Quantcast
Channel: sensasi2020
Viewing all 381 articles
Browse latest View live

Cara Memohon Wang Tak Dituntut (WTD)

$
0
0
Cara Memohon Wang Tak Dituntut (WTD) | Rata-rata rakyat Malaysia tidak mengetahui bahawa wang mereka ada di mana-mana akaun bank kerana terlalu banyak memiliki akaun peribadi disamping itu ada juga akaun semasa (syarikat).

Sebagai pemegang amanah, kerajaan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas wang terbabit dan sentiasa melindungi agar selamat dalam pegangan kerajaan sehinggalah ianya dituntut.



Cara Memohon Wang Tak Dituntut (WTD)
Wang Tak Dituntut (WTD)


Cara Memohon Wang Tak Dituntut (WTD) 


Tabiat orang Malaysia yang suka membuka banyak akaun bank sehingga terlupa bahawa wang mereka masih ada. Jika akaun mereka tidak aktif selama setahun, wang mereka akan dibekukan.

Pemilik boleh mengeluarkannya secara manual dengan cara mengambilnya di mana-mana kaunter bank yang mereka simpan sebelum ini dan mengisi borang untuk mengeluarkannya.

Jika akaun tersebut melebihi tujuh tahun, ia akan dihantar ke Jabatan Akauntan Negara untuk disimpan. Pemilik wang tak dituntut bolehlah membuat pemohonan dengan mengisi borang.

Ada dua akaun untuk mereka yang ingin tuntut wang tersebut iaitu individu dan syarikat.


Individu


Borang dan dokumen sokongan wajib yang diperlukan adalah seperti beriku:

  • Borang UMA-7 (lengkap diisi dan ditandatangan). 
  • Salinan Kad Pengenalan.
  • Dokumen asal/buku bank.
  • Salinan muka hadapan buku bank yang masih aktif (tertera nama dan nombor akaun pemohon disahkan oleh pihak bank).
  • Pemilik akaun bersama pula, ia harus mempunyai tandatangan bersama. Tuntutan hendaklah dibuat bersama oleh pemegang akaun.

Syarikat                   


Borang dan dokumen sokongan wajib yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • Borang UMA-7 (lengkap diisi dan ditandatangan).
  • Cop syarikat diturunkan atas Borang UMA-7.
  • Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat.
  • Dokumen asal (penyata bank).
  • Salinan muka hadapan buku akaun yang masih aktif (tertera nama dan nombor akaun pemohon yang disahkan oleh pihak bank).

Bayaran Tuntutan


Pemilikakaun atau mana-mana pihak yang dapat membuktikan bahawa beliau mempunyai hak di sisi undang-undang terhadap wang tak dituntut (WTD) bolehlah membuat pemohonan tuntutan di Pejabat Akauntan Negara di seluruh negara.

Bagi tujuan bayaran balik WTD, pihak yang mengemukakan tuntutan perlu menyerahkan borang UMA-7 dan semua dokumen sokongan yang diperlukan.

Jumlah wang yang dituntut akan dikreditkan ke dalam akaun pemilik yang aktif dalam tempoh tiga bulan.

Untuk sebarang pertanyaan atau perlukan maklumat lanjut, bolehlah layari www.anm.gov.my atau hubungi melalui talian telefon 03-88821000.


Sebab Terjadinya Wang Tak Dituntut (WTD)


Banyak sebab terjadinya Wang Tak Dituntut sehingga Jabatan Akauntan Negara terpaksa menyimpannya. Dianggar hampir RM5.8 billion telah terkumpul akibat WTD. Inilah sebab-sebab yang kebanyakan kita sudah mengetahui tempatnya.


  • Pemilik akaun tidak dimaklumkan bahawa ada kewujudan wang dalam akaun tersebut seperti wang pencen, sijil simpinan premium, saham dan sebagainya.
  •  Bayaran gaji, upah, komisen, bonus, duit insentif, elaun dan wang lain yang dibayar kepada pekerja atau kakitangan tanpa pemilik mengetahuinya.
  • Tuntutan pelbagai jenis insuran yang telah diluluskan untuk bayaran.
  • Draf bank, casher's order dan dokumen lain yang mempunyai fungsi serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput (expired).
  • Wang dividen dan keuntungan yang diisytiharkan untuk diagihkan atau dibahagikan.
  • Wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang tidak dikendalikan melalui apa-apa urus niaga bagi tempoh masa tidak kurang daripada dua tahun. Kategori ini merujuk kepada akaun pemiutang dan penghutang perdagangan.


Individu yang ingin menyemak status WTD mereka, bolehlah berkunjung ke Jabatan Akauntan Negara atau talian yang tertera di atas.


Apa Itu parse dan Bagaimana Ia Berfungsi?

$
0
0
Apa itu Parse HTML dan Bagaimana Ia Berfungsi? Biasanya kita boleh jumpa kod yang telah diparse di kod html template blog terutama yang ada iklan google adsense.


Apa Itu Parse HTML dan Bagaimans Ia Brrfungsi
Contoh kod HTML Untuk Diparse


Apa Itu Parse?


Mari mengenali Apa Itu Parse HTML Kebanyakan blogger tentu sudah tahu istilah Parse HTML. 

Ia sudah tidak asing lagi disebabkan kerap kali menggunakannya terutama ketika (parse) menguraikan kod iklan adsense.

Walau bagaimanapun, bukan semua blogger mengetahui apa itu parse HTML dan apa pula kegunaannya terutama bagi blogger yang baru berjinak dengan blog.

Ok, sekarang saya buat huraian mengenainya dan bagaimana kegunaan untuk memparse kod HTML. 


Bagaimana Ia (Parse) Berfungsi?


Parse HTML, perkataan parse adalah dalam dalam Bahasa Inggeris dan ia  bererti mengurai diistilah ke bahasa Melayu.  Namun, secara definisi saya berpendapat bahawa Parse HTML adalah mengubah kod-kod atau tanda-tanda tertentu menjadi kod entiti (kod unik).

Kod-kod yang biasanya diubah adalah bertanda lebih kecil (<), petik dua ("), ampersand (&), petik satu ('), tanda lebih besar (>). Kod-kode tersebut akan diubah menjadi kod-kod yang unik (kod entiti) seperti yang tertera di bawah ini.

  • < akan diubah menjadi &lt;
  • " akan diubah menjadi &quot;
  • & akan diubah menjadi &amp;
  • ' akan diubah menjadi &#039;
  • > akan diubah menjadi &gt;

Mengapakah kod HTML harus diparse terlebih dahulu? Dengan melakukan Parsing terhadap kod HTML, maka akan mencegah tampilan daripada error di blog ketika dibuka di suatu web browser (search engine).

Blog saya muncul di tengah halaman artikel pun kerana saya parse dulu kod iklan adsense trrsebut.  Boleh baca entri saya ini Iklan Adsense Di Blig sensasi2020 Dah Muncul. 

Hal ini biasanya terjadi pada browser versi lama. Selain daripada itu, memparse HTML dapat membuat kod HTML yang diparse menjadi lebih seo friendly dan valid html5 jika dibanding dengan yang belum diparse.

Sekian dahulu untuk membahaskan tentang "Apa Itu Parse HTML dan Bagaimana Ia Berfungsi? Semoga rakan-rakan dapat manfaat daripada artikel ini.

Bagi yang ingin memparse kod HTML milik anda, silalah masukkan ke Tool Parse HTML yang telah saya sediakan di bawah. Moga dapat manfaat dengan perkongsian saya kali ini.


Kod HTML Untuk Parse


Bolehlah korang nak tukar kod iklan adsense untuk diparse supaya tidak berlaku error bila di tempatkan di template nanti.

Tool untuk parse HTML ada disediakan di bawah. Bolehlah korang nak ubah kod adsense dengan menggunakan tool tersebut. Bila-bila masa saja boleh digunakan di sini.  Semoga berjaya.... 


Script Kod HTML Tool

Cara Menggunakannya:

Pilih mana-mana kod iklan (adsense), biasanya yang jenis boleh letak di posting. Contohnya Native,  Inarticle,  Responsive. 

