ahli group amat teruja dijemput ke majlis ini. Satu pengiktirafan yang sukar diucap dengan kata-kata. Apa yang boleh diucap adalah jutaan terima kasih untuk Hexa Cooperation terutama Chief Operation Officer Encik Fakhrul Iswandi.


The Bloggers Dinner 2017
Blogger-Blogger Otai di Malam Bersama Blogger

Bukan itu saja, anak-anak yatim juga diraikan pada majlis tersebut. VVIP, AJK Best Blogger Network, blogger-blogger hebat dan wakil-wakil penaja.

Apa yang paling menarik hidangan yang disediakan amat banyak dan sedap-sedap belaka. Nasi, kuih-muih, kek, desert, minuman dan banyak lagi, banyak sangat nak disenaraikan.

Insya Allah, jika tiada halangan Majlis seperti ini akan dibuat acara tahunan oleh Hexa Cooperation. Terima kasih dan tahniah buat staf-staf Hexa Cooperation dan juga lynk.my berserta iKedaiKami.com diatas penganjuran majlis ini. Diantara yang terbaik event yang dibuat untuk merapatkan ukhwah antara kita.

Terima kasih juga buat semua dif-dif jemputan yang lain bagi menjayakan majlis "The Bloggers Dinner 2017" ini. Sumbangan idea dan sokongan terhadap kami sebagai warga blogger bagi mengiktirafkan peranan blogger dalam media sosial. 

Tidak dilupa juga buat pemenang cabutan bertuah yang dapat hadiah hebat-hebat. Bukan lucky draw jadi keutama tetapi kejayaan dalam sesuatu majlis lebih diutamakan agar kita dapat memberi sumbangan bakti terhadap sesuatu perkara.

Semoga kita berjumpa lagi di lain event lagi. Best dapat jumpa rakan blogger lain, yakni Hasrul Hassan, Khir Khalid, Norman Danish, Adzril, Dhia, Akma Omar, Hanny Abdullah, Izarra  Qistina, Afzal SukaSuki, Zakri Rozaini, MahaMahu dan ramai lagi

Salam Ramadhan Al-Mubarak 2017/1438H

$
0
0
Salam Ramadhan Al-Mubarak 2017/1438H | Pejan-celik, pejam-celik dalam sedar tak sedar, hari ini dah masuk 1 Ramadhan 1438H bersamaan 27 Mei 2017. Hari keberkatan, bulan yang mulia  dan hari yabg dinanti-nantikan oleh semua umat Islam di seluruh dunia.



Salam Ramadhan Al-Mubarak 2017/1438H
Salam Ramadhan Al-Mubarak 2017/1438H


Salam Ramadhan Al-Mubarak 2017/1438H


1 Ramadhan setiap tahun umat Islam akan menyambuta bulan Ramadhan, yakni sebulan mereka akan berpuasa, menahan makan dan minum pada siang hari bermula terbitnya fajar (subuh) sehinggalah terbenamnya matahari (maghrib). Mereka yang berpuasa juga tidak boleh melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa sehingga waktu berbuka puasa.

Pada pagi ini juga kita disunatkan untuk bersahur. Ini bagi memberi tenaga tambahan bagi membolehkan sepanjang hari kita mula menahan makan dan minum. Bila tiba waktu maghrib, umat Islam bolehlah mula membuka puasa. Disunatkan berbuka puasa dengan beberapa biji buah tamar atau kurma dan beberapa teguk air.

Saya dengan ini mengambil kesempatan untuk mengucapkan "Salam Ramadhan Al-Mubarak 2017/1438H", semoga kita semua mendapat keberkatan dan pahala berganda-ganda di bulan mulia ini. Insha Allah.....



Niat Puasa Di Bulan Ramadhan Al-Mubarak


Sebelum mengerjakan ibadah puasa, kita diwajibkan untuk berniat puasa ramadhan. Bolehlah ikuti niat seperti yang tertera di bawah sebagai panduan atau rujukan. Maklum sajalah, puasa Ramadhan ni cuma sebulan dalam setahun.


Salam Ramadhan Al-Mubarak 2017/1438H
Niat Puasa Ramadhan


Doa Berbuka Puasa Di Bulan Ramadhan Al-Mubarak


Sesudah kita berpuasa seharian di siang hari, maka bila tibanya waktu berbuka (maghrib), kita disunatkan untuk membaca doa berbuka puasa. Bolehlah ikuti cara-cara yang betul untuk berbuka puasa. Semoga puasa kita diterima oleh Allah Taala. Insha Allah......



Salam Ramadhan Al-Mubarak 2017/1438H
Doa Berbuka Puasa

Di bulan Ramadhan juga kita disunatkan untuk menunaikan Solat Sunat Terawih pada waktu malamnya. Besar pahala dan ganjarannya Allah janjikan untuk hambanya. Boleh dikatakan sepanjang Ramadhan ini, kita perbanyakkan melakukan amal ibadat kepada Allah agar kita dapat keampunan daripada dosa-dosa kita yang lalu dan akan datang.