Copy semua kod tersebut (Copy Code Snippet),  lalu paste di dalam kotak di bawah dan tekan CONVERT






Keputusan Percubaan UPSR Anakku Semakin Baik

$
0
0
Keputusan Percubaan UPSR Anakku Semakin Baik | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ramai dikalangan ibubapa yang mana anaknya menduduki perperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun 2017 ingin mendapat keputusan cemerlang?


Keputusan Percubaan Anakku Baik
Bersama Anak Ketika Pergi Kem Motivasi UPSR

Namun setakat mana pelajar itu mampu memenuhi hasrat ibubapa mereka untuk dapat keputusan yang membanggakan?


Keputusan Percubaan UPSR Anakku Baik
Bersemangat Anak-Anak Bila Diterapkan Motivasi


Keputusan Percubaan UPSR Anakku Baik


Baru-baru ini semua pelajar tahun 6 di seluruh Malaysia telah menempuhi peperiksaan percubaan UPSR 2017. Keputusan yang diperolehi, ada yang mengembirakan dan ada juga yang sedih.

Namun begitu,  masa ada masa sebulan lagi untuk ibubapa mempersiapkan diri bagi membantu anak masing-masing. 

Di sini saya selitkan sedikit berkaitan  Keputusan Percubaan UPSR Anakku Semakin Baik sebagai tatapan rakan-rakan pembaca sekalian. Nama anak saya adalah Irfan Syazwan. Beliau memperolehi 82 markah untuk Bahasa Melayu Penulisan dalam kelas 6 Berlian.


Keputusan Percubaan UPSR Anakku Baik


Alhamdulillah.... Syukur kepada Allah Taala di atas usaha anakku dan doa dari kami sebagai ibubapa.

Tahniah semua pelajarSekolah Kebangsaan Taman Bukit Indah (SKTBI) khusus buat pelajar 6 Berlian dan tahniah juga buat anakku. Terima kasih Cikgu Kelas 6 Berlian,  Cikgu Zabidi. 

Bukan setakat Bahasa Melayu, kertas Bahasa Inggeris,  Matematik, Sains dan lain juga ada peningkatan.

Saya tahu,  anak saya bukanlah dikategori sebagai pelajar pintar tetapi disebabkan bantuan guru-guru dan juga saya sebagai bapa yang banyak membantu ketika di dalam kelas biasa, kelas tambahan dan di rumah.  

Kerja rumah yang cikgu mereka suruh,  harus disiapkan dan jangan lupa ulangkaji balik apa yang telah diajar oleh guru mereka di sekolah pada hari tersebut. 

Saya sebagai wakil ibubapa mengucapkan jutaan terima kasih buat guru-guru tahun 6 Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Indah, Ampang, Selangor (SKTBI), banyak membantu anak-anak kami.

Semoga peperiksaan UPSR 2017 pada 11 September 2017  nanti kita semua ingin melihat keputusan yang cemerlang untuk setiap pelajar di SKTBI. Target 6A sudah pasti untuk anak-anak kami. Insya Allah....

Oh ya....! Jangan lupa terus berdoa, solat hajat,  baca surah Yasin,  surah-surah lazim dan bagi mereka semangat dan sokongan sepenuh hati. 


Ibubapa Cemerlang,  Anak Terbilang



Keputusan Percubaan UPSR Anakku Baik
Ibubapa Cemerlang Anak Terbilang

Tarikh: 15 Julai 2017
Tempat: Dewan Perbandaran MPAJ, Pandan Indah.
Masa: 7.30 pagi - 1.00 petang.
Hari: Sabtu

Di sinilah kami warga guru SKTBI dan warga ibubapa berkumpul bersama anak-anak untuk mendengar taklimat dari guru motivasi yang dijemput khas.

Sesiapa saja yang mempunyai anak yang menduduki peperiksaan UPSR tahun 2017, pasti mahu anaknya cemerlang dalam keputusannya termasuklah saya sendiri dan juga isteri sebagai emaknya.


Keputusan Percubaan UPSR Anakku Baik
Pelajar SKTBI Dalam Program Kem Motivasi

Bukan ibubapa saja yang bertungkus-lumus mendidik mereka semenjak tadika hingga ke tahun 6 tetapi juga guru pengajar mereka ingin melihat kejayaan pelajar mereka. 

Peranan ibubapa dan guru perlu seiring.  Jangan mengharap guru-guru sahaja di sekolah.  

Ibubapa juga tidak boleh membiarkan anak-anak bebas melakukan perkara yang boleh melalaikan mereka tanpa pemantauan. 

Hadkan aktiviti yang kurang berfaedah buat tahun ini deperi bermain games,  menonton televisyen,  lepak dengan kawan-kawan,  tidur berpanjangan kerana kita tahu mereka bakal menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak lama lagi. 


Pelajar Kusyuk Mendengar Guru Berucap

Jika anda sebagai ibubapa, dengarlah apa kata cikgu atau guru motivasi baru-baru ini ketika hadir di Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Pandan Indah pada 15 Julai 2017 yang lalu.

Sudah pasti banyak ilmu yang diperolehi ketika mendengar cikgu pakar motivasi berucap.


Doa Ibubapa Senjata Anak Cemerlang


Sama-sama kita sebagai guru dan ibubapa berdoa banyak,  siang dan malam agar terbuka minda,  terangi hati dan bijak dan hebat menjawab soalan peperiksaan UPSR pada 17 September 2017 nanti. Insya Allah.... Itulah senjata yang kita ada sebagai ibubapa.

Inilah anak untuk masa depan bangsa kita. Pelapis untuk pemimpin negara Malaysia.

Usia kanak-kanak masa inilah perlu diterapkan dengan semangat tidak mudah mengalah sebelum berjuang.

Anak inilah harapan ibubapa,  ke mana arah anak kita bila dia besar dan dewasa nanti.

Kita ingin melihat,  bila berada di sekolah menengah nanti, keputusan yang dicapai dalam pelajaran sentisa baik dan cemerlang.

Wassalam......

Cara Betul Pasang Iklan Google Adsense Di Blog

$
0
0
Cara Betul Pasang Iklan Google Adsense Di Blog| Masih ramai lagi yang masih tidak pandai pasang iklan adsense diblog. Walaupun sudah diterima atau diapprove oleh google adsense dan dibolehkan meletakkan kod adsense (ads adsense) di blog.




Cara Betul Pasang Iklan Google Adsense Di Blog
Credit: Gogle Adsense


Cara Betul Pasang Iklan Google Adsense Di Blog


Jangan risau,  jika anda tidak pandai pasang iklan Google Adsense di blog. Saya akan tunjukkan dengan cara betul supaya ia akan muncul di blog selepas anda letakkan kod adsense.

Setiap masalah ada penyelesaiannya.  Apa yang penting ikuti langkah demi langkah tutorial saya tunjukkan ini. 

Semoga ia menjadi panduan yang paling mudah untuk newbiz. Saya buat pun daripada pengalaman saya sendiri hasil daripada try and error. Walaupun saya buat tutorial, namun banyak lagi saya perlu belajar.


Pilih Kod Adsense Dengan Betul


Boleh baca entri saya ini "Adsense Dah Lulus Akaun Penuh Tetapi" iklan tak muncul-muncul di blog. 

Kenapa perkara ini berlaku,  iklan adsense tidak muncul di blog?  Pasti berlaku sesuatu yang mana ketika anda letakkan kod iklan adsense tersebut, kemungkinan dengan cara tidak betul.

Salah satunya, pasti ada tertinggal atau terpadam salah satu huruf kod atau tersalah letak di tempat yang tidak betul. Pastikan anda copy dan paste kod itu dengan betul.

Ada juga kod iklan adsense kena parse dahulu sebelum di pasang. Jangan bimbang, walaupun kod tersebut diparse,  ia tidak melanggar peraturan adsense. 

Nak parse kod iklan,  saya sediakan tool di bawah.  Senang korang nanti nak parse kod iklan,  tidak payah pergi ke website lain untuk melakukannya.

PERINGATAN PENTING!! Jika memasang iklan di header dan sidebar kiri atau kanan, kod iklan adsense yang korang ambil tidak perlu di parse (dihurai). Cukup sekadar pasang di dashboard yakni dengan memilih Reka Letak kemudian pilih Tambah Alat (widget) dan klik HTML/JavaScript lalu di pastekan (letakkan) kod iklan yang telah kita copy di akaun adsense.


Script Parse HTML Tool









P/S: Apabila kod adsense telah diparse, maka perubahan kod tadi akan berubah seperti gambar rajah di bawah.



Cara betul pasang iklan adsense di blog
Kod Adsense Sebelum Diparse



cara betul pasang iklan adsense di blog
Kod Adsense Selepas Diparse


Tip Letak Iklan Di Halaman


Letakkan iklan di dalam mana-mana halaman anda yang mempunyai teks. Saya cadangkan dua perenggan di bawah permulaan artikel. Walau bagaimanapun, jangan letakkan iklan di bar sisi kerana ini boleh menjejaskan prestasi secara negatif.

Perkara yang paling penting, Jika anda ingin meletakkan lebih dari satu iklan, pastikan ada kandungan yang mencukupi di antara iklan untuk meminimumkan gangguan kepada pembaca yang melawat blog anda.


Jenis Iklan Adsense dan Fungsinya


Ada 3 jenis iklan yang boleh ditempatkan di artikel atau halaman blog. Setiap satu mempunyai fungsinya yang tersendiri. Bolehlah pilih mana-mana yang berkenan di hati sesuai dengan theme blog.


Cara Betul Pasang Iklan Google Adsense Di Blog
Jenis Iklan Adsense

  • Text & display ads - Iklan ini merupakan jenis iklan umun yang biasa kita lihat di mana-mana blog. Ramai yang menggunakan iklan seperti ini. Ia sejenis iklan teksdan banner. Sudah semestinya kita mahu kelainan. Oleh itu kita boleh pilih yang jenis lain seperti In-feed ads atau In-article ads.
  • In-feeds ads - Iklan ini adalah iklan native ads dari Google Adsense. Penampilan iklan ini seakan-akan sebuah artikel yang ada pada sebuah blog. Jadi pembaca akan mengira bahawa iklan ini adalah halaman blog kita. Ini akan menarik pembaca untuk klik iklan tersebut.
  • In-article ads - Iklan ini adalah iklan kedua native ads dari Adsense. Untuk seakan-akan sama dengan yang pertama. Perbezaannya iklan ini hanya ada satu sahaja, jadi sangat sesuai di pasang pada tengah artikel. Maka sebab itulah ia dinamakan in-article ads. Contoh iklan boleh lihat di blog saya ini.


Cara Pasang Iklan Adsense Di Tengah Artikel


Pemasangan iklan di tengah artikel sangat menarik dan sesuai dengan citarasa saya untuk memasangnya. Saya sebagai penulis blog, sudah pasti iklan begini menarik untuk diletakkan.

Di bahagian tengah artikel adalah iklan sesuai diletakkan iklan adsense. Ini disebabkan pelawat dapat melihat dan kemungkinan mereka akan klik sangat tinggi.

Pendapatan iklan melalui iklan adsense bergantung kepada jumlah pelawat (trafik)  dan klik terhadap iklan tersebut.

Besar atau kecil pendapatan dipengaruhi oleh posisi mana kita hendak letakkan iklan tersebut.

Oleh itu,  kita disarankan meletakkan iklan adsense di lokasi-lokasi yang strategik.


Langkah-Langkah Pemasangan Kod Adsense


Jom ikuti langkah demi langkah tutorial pemasangan kod adsense di bawah ini supaya senang nak buat di blog anda nanti. 

  • Perkara yang perlu dilakukan adalah pergi dulu ke dashboard blog di bahagian TEMA, kemudian klik edit HTML. lepas itu cari kod <data:post.body/> yang ke-3 kerana dalam template ada banyak kod seperti ini. Biarkan dulu bahagian ini sebentar...
  • Buka New Tab browser baru. Kemudian pergi ke website adsense.com.
  • Klik Sign in
  • Klik My ads
  • Klik Ads units
  • Klik New ads unit

Ada 3 pilihan boleh diambil......

  • 1. Text & display ads
  • 2. In-feed-ads
  • 3. In-article ads 

Pilihlah yang no. 2 (In-feed-ads) atau 3 (In-article ads) kerana ia akan muncul di tengah posting blog. Ini kerana kita mahu letakkan di tengah artikel. Contohnya saya pilih :

In-article ads

- Lihat.... Ads Unit Name.

- Isikan apa saja nama supaya senang boleh ingat seperti "Ads Posting Tengah".

- SAVE AND GET CODE.

Ia akan muncul gambar di bawah ini berserta keterangan daripada google adsense. 




Cara Betul Pasang Iklan Adsense Di Blog
Code Implementation Guide


- Klik I'M DONE
- Kemudian COPY CODE SNIPPET
- pergi ke parse HTML tool yang telah saya sediakan di atas. 
- Paste kod adsense yang kita copy tadi di parse HTML tool.
- Tekan Parse Script

- Copy pula kod tersebut dan kembali ke template bahagian edit HTML tadi lalu carikan kod ini  <data:post:body/> dengan menggunakan keyboard CTRL + F.
- Copy kod yang telah diparse dan letakkan paste ke dalam kotak di bawah. Selepas itu gantikan ayat --Letakkan kod unit adsense hasil parse disini--  dengan  kod parse tadi.
  
Ada banyak kod tersebut,  pilihlah yang ke-3 atau berkaitan dengan bodyposting. 

Gantikan <data:post:body/> dengan kod di bawah.


<div expr:id='&quot;post1&quot; + data:post.id'/>
<div class='googlepublisherads' style='margin:20px 0'>
<center>
--Letakkan kod unit adsense hasil parse disini--
</center>
</div>
<div expr:id='&quot;post2&quot; + data:post.id'><data:post.body/></div>
<script type='text/javascript'>
var obj0=document.getElementById(&quot;post1<data:post.id/>&quot;);
var obj1=document.getElementById(&quot;post2<data:post.id/>&quot;);
var s=obj1.innerHTML;
var t=s.substr(0,s.length/2);
var r=t.lastIndexOf(&quot;&lt;br&gt;&quot;);
if(r&gt;0) {obj0.innerHTML=s.substr(0,r);obj1.innerHTML=s.substr(r+4);}
</script>


yang telah kita copy di dalam kotak parse HTML tool tadi.


Dah selesai,  jangan lupa preview dahulu.  Bila dah rasa betul-betul betpuas hati,  bolehlah SAVE atau simpan. 

Tunggu sehingga adsense tayangkan, lebih kurang dalam masa antara 20-30 minit. (boleh lihat foto di bawah).


Cara Pasang Iklan Adsense Di Blog
Pendapatan Melalui Adsense


Selesai, semoga berjaya.....  dan semoga dapat income tinggi melalui adsense. Insya Allah.... Boleh lihat pendapatan yang saya perolehi melalui adsense di atas atau boleh cuba baca bagaimana saya memperolehi pendapatan adsense tersebut "Mulakan Pendapatan Dengan Adsense".

Apa-apa persoalan,  boleh komen di ruangan komen. 

Rahsia Resipi Istimewa Nasi Kerabu Mieeza Sedap

$
0
0
Rahsia Resipi Istimewa Nasi Kerabu Mieeza Sedap | Bagi orang Pantai Timur,  nasi kerabu sudah tidak asing lagi terutama di Kelantan, Terengganu. Nasi berwarna kelabu kebiruan menjadikan ianya bertambah selera dicampur-gaul dengan kelapa goreng,  isi ikan selayang,  budu, ulam, keropok goreng, telur masin, daging bakar atau ikan goreng rebus.



    Rahsia Resipi Nasi Kerabu Mieeza Sedap
    Nasi Kerabu Mieeza


    Rahsia Resipi Istimewa Nasi Kerabu Mieeza Sedap


    Nasi Kerabu Mieeza Sedap kerana adanya rahsia resipi istimewa yang dibawa khas dari Kelantan.