Selamat berpuasa dengan amalan bersahur, berpuasa di siang harinya, berbuka puasa bila tibanya Maghrib dan mengamalkan solat sunat terawih pada malamnya. Semoga amalan kita diterima oleh Allah Taala. Semoga tahun ini 2017 lebih baik daripada tahun 2016 sebelumnya. Amin....

Bazar Ramadhan Taman Bukit Indah 2017

$
0
0
Assalamualaikum..... Tahun ini sekali lagi saya berniaga di Bazar Ramadhan Taman Bukit Indah 2017, Ampang, Selangor. Tempat yang sangat sesuai untuk kita berniaga sambil mencari pendapatan tambahan dengan rezeki yang melimpah-ruah sempena bulan mulia bulan Ramadhan Al-Mubarak.



Bazar Ramadhan Taman Bukit Indah 2017
Bazar Ramadhan Taman Bukit Indah


Bazar Ramadhan Taman Bukit Indah 2017



Bazar Ramadhan Taman Bukit Indah 2017
Suasana Di Bazar Ramadhan Taman Bukit Indah 2017


Bila tibanya bulan Ramadhan, yakni bulan umat Islam mengerjakan ibadah puasa, pastinya saya akan membuka gerai di Bazar Ramadhan Taman Bukit Indah. Di sinilah tempat saya mennambah rezeki dengan menjual nasi lemak (Nasi Lemak Pandan Mieeza), nasi kerabu, lauk-pauk dan kuih-muih.

Saban tahun (Ramadhan), saya mengambil cuti panjang selama 40 hari tanpa gaji dengan majikan (Secret Recipe) semata-mata ingin menjual di Bazar Ramadhan Taman Bukit Indah 2017.

Walaupun saya tahu, rezeki menjual di bazar Ramadhan tidak menentu tetapi kerana minat dan ingin memperkenalkan jenama Mieeza Creative Catering terpaksalah saya melakukan kerja ini.

Sememangnya ianya sedikit penat, namun demi mencari rezeki yang halal, apa saja pekerjaan kita wajib membuat yang terbaik.


Bazar Ramadhan Taman Bukit Indah Tumpuan Ramai


Boleh dikatakan setiap negeri ada tempat untuk para peniaga kecil-kecilan untuk mereka berniaga. Contohnya Bazar Ramadhan. Di sinilah ianya menjadi tumpuan ramai pengunjung untuk mencari pelbagai jenis nasi, lauk-pauk, kuih-muih dan beraneka makanan.

Kadang-kadang makanan yang dijual hanya terdapat pada bulan Ramadhan sahaja terutamanya lauk-pauk seperti ayam percik, ikan percik, kuih tahi itik, akok, puteri mandi, nekbab, buah hulu, nasi kaya dan sebagainya.

Jika anda berada disekitar kawasan Ampang, Cheras, Pandan Indah bolehlah berkunjung keBazar Ramadhan Taman Bukit Indah 2017 ini. Gerai tempat saja menjual adalah petak no.8, berdekatan pintu masuk bazar tersebut.

Saya menjual nasi kerabu ayam percik, nasi lemak sambal kerang, ikan bilis, paru-paru, nasi putih berlauk dan juga kuih-muih. Jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkannya. Anda pasti berpuas hati dengan pelbagai masakan yang disediakan. Jika tidak pun boleh singgah di gerai-gerai lain di sekitar bazar tersebut.

Akhir kata, saya memohon jutaan terima kasih buat semua pengunjung yang singgah di gerai saya. Dalam kesempatan ini saya ucapakn selamat berpuasa dan selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Kepada waris-waris, saudara-mara dan rakan-rakan jangan lupa singgah ye....

Segala amalan anda di bulan puasa ini, saya doakan agar anda beroleh pahala berlipat kali ganda dan mendapat keampunan dan keberkatan di duni mahupun di akhirat. Insha Allah...Amin....

Blogger Kamil Salleh Jual Nasi Kerabu Sedap

$
0
0
Blogger Kamil Salleh Jual Nasi Kerabu Sedap | Assalamualaikum.... Gerai Nasi Lemak Pandan Mieeza yang dahulunya dikenali ramai menjual nasi lemak pandan tetapi kini semakin berkembang dengan menjual nasi kerabu resipi dari Kelantan.


                             
Nasi Kerabu Sedap Mieeza
Nasi Kerabu Mieeza

Blogger Kamil Salleh Jual Nasi Kerabu Sedap


Tiada siapa tak mahu makan yang sedap-sedap? Lebih lagi berkaitan rutin harian seperti makan nasi. 

Nasi lemak sudah dicuba,  sekarang masanya untuk pelanggan setia di Gerai Nasi Lemak Pandan mencuba Nasi Kerabu pula. 

Semasa blogger Kamil Salleh menjualnya baru-baru ini di Bazar Ramadhan Taman Bukit Indah, Ampang,  ramai pelanggan mencuba nasi kerabu yang dijual.  "Mereka kata sedap, macam makan nasi kerabu di Klate (Kelantan). 