    Resipi turun-temurun daripada nenek-moyang untuk santapan warga kota yang impikan nasi kerabu istimewa dengan rasa sedap, lagi menyelerakan.

    Semenjak dijual pada bulan Ramadhan yang lalu di Bazar Ramadhan Bukit Indah, pendapatan jualan semakin meningkat dan selepas hari raya Aidilfitri saya terus jual pula di Depan MidPoint Shopping Complex,  Pandan Indah.

    Boleh baca entri ini,  bagaimana penerima pelanggan terhadap Nasi Kerabu Mieeza iaitu Blogger kamil Salleh Jual Nasi Kerabu Sedap. 

    Penerimaan pelanggan semakin ramai,  bukan setakat orang Melayu sahaja. Orang Cina,  orang India, Indonesia dan orang Bangla pun ada yang gemarinya. 

    Makin bertambah pula menu di gerai Nasi Lemak Pandan Mieeza. Tukang masak (isteri)  pula bertambah kerjanya. Cuma dia dibantu oleh anak perempuan yang lepasan SPM. 

    Namun demi menambah pendapatan untuk sekeluarga, penat, berputus asa,  goyang kaki harus diketepikan.  

    Kejayaan pula bukannya datang sekelip mata,  ia perlukan pengorbanan dari segi tenaga, wang, masa dan paling utama jujur, ikhlas, berbudi bahasa dalam setiap bisnes yang kita jalankan. 


    Apakah Rahsia Nasi Kerabu Mieeza Sedap Sengoti


    Keistimewaan Nasi Kerabu Mieeza sedap sengoti terletak pada bahan-bahannya. Apakah bahan-bahan tersebut:

    • Nasi - Menggunakan beras berkualiti tinggi memberikan aromanya yang harum ditambah pula Beras Super Import. Nasinya menjadi besar mengembang dan kebasahan bila sudah ditanak. Warnanya kelabu kebiruan (light) yang neutral menambahkan lagi kilapan pada nasi tersebut. 
    • Warna - Sedikit warna hitam digunakan, dalam kuantiti yang amat sedikit agar warna nasi tersebut menjadi kelabu kebiruan. 
    • Ulam - Menggunakan ulam/sayur yang segar seperti kubis,  kacang panjang,  jantung pisang,  daun kesum (kalsum) dan dihiris halus. Ditambahkan lagi dengan tauge yang segar. 
    • Budu - Menggunakan budu yang dibawa khas dari Kelantan. Dimasak dulu dengan campuran daun limau purut,  asam limau kasturi,  serai, halia dan gula melaka (gula nira kelapa). Ia menjadikan budu itu sedap dan beraroma.
    • Sambal Tumis - Sambal tumis ini bukan sebarangan sambal.  Ia juga dimasak dengan menggunakan santan. 
    • Sambal Kelapa - isi parut kelapa digorang dengan api sederhana sehingga menjadikan warna keperangan.
    • Sambal Ikan - Menggunakan Ikan Selayang (sardin)  yang telah direbus dan diambil isinya.  Ia dicampur pula dengan sambal kelapa yang telah siap digoreng tadi. 
    • Sambal Belacan - Sambal belacan ini kalau tidak ada,  nasi kerabu yak cukup umpphh.... Menggunakan cili padi merah dan cili padi hijau. Dikisar dengan belacan yang telah dibakar, gula,  asam limau kasturi, untuk memberikan sambal belacan yang enak dan lazat.
    • Keropok - Keropok yang digunakan adalah keropok keping ikan tambang.  Ia sedap dan ranggup. Sangat sesuai untuk dimakan dengan nasi kerabu. 
    • Lauk - Ada daging salai dan ikan sardin rebus yang telah digoreng. Sesuai untuk dimakan bersama nasi kerabu. Ia lebih berselera dan menambah keenakkan bila di makan dengan nasi kerabu di waktu pagi, tengahari atau malam. 

    Oh ya. .... Sekarang dah tahu Rahsia Resipi Nasi Kerabu Mieeza Sedap, maka kini tiba masanya korang mencuba pula. 

    Lokasinya ada yang dah tahu, bagi mereka yang tidak tahu boleh singgah di MidPoint Shopping Complex,  Pandan Indah,  Selangor, Kuala Lumpur. 

    Boleh hubungi Abe Kamil di tapian 0177774717 @ 0173932889 @ 0139995015.

    Wassalam........ 

    Anakku Azzalinda Syazreen Makin Petah Bercakap

    $
    0
    0
    Anakku Azzalinda Syazreen Makin Petah Bercakap | Anak adalah cahayamata berharga, anugerah dan amanah daripada Ilahi agar hidup sesebuah keluarga bahagia, sempurna dengan segalanya.


    Anakku Azzalinda Syazreen Makin Petah Bercakap
    Nur Azzalinda Syazreen


    Adik Azzalinda Syazreen Makin Petah Bercakap



    Dah 18 tahun saya mendirikan rumahtangga,  anak pun dah lima orang. Satu lelaki dan empat perempuan. 

    Alhamdulillah..... Syukur kepada Allah Taala yang memberikan rezeki,  yakni anak-anak yang sempurna sifatnya dan membesar dengan sempurna dalam kehidupan yang sederhana. 

    Sesuai sangat dengan firman Allah Taala dalam......


    Al-Quran surah al-Anfal ayat 28 yang berbunyi :
        وَاعْلَمُواأَنَّمَاأَمْوَالُكُمْ أَوْلَادُكُمْوَفِتْنَةأَنَّوَهُعِندَ اللَّهَ أَجْرٌعَظِيمٌ     Ertinya :”Dan ketahuilah bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cobaan dan sesungguhnya disisi Allahlah pahala yang besar.” (QS.al-Anfal ayat 28).


    Semenjak dapat cahaya mata perempuan yang baru pada tahun lepas (2016),  kehidupan kami semakin ceria.

    Gembira melihat celoteh dan mainan manja si kecil yang aktif bergerak,  berjalan ke sana ke mari sambil memegang anak patung baby bear.


    Anakku Syazreen Cuit dan Manja


    Nama anak perempuan saya yang ke-5 (bongsu) tu Nur Azzalinda Syazreen.  Saya yang pilih nama ini. Namanya cuit sesuai dengan sifatnya yang manja.


    Anakku Azzalinda Syazreen Makin Petah Bercakap
    Adik Azzalinda Syazreen Ketika Di Tesco


    Anakku Azzalinda Makin Petah Bercakap
    Anakku Nur Azzalinda Syazreen


    Adik Azzalinda Syazreen ni lambat dari segi tumbesarannya,  walaupun hisap susu ibunya.

    Kalau dari segi makan,  dia agak memilih.  Kalau makan telur,  hanya telur putih saja.  Nasi dia makan bersuap,  tidak suka yang pedas dan panas.

    Makanan kegemarannya,  goreng keropok lekor,  keropok keping, pisang goreng. 

    "Saat nak meniarap,  merangkak, bertatih jalan dan bercakap memang lebih bulan" kata orang. Umur 1 tahun 2 bulan baru boleh berjalan dengan berpegang di kerusi dan meja. 

    Waktu tu,  cuma dia pandai sebut "Abahhhh" dan ahhhh..., nakkk airrrrr... Hasbi qalbi jarullah..., Allahuakhbar...

    Kalau mengikut gerak-geri, tingkah laku, lenggok gaya memang menarik. Boleh berpusing-pusing, menari, bye-bye, amin... amin...., salam-salam, cap putar lorek-lorek dan sebagainya. 

    Namun begitu, itu semua sudah lumrah kehidupan seseorang mengikut situasi dan keadaan di mana ibubapa yang perlu membantu.


    Anak Perlu Dididik


    Anak baru lahir ini ibarat kain putih, dalam keadaan fitrah  (suci dan bersih) ibubapalah yang bertanggungjawab mencorakkannya menjadikannya Yahudi,  Majusi atau Nasrani.

    Didikan,  ajaran agama,  tata-tertib, tingkah-laku, adat wajib diterapkan, sampailah mereka dewasa, tahu membezakann buruk-baik  dan boleh berdikari sendiri.

    Sebagai ibubapa,  kami sentiasa berdoa agar menjadi anakku semua ini anak yang soleh dan solehah. Insya Allah...