Dah tentu rasanya sedap sebab ia resipi dibawa dari Klate.  Ditambah pula tukang masak (isteri)  pun dari Bachok,  Kelantan. 

Nak tahu rasanya bolehlah singgah atau boleh tanya sahabat kita 7yang dah mencuba,  Cahaya Diana (CD), editor drama "Semusim Rindu".

Sesiapa yang membaca artikel ini atau yang berada di sekitar, Ampang,  Pandan Indah,  Cheras dan Kuala Lumpur, dipersilakan singgah. 

Kalau tak nak makan nasi kerabu pun tak apa,  boleh beli nasi lain seperti nasi lemak pandan,  nasi putih kerana ada pelbagai lauk disediakan. 

Lauk yang ada seperti ayam goreng berempah,  ayam masak rendang, ayam masak merah,  gulai ikan tongkol, ikan keli berlada,  daging bakar,  ikan goreng dan pelbagai jenis sambal nasi lemak, terutamanya yang femes seperti sambal kerang,  sambal sotong, sambal udang,  sambal paru dan sambal ikan bilis. 

Kini anda boleh dapatkannya setiap hari Ahad diantara jam 8am - 1pm dan setiap hari Isnin hingga Sabtu diantara jam 7pm - 11.30pm.

Lokasi: Depan Mid Point Shopping Complex,  Jalan Pandan Indah 1/25, Selangor.

Talian: 0177774717 @ 0173932889 dan 0139995015 (whatsapp). 

Jangan lupa singgah di gerai saya, ada banner tertera "Nasi Lemak Pandan Mieeza"..... "Sedap Boh.... ".

Jom singgah ramai-ramai dan serbu, biar jadi viral di media sosial (berangan). 

Saya harap sangat sokongan dari anda dan juga orang ramai yang lalu-lalang di situ daripada pelbagai kaum. 

Doakan juga agar perniagaan saya dikenali ramai dan mendapat tempat di hati pembeli (pelanggan). Insya Allah.... 


Blogger Disaman Sivil Oleh Pengasas Produk Kecantikan 3 Juta Sangat Melucukan

$
0
0
Blogger Disaman Sivil Oleh Pengasas Produk Kecantikan 3 Juta Sangat Melucukan | Blogger dengan produk kecantikan saling berhubung kait disebabkan ia menjadi pengantaraan untuk blogger menulis (review)  tentang produk mereka.

                           
Blogger Disaman 3 Juta
Blogger Disaman Sivil 3 Juta

Blogger Disaman Sivil 3 Juta Sangat Melucukan


"Berat mata memang, berat lagi bahu memikul". Itulah perupamaan Melayu dilabelkan terhadap kes berkaitan blogger Suria LekatLekit vs pengasas produk kecantikan yang terkenal. Rasanya dah ramai blogger mana yang kena saman sivil di mahkamah di Kelantan tempat di mana pengasas itu tinggal dan syarikat pengeluaran produk tersebut.

Kes ini sudah menjadi isu di media sosial seperti Facebook,  twitter, group whatsapp tetapi tidaklah menjadi cerita panas.

Namun begitu..... bila tengok saman sehingga 3 Juta, ia menjadi satu kes berprofil tinggi pula.

Kes ini disebabkan blogger terbabit telah menyiarkan artikel berkaitan Ta** SkinCare,   produk kesihatan berkaitan kulit terutama pada wajah.

Walaupun artikel tersebut tidak mencerminkan fitnah semata-mata, namun disalah tafsir oleh pengasas produk tersebut sebagai mengaibkan dan mencemarkan status, menjejaskan pengeluaran dan pelanggan sudah pasti tidak membeli produk mereka.

Walaupun,  blogger Suria LekatLekit telah memohon maaf tetapi tidak diterima. Semoga ada sinar untuk kedua-dua pihak selesai di luar mahkamah dan tarik balik saman tersebut.  Insya Allah...  Moga Allah Taala makbulkan doa orang dalam kesusahan. Amin...


Misi Mencari Sokongan Dan Bantuan

Kes berkaitan saman sivil di mahkamah, ramai yang cetek pengalaman termasuk saya sendiri. Namun begitu, ia tidak melemahkan semangat blogger srikandi Suria untuk menghadapinya.

                                 
Bligger Disaman Sivil Oleh Pengasas Produk Kecantikan 3 Juta Sangat Melucukan
Misi Mencari Sokongan Dan Bantuan


"Apa yang berlaku dah pun berlaku, misi mencari bantuan tetap diteruskan",  itulah kata-kata semangat untuk tidak rebah sebelum melawan. 

Kes ini telah difailkan di mahkamah di Kota Bharu pada 20 Jun lepas tetapi Suria telah membuat rayuan dilanjutkan tempoh ke 20 Julai dan dipindahkan ke Selangor akibat terlalu jauh untuk dibicarakan.

Alhamdulullah....  Moga 20 Julai nanti akan ada keputusan positif dicapai.

Rasa macam sangat melucukan pula melihat kes begini,  seorang blogger yang lemah,  berpendapatan rendah difail saman sampai 3 Juta.  Banyak tu...  Di mana nak cari dana sebanyak itu.

Sebagai rakan blogger,  saya menyokong di belakang Suria untuk menghadapinya. Seorang surirumah yang tabah menghadapi ujian hidup.

Semoga ada yang sudi tampil memyumbang pertolongan dalam apa segi sekalipun,  baik kewangan, doa dan sokongan. Kalau ada NGO, PPIM,  KKM,  Farmasi,  peguam yang sudi membantu. Itu lagi elok....

Jom kita istighfar banyak-banyak,  doa dan sokong Suria LekatLekit yang tidak berbelah bagi. Harapan semua agar kes ini selesai secara elok dan tiada saman-menyaman berlaku.

Kita sebagai orang Islam seharusnya merapatkan ukhwah,  bukannya saling bersengketa.

Hanya ini saja sokongan yang boleh saya berikan.  Insya Allah,  jika tiada halangan dan rintangan  bantuan dalam bentuk lain pula.

Adsense Dah Lulus Akaun Penuh Tetapi....

$
0
0
Adsense Dah Lulus Akaun Penuh Tetapi.... berlaku sebaliknya. Kenapa perkara begini berlaku? Pihak google adsense pasti ada sebab-sebabnya tertentu.

Sebut saja adsense, ramai yang berangan mahukannya sebagai publisher, ini disebabkan income atau pendapatan yang diperolehi dalam kiraan matawang USD. USD adalah matawang Dollar Amerika yang kita sedia maklum bahawa nilainya sangat besar. Lebih kurang empat kali ganda dengan matawang Ringgit Malaysia.



Google Adsense
Google Adsense

Adsense Dah Lulus Akaun Penuh Tetapi...  


Adsense Dah Lulus Akaun Penuh Tetapi... jika disemak dan dikaji ternyata akaunnya hanya hosted bukannya Non Hosted.

Ini bermakna hanya akaun google adsense Youtube sahaja diluluskan. Adakah adsense untuk blog tidak lulus atau perlu diupgrade?  Walhal blog saya menggunakan Top Lever Domain (TLD)  terutama menggunakan .com, .net,  .my,  .com. my, .org dan sebagainya.

Walaupun dah tiga tahun akaun ini aktif tetapi hanya baru sekali claims, iaitu sebanyak USD $100, itu pun baru beberapa bulan lepas.


Tutup Akaun Adsense Untuk Dapat Non Hosted


Baru-baru ini saya tutup akaun adsense kerana tidak berpuas hati dengan earning yang dapat. Bukannya sengaja mahu tutup tetapi saya difahamkan ada memohon dua akaun dengan menggunakan nama dan alamat yang sama. Ini menyulitkan lagi untuk dapat kelulusan daripada Google.

Namun belum sempat pihak google tutup akaun saya,  saya dapatkan kembali akaun tersebut (Request Account Reactivation). Nasib baik ianya diterima. Selalunya pihak adsense beri tempoh 48 jam untuk menarik balik akaun tersebut, jika mahu dapatkannya kembali.

Saya fikir "Jika tutup akaun,  nak dapat kembali pasti susahkan"? "Sementara itu akaun satu lagi saya abaikan saja."

Orang lain boleh dapat sebulan $100, saya pula 3 tahun baru dapat $100. Berbaloi tak boleh dapat sebanyak itu? Sudah tentu tidak bukan? Penat lelah update blog, berkongsi artikel di media sosial, blogwalking ke blog lain dan sebagainya.

Namun bukan alasan untuk kita hentikan memohon google adsense Non Hosted tersebut. Sekarang ini , dah seminggu blog saya direview oleh adsense. Doalah agar ianya berhasil. Insya Allah.... mudah-mudahan.


Earning CPC Adsense Rendah


Pendapatan yang rendah tidaklah rusing sangat,  cuma takut-takut trafik yang kurang akan ditarik balik akaunnya. Itu yang merisaukan sangat.

Semoga ianya tidak berlaku jika kita sering update blog dan selalu blogwalking ke blog orang lain. Content juga kenalah berkualiti dengan menerapkan teknik SEO.

Yalah.... Orang lain boleh dapat sebulan sebanyak $100, saya pula 3 tahun baru dapat $100. Berbaloi tak boleh dapat sebanyak itu? Sudah tentu tidak bukan?

Orang kata "Daripada tak dapat langsung,  sekurang-kurangnya dapat juga walaupun mengambil masa yang panjang". Sikit-sikit,  lama-lama jadi bukit.



Adsense Dah Lulus Akaun Penuh Tetapi...
Google Adsense Review Blog


Saya kini sedang tunggu jawapan daripada pihak google adsense. Semoga ia betul-betul dapat akaun penuh. Mahu juga tengok blog ada iklan adsense yang berjoget-joget di blog saya.