    Terima kasih sudi membaca kisah anakku "Anakku Azzalinda Syazreen Makin Petah Bercakap".

    Wassalam.....

    Bina Kerjaya Berpendapatan Tinggi Melalui SHIP

    $
    0
    0
    Bina Kerjaya Berpendapatan Tinggi Melalui SHIP - Bagi meningkatkan penglibatan golongan bumiputera dalam kerjaya berpendapatan melebihi RM20,000 sebulan, kerajaan melancarkan satu "Program Kerjaya Berpendapatan Tinggi (SHIP)".


    Bina Kerjaya Bendapatan Tinggi Melalui SHIP
    Kredit: Kosmo Online


    Bina  Kerjaya Berpendapatan Tinggi


    Program SHIP telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam. 

    Program ini untuk golongan berpendapatan pertengahan tinggi yang ingin meningkatkan pendapatan mereka menerusi latihan dan pensijilan kursus dalam bidang yang memerlukan tenaga mahir serta profesional seperti perkhidmatan kewangan, perniagaan,  maritim dan aeroangkasa. 


    Apa Itu SHIP? 


    SHIP adalah "Super High Income Programme" bermaksud "Program Kerjaya Berpendapatan Tinggi". Diurus oleh Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju)

    Ia ditubuhkan bagi memacu pelbagai insentif dan program-program untuk memenuhi inspirasi negara berhubung dengan pendidikan dan peningkatan keupayaan khususnya untuk Bumiputera. 


    Fungsi & Tugasan Yayasan Peneraju


    Fungsi dan tugas Yayasan Peneraju adalah untuk memastikan bahawa keupayaan dan kepakaran bakat-bakat Bumiputera akan terus membangun dan berdaya saing secara kompetitif di peringkat global untuk mencapai matlamat. Matlamat dan wawasan tersebut akan diberikan meliputi pengukuhan,  pembinaan keupayaan Bumiputera untuk meningkatkan kualiti,  kuantiti dan keberkatan  bakat-bakat Bumiputera melalui pendidikan akademik dan juga vokasional. 

    Kerajaan telah berusaha sedaya upaya untuk memperkenalkan beberapa program agar negara kita boleh diiktiraf sebagai negara berpendapatan tinggi yang akan memberi manfaat kepada rakyat Bumiputera. Yayasan Peneraju telah diminta agar memacu dan melaksanakan program-program varu yang dipanggil "Super High Income Programme (SHIP). 

    Objektif utama program SHIP ini adalah untuk menyediakan pembiayaan kepada golongan pekerja yang berpendapatan sederhana tinggi dalam bidang tertentu untuk mendapatkan pendidikan,  pensijilan dalam bidang-bidang yang terpilih ke arah mencapai pendapatan tinggi sejajar dengan usaha ketajaan menaikkan status ekonomi rakyat Malaysia.  

    SHIP akan dijalankan secara berperingkat-peringkat. 

    - Bermula bulan September 2017 - Dalam bidang jedoktoran,  Sains Aktuari dan keselamatan Siber untuk 50 penerima faedah percuma. 

    - Bermula 2018 - Penambahan 2 lagi bidang yang bakal dikenal pasti untuk 250 penerima faedah lagi. 

    Bagi tujuan tersebut,  sebanyak 300 penerima faedah disasarkan akan mendapat manfaat daripada program-program ini sehingga tahun 2019.


    Pembiayaan


    Pembiayaan SHIP akan berfungsi sebagai dana untuk pekerja-pekerja yang berkecenderungan untuk mengikuti program pensijilan profesional yang mampu menjana pendapayan yang sangat tinggi dalam industri srrta bidang yang dipilih di institusi-institusi yang diiktiraf.

    Diantara kursus-kursus yandgdikenal pasti oleh SHIP,  dapat memberi pendapatan yang tinggi dan sebagai pengenalan,  pembiayaan SHIP skan dibuka untuk 3 bidang sahaja iaitu....

    • Industri kesihatan dalam bidang kedoktoran. 
    • Industri perkhidmatan kewangan dalam bidang Sains Aktuari. 
    • Industri teknologi dalam bidang Keselamatan Siber. 

    Di bawah SHIP,  ada institusi terlibat adalah seperti berikut:

    • Yayasan Peneraju - Menyedia dan mengubal rangka kerja dan polisi serta menyokong peserta yang berkualiti. 
    • Bank Rakyat - Kemudahan pembiayaan dan pemantauan pembayaran balik. 
    • Institusi Penyedia Latihan dan Pensijilan - Mencadang dan memantau prestasi pelajar. 
    • Pelajar - Keputusan prestasi mendapat pensijilan dan pembayaran balik pinjaman. 


    Kriteria Pemilihan adalah:


    Apakah kriteria pemilihan yang SHIP tetapkan adalah seperti berikut:

    • Bumiputera warganegara Malaysia. 
    • Penempatan ke dalam institusi diiktiraf yang ditentukan oleh Yayasan Peneraju. 
    • Kumpulan sasaran pendapatan pertengahan. 
    • Kursus terpilih dengan permintaan Negara dan industri. 
    • Kelayakan akademik/pensijilan minima akan ditentukan berdasar syarat-syarat oleh institusi. 
    • Kelayakan pembiayaan akan ditentukan berdasar syarat-syarat yang ditetapkan oleh Bank Rakyat, yakni:

    - Pembiayaan SHIP tidak lebih daripada RM200,000.

    - Bayar dalam tempoh belajar atau pembayaran balik sepenuhnya bermula selepas tamat pengajian. 

    - Tempoh bayar balik selama 15 tahun. 

    - Pembiayaan akan dibuat secara terus (langsung)  kepada institusi latih/pensijilan seperti ditetapkan Institusi Latihan/Pensijilan serta menyokong peserta yang berkualiti.

    Program SHIP ini dapat memupuk dan membangunkan bakat Bumiputera Negara dan merealisasikan impian dan aspirasi untuk mereka yang mahu berpendapatan tinggi setiap bulan.

    Lebih daripada 14,000 individu Bumiputera telah mendapat pembiayaan,  bagaimana pula dengan kita?

    Selepas September 2017, ia dibuka untuk semua pemohonan dan pendaftaran.

    Anda boleh berhubung dengan pegawai Yayasan Peneraju di talian 03-27279063 atau e-mel kepada info@yayasanpeneraju.com.my untuk keterangan lanjut.

    Tayangan Perdana Filem Malay Regiment Di MMCineplex

    $
    0
    0
    Tayangan Perdana Filem Malay Regiment Di MMCineplex | Filem aksi ini akan diadakan tayangan perdana pada 24 Ogos 2017 di MMCineplex, eCurve Damansara. 


    Tayangan Perdana Filem Mslay Regiment Di MMCineplex
    Tayangan Perdana Filem Malay Regiment

    Tayangan Perdana Filem Malay Regiment Di MMCineplex


    Filem aksi perang yang banyak melakarkan catatan sejarah negara dilakonkan semula watak dari kisah sebenar sekitar tarikh 16 April 1976 dan 15 Julai 1946 semasa Ops Kota Gubir I & II yang mana pasukan keselamatan dari unit 17 RAMD telah mengempur beberapa kem penganas komunis di sempadan Malaysia - Thailand berhampiran Gubir,  Kedah. 

    Dalam operasi kedua menyaksikan Kapten Zainal Rashid telah gugur selepas berjaya membunuh tiga orang penganas komunis.

    Operasi tersebut telah membunuh 6 daripada 15 orang penganas selain berjaya merampas pelbagai jenis senjata dan bom.


    Jemputan Ke Tayangan Perdana Filem Malay Regiment


    Jemputan ini saya dapat panggilan daripada Kak Adza Irdawati Adenan melalui PM mesej Facebook. 

    Ketika bermesej dengan beliau,  dia mahu 50 orang blogger. Setakat artikel ini ditulis, hanya perlu 20 orang lagi.  Cepat-cepat daftar ye....