Yalah...  Ramai yang kata earning atau CPC di blog lebih banyak daripada adsense youtube tetapi kemungkinan juga adsense youtube lebih banyak jika pandai dan tahu caranya. Ini kena banyak selongkar blog-blog dari Indonesia.  Kita tahu blog-blog dari Indonesia memang power dari segi trafik dan SEO.

Kini segalanya bergantung kepada earning adsense youtube. Walaupun dah nampak peningkatan dari segi CPC dan CTR. Baguskan ada income di kedua-dua tempat, yakni di blog dan di youtube.

Jangan lupa share atau kongsi entri ini "Adsense Dah Lulus Akaun Penuh Tetapi..." untuk mendapatkan akaun yang betul-betul penuh terpaksalah menunggu jawapan yang di kirim oleh google melalui akaun emel atau Gmail.


B-22 Malaysia Menang Mengalahkan B-22 Indonesia

$
0
0
B-22 Malaysia Menang Mengalahkan B-22 Indonesia | B-22 Malaysia tampil dengan cemerlang dengan menewaskan B-22 Indonesia 3-0 pada aksi pembukaan Kumpulan H kempen kelayakan Piala Konfedasi Bola Sepak Asia (AFC)  di Stadium Nasional Supachalasai semalam 20 Julai 2018.


B-22 Malaysia vs B-22 Indonesia
B-22 Malaysia vs B-22 Indonesia

B22 Malaysia Menang Mengalahkan B-22 Indonesia


B-22 Malaysia Menang Mengalahkan B-22 Indonesia 3-0 pada aksi semalam. Keputusan ini membuktikan bahawa pemain B-22 Malaysia tidak ketandusan bakat dan boleh bermain lebih baik lagi di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
Walaupun enam pemain utama tidak dapat dilepaskan oleh kelab masing-masing,  tidak sedikit pun mencacatkan atau merencatkan rentak skuad B-22 kendalian Datuk Ong Kim Swee. 

Kemenangan ke atas skuad B-22 Indonesia kendalian Luis Milla akan menyuntik semangat buat 22 7pemain negara sebelum mereka bertemu dengan B-22 Thailand yang sememangnya jaguh bola sepak Asia Tenggara pada aksi kedua pada Jumaat nanti (21 Julai 2017).

Keegoan Skuad B-22 kendalian Luis Milla tercalar bermula seawal minit ke-3 apabila penyerang muda Kedah, Syafiq Ahmad meledak gol pertama menerusi penyudah yang mengelirukan menewaskan penjaga gol Indonesia, Satria Tema Hardiyanto. 

Selepas itu,  skuad B-22 Indonesia berputih mata pula Apabila Mohd Jafri Firdaus Chew meledak gol kedua menerusi tandukan pada minit ke-20 untuk memberi keselesahan pada pemain Malaysia dan memberi tekanan lagi kepada Indonesia untuk memburu gol. 

Pelbagai corak dan gerakan berbajaya dilakukan oleh skuad Indonesia,  namun mudah dipatahkan oleh pemain B-22 Malaysia. 

Selang 10 minit,  gol ketiga pula diperolehi hasil tandukan N. Thanabalan pada minit ke-30 terus melemahkan semangat Indonesia memburu gol bagi merapatkan jurang. 

Lebih parah lagi apabila terjahannkeras Asnawi Mengkualam ke atas Syazwan Andik membawa padah apabila dilayangkan oleh pengadil perlawanan pada minit ke-68.

Perlawanan akhirnya berkesudahan dengan B-22 Menang Mengalahkan B-22 Indonesia dengan keputusan 3-0 sehingga tamat perlawanan akibat kebuntuan menghasikan gol.


Iklan Adsense Di Blog sensasi2020 Dah Muncul

$
0
0
Iklan Adsense Di Blog sensasi2020 Dah Muncul | Assalamualaikum..... Setelah sekian lama menunggu kelulusan penuh daripada pihak Google Adsense, akhirnya dah diluluskan sepenuhnya tetapi awas! Anda perlu berhati-hati....

Ini cuma iklan percubaan, jika mereka berpuas hati, ia akan diluluskan sepenuhnya (Non Hosted) dengan syarat ia tidak melanggar terma dan syarat yang Google Adsense tetapkan. 



Iklan Adsense Di Blog sensasi2020 Dah Muncul
Iklan Adsense Di Blog sensasi2020


Iklan Adsense Di Blog sensasi2020 Dah Muncul


Siapa tak gembira wehhh.... sekian lama menunggu keputusan debgan penuh kesabaran.  Akhirnya menceriakan jiwa dan raga., rasa nak melompat-lompat. 


Iklan Adsense Di Blog sensasi2020 dah muncul
Emel Daripada Google Adsense


Ia dihantar melalui emel (gmail) oleh Google Adsense pada 21 Julai 2017, jam sekitar 9.06 pm. Lebih kurang 10 hari menunggu keputusan berkaitan penyiaran adds adsense di blog kerana ianya direview/disemak oleh team google adsense. 

Sebenarnya dah lama akaun penuh diluluskan tetapi saya abaikan. Saya ingatkan untuk youtube sahaja, rupanya kita boleh ubah/upgrade akaun hosted kepada non hosted, disebabkan cetek pengetahuan dan ilmu berkaitan adsense,  maka ia tersadai tanpa nakhoda.

Sebelum ini,  saya dah ada akaun penuh adsense youtube tetapi saya tidak upgrade dekat akaun adsense.com, di bahagian setting dan add product.

Kalau tahu boleh upgrade begini dah lama saya buat.  Ia lebih mudah jika blog kita dah ada domain TLD (Top Lever Domain) sendiri, yakni ada dot com,  dot my,  dot net dan sebagainya di belakang nama blog kita.


Cara Betul Letak kode Iklan Adsense

Dalam waktu menunggu blog yang diupgrade direview dan diluluskan seperti artikel saya sebelum ini "Adsense Dah Lulus Akaun Penuh Tetapi... ". Kita disarankan untuk letak kode iklan adsense agar google adsense dapat mengenali pasti blog kita layak atau tidak?

Sebenarnya nak letak iklan adsense (adds Adsense) kenalah betul dan tepat posisinya. Terutamanya apabila nak letak kode di template (html). Setting di template harus berhati-hati supaya tidak tertinggal atau terpadam kode di dalamnya. 

Begitu juga nak letak iklan di bawah header,  di tengah posting di sitebar, di bawah posting dan sebagainya supaya "Iklan Adsense Di Blog sensasi2020 Dah Muncul" tetap terus muncul untuk selama-lamanya. Insya Allah... 

Lagu I Am Me Dato Seri Vida Best

$
0
0
Lagu I Am Me Dato Seri Vida Bestdengan menampilkan watak dan reaksi komedi di dalam klip video lagu beliau. Lagu ini mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan peminat sejak ia dimuat naik di Youtube pada 13 Julai lepas.



Lagu I Am Me Dato Seri Vida Best
I Am Me - Dato Seri Vida


Lagu I Am Me Dato Seri Vida Best


Best giler dengan dan tengok klip video lagu "I Am Me" nyanyian pengasas kosmetik Vida Beauty Sdn Bhd, Dato Seri Vida ciptaan komposer popular Edry Abdul Halim. Boleh ikuti lirik lagunya di sini.








Lirik Lagu I Am Me Dato Seri Vida



I Want
I Want You
I Want
I Want You

I Am Fun
I Am Pretty
I Am Beautiful
I'm A Queen

I Am Inspire
Your Desire
I Am Diva Living La Vida

Come To Me
Sayang, Sayang, Sayang
Say With Me
Sayang, Sayang, Sayang

I Am Me
I Am Me
I Am Me

I Am Fun,
I Am Pretty,
I Am Beautiful
I'm A Queen

I Am Inspire
Your Desire
I Am Dive
Living La Vida

Come To Me
Sayang, Sayang, Sayang
Say With Me
Sayang, Sayang, Sayang

I Am Me
I Am Me
I Am Me

I Want
I Want You
I Want
I Want You

I Am Me
I Am Me
I Am Me

I Am Me
I Am Me
I Am Me


LAGU: I Am Me
KOMPOSER: Edry Abdul Halim
NYANYIAN: Dato Seri Vida

Walaupun lagu ini dilihat seperti lagu komedi, namun jika dilihat dengan sejujurnya. Ia memberi mesej positif khusus untuk golongan wanita. 

Sambutan yang diterima sangat ramai, ada yang memuji dan ada juga yang mengeji. Lagu ini sebenarnya mempunyai aura yang tersendiri dan memberi inspirasi kepada masyarakat untuk lebih positif dan mempunyai visi dan misi dalam kehidupan.

Lagu I Am Me Dato Seri Vida Best di youtube telah dipertontonkan oleh orang ramai mencecah 1 juta orang semenjak ia dimuat naik beberapa hari yang lalu.

Dah Setahun Nasi Lemak Pandan Mieeza Beroperasi

$
0
0
Dah Setahun Nasi Lemak Pandan Mieeza Beroperasi | Salam... Bukan senang bisnes yang kita usahakan boleh kekal lama kecuali kita banyak berusaha, rajin, bersabar, cekal, tidak malu, jangan mudah berputus asa, bertawakal, berdoa dan sebagainya.



Nasi Lemak Pandan Mieeza
Banner Nasi Lemak Pandan Mieeza


Dah Setahun Nasi Lemak Pandan Mieeza Beroperasi

Pejam-celik, pejam-celik Dah Setahun Nasi Lemak Pandan Mieeza Beroperasi. Alhamdulillah, tiada apa-apa rintangan dan halangan untuk untuk tidak meneruskan perniagaan ini.