    Lokasi: MMCineplex,  eCURVE, Damansara,  Lever 2, eCurve,  No. 2A, Jalan PJU 7/3, 47800, Petaling Jaya,  Selangor.
    Bahasa: Melayu
    Tarikh: 24 Ogos 2017
    Klasifikasi: P13
    Genre: Aksi/Sejarah
    Durasi: 90 minit
    Pengedar: MM2 Screen Manegement Sdn Bhd
    Para Pelakon: Yus Waisar,  Nad Zainal,  Z.Zamri,  Dato' Ahmad Tarmimi Saregar.
    Pengarah: Jurey Latif Rosli
    Format: 2D

    Untuk ke tayangan perdana dikehendaki berpakaian Smart Kasual.

    Boleh hubungi di talian:
    Rozie - 0176562217
    Nad - 0166592857
    Husna - 0341443170

    Jom jumpa di sana.  Kita tengok Tayangan Perdana Filem Malay Regiment Di MMCineplex.

    Selamat menonton,  semoga terhibur dengan tayangan itu nanti.


    Filem Malay Regiment Bikin Kontroversi

    $
    0
    0
    Filem Malay Regiment Bikin Kontroversi gara-gara ada babak kereta dengan pendaftaran nombor berkaitan parti politik tetapi telah dipotong babaknya untuk tidak disalaherti sebagai menghina parti tersebut.

    Namun begitu, apa yang penting filem "Malay Regiment" arahan Datuk Jurey Latiff Rosli harus diangkat sebagai satu usaha untuk generasi akan datang tentang sejarah.

    Bagaimana anggota tentera mempertahankan tanahair daripada ancaman komunis.

    Filem ini juga sebagai rujukan pelajar dan anggota tentera baru yang ingin merasai pengalaman hidup di zaman komunis.


    Filem Malay Regiment Bikin Kontroversi
    Filem Malay Regiment

    Filem Malay Regiment Bikin Kontroversi


    Jangan mudah tersentak dengan isu kontroversi yang remeh-temeh ini. Filem Malay Regiment harus diangkat dan diusung sebagai filem genre aksi sejarah yang harus ditonton oleh generasi muda tentang kisah lampau bagaimana tentera mempertahankan tanahair daripada ancaman komunis?



    Filem Malay Regiment Bikin Kontroversi
    Bersama Pelakon Malay Regiment


    Apa yang penting, Pengarah Datuk Jurey Latiff Rosli telah bikin filem genre aksi tentera yang patut dipuji dan disanjung sebagai HERO dalam usaha yang murni beliau memaparkan kisah benar (sejarah) pertempuran tentera dari unit 17 RAMD menentang komunis dalam Ops Gubir sekitar tahun 1976.


    Filem ini mula ditayangkan kepada umum pada 31 Ogos 2017 sempena hari kemerdekaan Malaysia yang ke-60 di semua pawagan Cinemas di seluruh negara.

    Diharap ia dapat menarik minat penonton untuk menonton filem tersebut dan dapat menanam sifat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia yang semakin hari semakin hilang.

    Filem: Malay Regiment
    Pengarah: Jurey Latiff Rosli
    Bahasa: Melayu
    Tarikh Tayangan: 31 Ogos 2017
    Klasifikasi: P13
    Genre: Aksi/Sejarah
    Durasi: 90 minit
    Pengedar: MM2 Screen Manegement Sdn Bhd
    Format: 2D

    Para pelakon yang menjayakan filem Malay Regiment ialah Yus Waisar,  Nad Zainal,  Z.Zamri,  Dato' Ahmad Tarmimi Saregar dan lai-lain lagi.


    Sinopsis Malay Regiment


    Terima kasih buat Adza Irdawati aka Mak Dara yang sudi mempelawa saya untuk menonton Tayangan Perdana Filem Malay Regiment Di Cineplex,  Damansara.

    Bila dah tengok sendiri,  bolehlah saya buat sinopsis, ulasan dan kritikan tentang filem ini. Boleh baca sampai habis,  ada di bawah yang telah saya tulis.

    Filem ini mengisahkan tiga cucu kepada anggota yang terkorban semasa pertempuran dengan komunis dalam era 70-an dalam Ops Gubir, Kedah. 

    Secara tidak langsung, tiga anak muda ini cuba cungkil rahsia sebenar disebalik peristiwa bersejarah yang menumpah darah perwira datuk-datuk mereka yang berkhidmat demi negara sebagai tentera ketika itu.

    Peristiwa di Gubir mencatat sejarah hitam apabila sebuah helikopter Nuri Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) yang membawa 11 pegawai termasuk anggota pasukan keselamatan jatuh ditembak angkara komunis di Hutan Simpan Ulu Muda, Gubir, Kedah.

    Helikopter tersebut dalam perjalanan ke pos-pos tentera di perbatasan Malaysia-Thailand terbakar dan mengorbankan kesemua pegawai, anggota tentera termasuk juruterbang.

    Filem aksi perang yang banyak melakarkan catatan sejarah negara dilakonkan semula watak dari kisah sebenar sekitar tarikh 16 April 1976 dan 15 Julai 1976 semasa Ops Kota Gubir I & II yang mana pasukan keselamatan dari unit 17 RAMD telah mengempur beberapa kem penganas komunis di sempadan Malaysia - Thailand berhampiran Gubir,  Kedah. 

    Dalam operasi kedua menyaksikan Kapten Zainal Rashid telah gugur selepas berjaya membunuh tiga orang penganas komunis.

    Operasi tersebut telah membunuh 6 daripada 15 orang penganas selain berjaya merampas pelbagai jenis senjata dan bom.


    Ulasan dan Kritikan


    Pengarah filem Malay Regiment Datuk Jurey Latiff Rosli seorang yang berani bikin filem Malay Regiment yang penuh dengan sejarah.

    Tidak ramai pengarah yang mengambil risiko untuk membuat filem genre aksi tentera bertempur di medan perang tentang kisah benar Ops Gubir,  Kedah.

    Namun apa yang dilakon dalam filem tidak nampak kesedihan, kesensaraan, keperitan hidup keluarga tentera,  kepayahan parajurit ketika di medan perang semasa menentang komunis.

    Jalan cerita pula kelam-kabut dengan flashback yang mengelirukan.

    Watak-watak yang tidak menonjol ketika dalam kesedihan ketika si isteri kehilangan suami tercinta di medan perang,

    Aksi perang ketika menentang komunis terlalu banyak dipotong sehingga cepat dari babak terbunuh ketika ditembak dan di bom maupun ketika terpijak jerangkap samar (periuk api).

    Penghayatan dari segi lakonan para pelakon tidak sampai kepada penonton. Ini membuat penonton bosan untuk duduk sepanjang 90 minit tayangan filem.

    Soundtrak yang belum cukup real, bila di dalam hutan, tidak kedengaran suara burung, binatang, serangga dan unggas. Cuma ketika berperang tu ada bunyian bedilan, tembakan dan dibom yang boleh dipuji.

    Apa pun... tahniah buat pengarah Datuk Jurey Latiff Rosli yang bersusah-payah bikin Filem Malay Regiment Bikin Konterversi dan membuat ramai yang ingin ambil tahu pasal filem tersebut.

    Mungkin bagi orang lain ada ulasan dan kritikan mereka sendiri.

    Selamat menonton...
    Selamat Hari Kemerdekaan ke-60.
    Negaraku Sehati Sejiwa.

    Aiskrim FruityBug Terbaru Nestle

    $
    0
    0
    Aiskrim FruityBug Terbaru Nestle - Nestle merupakan jenama yang sinonim dengan aiskrim di Malaysia yang biasa dikenali sebagai Mat Kool.

      Aiskrim FruituBug Terbaru Nestle
      Aiskrim FruityBug 


      Aiskrim FruityBug Terbaru Nestle



      Nestle Malaysia terkenal dengan pengeluaran aiskrim terutama Mat Kool.

      Mat Kool adalah salah satu jenama aiskrim untuk kanak-kanak yang banyak menghasilkan aiskrim yang sangat digemari oleh kanak-kanak di Malaysia dengan reka bentuk yang menarik seperti Butterfly,  Panda, Paddle Pop,  Split,  Banana dan banyak lagi. 