Pada mulanya tiada niat di hati hendak menjadi pengusaha perniagaan menjual Nasi Lemak Pandan Mieeza. Memang dari dulu berniat mahu buat bisnes tetapi bukan menjual nasi lemak pandan. Bisnes yang saya maksudkan adalah menjual barangan di internet, tidak kiralah produk sendiri, dropship atau jadi pembekal. Apa yang penting income masuk.

Orang kata berhijrah ke Kuala Lumpur perlu membuat lebih daripada satu kerja. Disebabkan saya berhijrah dari Kelantan ke Kuala Lumpur, maka tidak ada cara lain, melainkan kita mencari alternatif lain seperti buat part time atau berniaga di sebelah malam. Sementara di waktu siang kerja tetap di Secret Recipe.

Begitulah kehidupan seharian saya sekeluarga apabila tinggal di ibukota. Perlu buat lebih daripada dua kerja. Walaupun badab letih, penat dan mengantuk, namun demi menyara keluarga, kerja harian tetap diteruskan.

Maklum sajalah banyak kena bayar seperti sewa rumah, bil elektrik, bil air, minyak kereta, minyak motosikal, ansuran bayar kereta, barangan elektrik, perbelanjaan sekolah anak, perbelanjaan anak di kolej dan sebagainya.


Perancangan Masa Depan


Setiap kerja yang dilakukan perlu ada perancangan. Masa mula-mula berjinak dengan bisnes menjual nasi lemak pandan adalah sewaktu bekerja di Secret Recipe. Sebelum masuk kerja pukul 8.30 am, saya menjual nasi lemak, nasi berlauk ikan aya (ikan tongkol) dan nasi berlauk ayam goreng dan gulai ayam. 



Dah Setahun Nasi Lemak Pandan Mieeza Beroperasi
Jual Nasi Depan Secret Recipe


Sekurang-kurangnya dapat juga pendapatan sampingan selain dapat gaji tetap. Selepas itu, perancangan masa depan dalam diri ini semakin membara dan bertekad untuk membuka gerai. 

Saya terpaksa meminjam dengan majikan RM2500 untuk merealisasikan impian bagi mencapai target untuk berniaga sendiri dengan membuka gerai. Alhamdulillah... dapatlah pinjaman tersebut dan membayar secara ansuran dengan pemotongan gaji bulanan sebanyak RM300. 

Dengan berbekalkan RM2500 (pinjaman)  + RM1000 (duit simpanan), saya membeli canopy 1 set, kaki meja 2 biji, plywood 3 keping, alas meja, perkakas dapat seperti senduk, pisau, sudu, bekas makanan (plastik) dan lain-lain lagi.

Selepas itu, saya membuat pemohonan lesen perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan lesen penjaja sementara di Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) untuk berniaga di tempat khas (lot parking kereta) di Depan Mid Point Shopping Complex, Pandan Indah, Selangor/Kuala Lumpur. Alhamdulillah... ia diterima oleh MPAJ dan dibekalkan setahun lesen penjaja sementara dengan kadar sewa RM30 sebulan.

Berkat kesabaran, doa berterusan terhadap Allah Taala, maka hari ini perniagaan ini masih berjalan seperti biasa.

Alhamdulillah...syukur, pelanggan pun semakin bertambah. Ada pelbagai kaum yang membeli. Ada juga bangsa asing lain seperti Bangladesh, Thailand, Nepal dan Indonesia.

Semoga perancangan masa depan untuk lebih maju lagi akan berjaya. Insya Allah....


Menu Semakin Bertambah


Yalah masa mula-mula buka gerai, hanya menjual nasi lemak ayam goreng berempah bersambal ikan bilis, kerang, sotong, udang dan semakin bertambah menunya seperti nasi putih dan nasi kerabu. 

Lauk-pauk lain seperti ayam masak merah, ikan keli berlada, ayam rendang, gulai ikan tongkol, daging goreng campur kacang panjang, daging bakar dan banyak lagi.

Dalam sibuk berniaga, muncul seorang insan istimewa (rakan blogger), Auni Afeeqah @ Tunsha Ayuni. Inilah kali ke-2 beliau singgah di gerai saya. Beliau beli 4 bungkus sekaligus. Sambal pilihan beliau adalah sambal paru sementara suaminya pula adalah sambal kerang. Katanya "Sedap". Nak tahu, jom singgah di blog beliau dengan entrinya berjodol "Kali Kedua Makan Nasi Lemak Pandan Mieeza".

Dah Setahun Nasi Lemak Pandan Mieeza Beroperasi, saya terasa amat bersyukur kepada Ilahi yang memberikan saya rezeki yang tidak pernah kering. Sentiasa ada rezeki melimpah-ruah. Walaupun tidak pernah dapat RM600 semalaman tetapi sudah cukup berpuas hati dengan apa yang Allah berikan. Mana tahu, suatu hari nanti ada pula buka cawangan lain. ha...ha...

Lokasi: Depan Mid Point Pandan Indah,  Jalan Pandan Indah 1/25, Ampang,  Selangor.

Hubungi: 0177774717 @ 0139995015 @ 0173932889.

Sekian,  terima kasih yang sudi baca dan terus jadi pelanggan setia di gerai saya.



Mulakan Pendapatan Dengan Adsense

$
0
0
Mulakan Pendapatan Dengan Adsense |Start Earning With Adsense,  itulah emel yang saya dapat melalui Gmail yang dihantar oleh pihak Google Adsense. "Small change can make a big defferance" (Sedikit perubahan boleh buatkan perbezaan yang besar).



Mulakan Pendapatan Dengan Adsense
Google Adsense Akaun Penuh


Mulakan Pendapatan Dengan Adsense 



Mulakan Pendapatan Dengan Adsense
Pendapatan Dari Adsense


"Tahniah!  Akaun anda kini diluluskan sepenuhnya. Selamat datang ke AdSense!  Kini... Kami menantikan perkongsian anda agar sama-sama berjaya." 

"Jika anda telah meletakkan unit iklan di website,  anda akan mula melihat iklan secara langsung dan mula boleh dapat wang daripada kandungan (content) dalam talian dalam masa beberapa jam sahaja"
Great news!  Your ads are live. (Berita baik!  Iklan anda dah disiarkan secara langsung).

Artikel sebelum ini saya kongsi cerita berkaitan "Google Adsense Dah Lulus Akaun Penuh Tetapi... "
Sekarang...  dah boleh menarik nafas panjang dengan munculnya iklan adsense di blog saya sensasi2020. Boleh baca artikel berkaitan Iklan Adsense Di Blog sensasi2020 Dah Muncul.

Terima kasih untuk Team Google dah lulus akaun penuh saya dengan 8 hari sahaja tanpa menunggu tempoh yang lama.

Semakin Bersemangat Nak Update Blog


Bila saja perkhabaran berita yang mengembirakan hati ini telah diberitahu oleh pihak adsense,  mula bersemangat kembali nak kemas kini (update)  blog.

Selepas hari raya Aidilfitri, semangat berkobar-kobar mula datang.

Walaupun tidak update setiap hari, sekurang-kurangnya dua entri untuk seminggu dah cukup baik.

Maklum sajalah,  siang hari bekerja, malam pula bekerja sendiri menjual Nasi Lemak Pandan Mieeza.

Terpaksa mencuri masa di malam hari untuk menulis artikel dan disimpan sementara di draf blog sebelum diterbitkan (publish).


Polisi Adsense Mesti Dipatuhi


Akaun telah diluluskan,  akaun Non Hosted pulak tu.  Oleh itu jagalah dengan baik dengan mengikuti terma dan syarat yang adsense telah tetapkan. Ikuti polisi yang mereka siarkan di bahagian help (bantuan). Baca dan hadam sepenuhnya. Jangan melanggarnya dah la...

  • Jangan klik sendiri iklan adsense di blog.
  • Jangan menyuruh orang lain klik iklan adsense di blog anda.
  • Jangan masukkan sebarang kandungan laman web yang dilarang termasuk kandungan dewasa,  keganasan,  perkauman,  pelacuran,  pornografi,  dadah (alkohol dan tembakau).
  • Tidak menyalahi undang-undang hakcipta (copyright), hakcipta orang lain. 
  • Jangan ubahsuai kod adsense anda. Kalau parse dibolehkan.
  • Jangan letak iklan terlalu banyak dalam satu-satu blog atau halaman. 
  • Jangan letak imej (foto atau gambar) berdekatan dengan iklan yang boleh membuatkan penguna klik iklan tersebut yang disangka imej dalam artikel. 
  • Jangan guna trafik berbayar yang melanggar TOS google adsense. 
  • Membuat iklan adsense seolah-olah sebahagian daripada isi kandungan blog anda. 
  • Jangan letak iklan di 404 page,  log in page, thank you page dan sebagainya. 
  • Jangan letak iklan di laman yang hanya mengandungi gambar dan video sahaja. 

Optimakan Blog Pendapatan Pasti Lumayan


Syarat,  terma dan polisi adsense telah dipatuhi,  kini tibanya untuk langkah seterusnya. Apakah langkah seterusnya agar iklan adsense yang kita pasang boleh menjana pendapatan yang lumayan?
Jom kita lakukan dengan cara terbaik dengan mengamalkan 4 langkah ini. 

  • SEO (Search Engine Optimization). 
  • Isi kandungan blog yang berkualiti. 
  • Reka bentuk laman web atau blog yang terbaik,  boleh guna yang premium. 
  • Guna kata kunci (keyword) yang relaven dengan niche blig yang kita gunakan. 

Insya Allah,  moga banyak dapat manfaat dengan artikel ini "Mulakan Pendapatan Dengan Adsense"

Saya cuma insan biasa,  menulis sekadar pengalaman yang ada disamping banyak membaca dan mengkaji dan pratikkannya. 

Sekian,  terima kasih yang sudi baca sampai habis. 

Berjumpa lagi di lain artikel. 

Viewing all 381 articles
Browse latest View live