      Terbaru (Nestle) Mat Kool melancarkan aiskrim terbaru dengan dwibatang berbentuk Kumbang yang diberi nama Mat Kool FruityBug.

      Ada dua perasa yang ada pada FruityBug,  yakni perisa Strawberry dan nanas. 

      Semua pewarna diperbuat daripada sumber tumbuh-tumbuhan semulajadi.  Ia dengan sendirinya menarik minat kanak-kanak dan orang dewasa dengan bentuk, warna dan perisa tertentu.

      Sebelum ini,  Mat Kool telah berjaya menghasilkan Butterfly,  sekarang Nat Kool menghasilkan FruityBug pula.

      Nestle sentiasa brrusaha menghasilkan aiskrim baharu dalam produk Nestle Ice Cream bagi meningkatkan lagi detik-detik terindah yang mampu membawa keseronokan dan senyuman dalam setiap orang dapat merasai, menikmati aiskrim mereka.

      Lebih menarik lagi,  meteka telah mengadakan majlis pelancaran Aiskrim Mat Kool FruityBug di Mydin Mall,  Subang Jaya,  Selangor.

      Orang ramai berpeluang memenangi hadiah berupa Mat Kool FruityBug dan beg dingin beku edisi terhad.

      Promosi ini diadakan di seluruh Malaysia sepanjang bulan September hingga Oktober 2017.

      Jom dapatkan sekarang Aiskrim FruityBug Terbaru Nestle di seluruh Malaysia.


      Jadual Peperiksaan UPSR 2017

      $
      0
      0
      Jadual Peperiksaan UPSR 2017 - Pada 11 September 2017 bermulanya murid-murid tahun 6 di seluruh negara menduduki peperiksaan UPSR 2017.



      Jadual Peperiksaan UPSR 2017
      Pelajar Menduduki Peperiksaan UPSR 2017

      Jadual Peperiksaan UPSR 2017


      Peperiksaan UPSR bermula pada 12 September 2017 dan berakhir ada 14 September 2017.  Tempoh peperiksaan UPSR 2017 berlangsung selama 4 hari. Boleh lihatjadual Peperiksaan UPSR 2017 di bawah.



      Jadual Peperiksaan UPSR 2017 (Isnin)


      Jadual Peperiksaan UPSR 2017 (Selasa)


      Jadual Peperiksaan UPSR 2017 (Rabu)


      Jadual Peperiksaan UPSR 2017 (Khamis)


      Jadual Peperiksaan UPSR 2017
      Jadual Peperiksaan UPSR 2017


      Jumlah calon murid-murid adalah 443,793 seluruh negara menduduki peperiksaan UPSR 2017.

      Seramai 443,536 adalah sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan dan seramai 10,258 orang adalah sekolah swasta.

      Sebanyak 8,085 pusat peperiksaan dibuka dan diperuntukkan untuk calon UPSR di seluruh negara.

      Seramai 51,363 adalah putugas peperiksaan yang akan memantau perjalanan peperiksaan UPSR tahun ini.

      Anak lelaki saya salah seorang calon peperiksaan UPSR 2017. Saya doakan agar anak saya memperolehi keputusan yang cemerlang.

      Saya juga doakan kepada semua pelajar UapSR tahun ini mendapat keputusan yang membanggakan. Insya Allah.... 

      Amin.....

      Annuar Tarik Diri Bertanding Presiden KAFA

      $
      0
      0
      Annuar Tarik Diri Bertanding Presiden KAFA - Beliau ingin memberi peluang kepada tokoh baru untuk menerajuinya KAFA bagi musim 2017-2021. Kerusi panas ini dipertandingkan bagi penggal 2017-2021.



      Annuar Tarik Diri Bertanding Presiden KAFA
      Tan Sri Annuar Musa Bekas Presiden KAFA

      Annuar Tarik Diri Bertanding Presiden KAFA

      Tan Sri Annuar Musa menarik diri daripada bertanding jawatan Presiden KAFA pada kongres ke-63 penggal 2017-2021. Kerusi panas ini dipertandingkan bagi memilih presiden KAFA pada Ahad ini setelah 10 bulan jawatan Presiden KAFA kosong.

      Beliau sentiasa berpegang pada janji, yakni tidak akan bertanding untuk kerusi no.1 KAFA walaupun mendapat percalonan daripada Persatuan Bola Sepak Jajahan (PBJ).

      Keputusan yang dibuat oleh beliau untuk memberi laluan kepada muka baharu untuk menduduki kerusi panas itu selepas sedekat mengepalai badan induk tersebut.

      Sepanjang sedekat beliau menerajui KAFA, pelbagai cabaran yang beliau hadapi, tiada penaja yang sidi menaja KAFA, tidak mendapat bantuan daripada kerajaan negeri, penarikan Datuk Seri Vida (Vida Beauty) sebagai penaja utama The Red Warriors dan yang paling terkesan adalah digantung dalam Majlis Amanah Rakyat (MARA) kerana membantu dalam penajaan terhadap bola sepak Kelantan.


      Senarai Calon Bertanding Jawatan Presiden KAFA


      Seramai empat orang sedia mengisi kerusi panas Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) iaitu dua Naib Presiden KAFA, Datuk Muhammad Nasir Hamzah yang juga Timbalan Pengerusi Kumpulan Karangkraf  Media dan Datuk Rosmadi Ismail.

      Dua lagi Penaja Utama KAFA iaitu Pengerusi Chengal Jati Datuk Saari Hassan dan calon tunggal Bibi Ramjani Ilias Khan yang juga Pengurus Desa Murni Batik Kota Bharu.


      PRESIDEN (1)

      1. Datuk Muhammad Nasir Hamzah
      2. Datuk Rosmadi Ismail
      3. DatukShaari Hassan
      4. Bibi Ramjani Ilias Khan


      TIMBALAN PRESIDEN (1)

      1. Datuk Seri Afandi Hamzah
      2. Datuk Rosmadi Ismail
      3. Datuk Shaari Hassan
      4. Datuk Muhammad Nasir Hamzah

      NAIB PRESIDEN (3)

      1. Datuk Rosmadi Ismail
      2. Datuk Shaari Hassan
      3. Datuk Rosdi Abd Aziz
      4. Datuk Ismail Md Noor
      5. Datuk Muhammad Nasir hamzah
      6. Datuk Nik Izani Nik Ibrahim
      7. Amir Ramadzan Ibrahim
      8. Datuk Izzuddin Mohd Ghazali
      9. Datuk Zamri Ismail
      10. Bibi Ramjani Ilias Khan
      11. Nik Pak heruddin Nik Abdul Kadir
      12. Mohamad Yusri Ismail
      13. Azman Ibrahim

      AHLI EKSEKUTIF (10)

      1. Mohamed Fareez Nor Amran
      2. Akmal Ahmad Tabarani 
      3. Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani
      4. Datuk Mohamad Fared Abd Ghani
      5. Lim Guan seng
      6. Salim Mahmud Mahayuddin
      7. Wan Rakemi Wan Zahari
      8.  Datuk Rasdi Abd Aziz
      9. Datuk Saari Mat Husin
      10. Kamaruddin Mohamad
      11. Nubli Abd Latif
      12. Datuk Abdullah Mat Yasim
      13. Ahmad Nazeri Ramli
      14. Azman Ibrahim
      15. Azlan Mohd YusoNudin Awang
      16. Wan Badri Wan Omar
      17. Nudin Awang
      18. Nur Mahamad @Marzuki Jusoh
      19. Datuk Mohd Rowi Dollah
      20. Datuk Seri Amril Aiman Abd Aziz
      21. Mohd Badhri Mohd Radzi
      22. Datuk Azman Ismail
      23.  Aziz Mahmud
      24.  Abdul Rahim Ahmad
      25. Husib Deraman
      26. Mohamad Yusri Ismail
      27. Datuk Abdul Halim Hamad
      28. Azrul Mohd Zawawi
      29. Mohamad Ausri Husin
      30. Amir Ramadzan Ibrahim

      Saya berharap dan berdoa agar semua calon yang bertanding yang terpilih nanti dapat memberi sumbangan idea, bantuan dan segalanya demi menaikkan dan memmartabatkan pembangunan bola sepak Kelantan ke arah yang lebih maju dan dinamik.

      Saya sebagai anak jati Kelantan mahu agar pasukan Kelantan hebat seperti beberapa tahun lepas di mana kita berjaya bawa pulang Piala Malaysia, Piala FA, Piala Sumbangsih, layak ke kejohanan AFC.

      Disamping itu kita mahu seperti kelab atau persatuan bola sepak lain yang bersaing hebat di Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia. Insya Allah.....

      Myrezki Global Labur RM30 Dapat RM19K

      $
      0
      0
      Myrezki Global Labur RM30 Dapat RM19k. Nampak macam menarik je.... Betul ke ni? Nak tahu, cuba relex minda anda, tarik nafas panjang dan cuba memahami satu-persatu apa yang ingin saya ceritakan.


      Yrezki Global Labur RM30 Dapat RM19K
      Skim Pelaburan Myrezki

      Berita penting yang patut anda baca sampai habis apa yang saya ingin buka rahsia satu program yang menarik. Saya perlu mengambil masa anda sebentar untuk cuba memahami apa yang ingin saya kongsikan. 



      Myrezki Global Labur RM30 Dapat RM19K
      Myrezki2u - Keratan Akhbar Harian Metro


      Myrezki Global Labur RM30 Dapat RM19K


      Lihat pada tajuk "Myrezki Global Labur RM30 Dapat RM19K" pun dah nak meleleh air liur, apatah lagi jika ianya benar-benar terjadi. Ini adalah "Program Penjanaan Pendapatan Yang Sangat Mudah".

      Hanya melabur sebanyak RM30 dan anda akan dapat RM19K dalam masa enam bulan. Setiap bulan syarikat akan bayar mengikut turutan yang telah ditetapkan. Ini adalah basic pakej. Lihat carta di bawah.


      Myrezki Global: Labur RM30 Dapat RM19K
      Myrezki - Basic Pakej

      Ia dipanggil pelan pendapatan basic pakej, yakni bonus autoplacement setiap ahli akan disusun 5 downline seorang di bawahnya secara automatik. Ini bermakna anda tidak perlu mencari atau menaja orang. Ibarat duduk goyang kaki pun dapat income.

      Boleh tengok di bawah komisen saya dapat apabila ada orang nak turut serta join dengan saya. Setiap seorang yang berdaftar dan aktif, kita dapat RM10.

      Selamat mencuba......


      Komisen Diperolehi


      Myrezki Global


      Apa itu "Myrezki Global?" Myrezki adalah syarikat bumiputera dan anak syarikat FS TELECOMUNICATION. Bersistemkan e-bantuan downline bagi menjana pendapatan RM19K hanya dalam masa 6 bulan atau 7 bulan.



      Myrezki Global: Labur RM30 Dapat RM19K
      Myrezki Global

      Syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan sah dari segi undang-undang.


      Myrezki Global Labur RM30 Dapat RM29K
      Myrezki Global

      Ini adalah alamat syarikat beroperasi untu mengesahkan Myrezki ini wujud!"

      My Rezki
      77-3, Blok D,
      Platinum Walk,
      No 27, Jln Langkawi,
      53300 Setapak,
      Kuala Lumpur.
      Telefon: 0341317377

      *NO PENDAFTARAN SYARIKAT*
      *002534185-V*


      Myrezki Global Labur RM30 Dapat RM19ak
      Pendaftaran Myrezki Global di SSM 

      Waktu operasi:  Jam 10 pagi hingga 5 petang.

      Jika berminat boleh hubungi saya melalui Whatsapp di talian 0139995015. Saya boleh terangkan secara detail tentang program ini.


      Kelebihan Program Myrezki


      Banyak kelebihan yang terdapat di Myrezki Global. Diantaranya adalah seperti berikut:

      • Modal hanya serendah RM30.
      • Tidak menindas mana-pihak.
      • Keuntungan dibahagi sama rata.
      • Tidak perlu bayar yuran bulanan.
      • Modal sekali seumur hidup.
      • Setiap ahli disusun downline srcara percua seramai 5 orang.
      • Syarikat bekerja untuk anda (Menyusun downline di bawah anda).
      • Kumpulan atau group bekerja untuk anda.
      • Potensi pendapatan setiap bulan yang bakal diperolehi daripada hasil kerja syarikat dan kumpulan adalah seperti berikut.
      - Bulan Pertama RM5
      - Bulan Kedua RM25
      - Bulan Ketiga RM125
      - Bulan Keempat RM625
      - Bulan Kelima RM3,125
      - Bulan Keenam RM15,625
      # Jumlah Keseluruhan RM19,530


      Sistem Level Myrezki


      Sistem level adalah auto. Ini bermaksud ia disusun tidak mengikut siapa yg menaja kita atau siapa yang kita taja... tetapi bonus sponsor kita tetap dapat. Jadi ke mana orang yang kita taja tadi pergi?

      Mereka akan disusun dibawah ahli-ahli yang join terawal sebelum ni....selepas itu barulah giliran kita pula akan dapat Susunan Level bermula 1, 2, 3 dan begitulah seterusnya...

      Akan tetapi......

      Bila kita capai infinit.. Ada 1 kelebihan yang kita akan dapat iaitu bonus Infiniti dari Penajaan Direct sponsor dibawah kita.

      Setiap kali ada ahli join, anda dapat RN0.50.

      Contohnya....

      Anda ada 60 orang direct sponsor di myrezki. Katakanlah 60 tadi pun menaja ahli seramai 10 orang setiap seorang, maka 600 ahli yang baru tadi anda akan dpt RM300 seorang.

      Begitulah seterusnya.. sampai level berapa pun anda tetap dapat dan dibayar.

      Faham ke tidak?
      Tak faham boleh tanya..... di bahagian komen.

      Siapa Saja Boleh Berjaya


      Siapa saja boleh berjaya asalkan ada kemahuan. "Di mana ada kemahuan di situ ada jalan". "Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih". "Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang".

      Semua orang mahu kaya dan berjaya. Kenapa anda perlu kaya dan berjaya? Tidak lain tidak bukan hanyalah kerana kita mahu ubah hidup daripada baik kepada lebih baik. Selain itu kita juga ingin bebas memilih dan ingin membantu orang lain setelah peluang yang ada kita tidak melepaskannya.

      Tidak semua orang sanggup berubah untuk mencapai kejayaan, hanya segelintir sahaja yang berfikiran terbuka untuk berubah. Perubahan yang memerlukan sedikit pengorbanan.


      Sebab-Sebab Kenapa Kita Tidak Berjaya

      Saya huraikan enam sebab kenapa kita tidak berjaya?

      Semoga dengan enam sebab ini kita akan ubahkan sikap kita yang bersarang dalam diri.

      • Kita Tidak Mempunyai Matlamat - Tidak kiralah matlamat jangka pendek atau jangka panjang. Apa yang penting kita ada daya fokus dan kuasa untuk berusaha agar mencapai impian kejayaan dalam hidup.
      • Kita Tidak Mahu Berusaha - Inilah sikap yang negatif yang perlu dibuang jauh-jauh. Tengok orang lain berjaya, kita pun mahu berjaya tetapi usaha kita ala-ala saja. Mudah berputus asa, walhal sebenarnya gandakan usaha pasti berjaya. Itu formulanya yang kita sedia maklum dan pernah dengar.
      • Kita Memberi 1001 Alasan - Alasan inilah yang membantutkan kita untuk berjaya. Lebih bahaya lagi jika kita berusaha sekerat jalan sahaja. Walaupun diberi alasan yang munasabah tetapi jika penyelesaian tidak ditamatkan, usaha kita selama ini jadi sia-sia.
      • Tidak Mahu Berubah - Berubah juga dikategorikan sebagai berhijrah. Sempena Tahun Baru Hijrah 1439 pada tahun 2017 Masihi ini, kita ubah dari segi sikap kita yang ego, perubahan minda kita dan kehidupan seharian kita juga perlukan perubahan yang jitu.
      • Rezeki Bukan Milik Kita - Ya betul.... ia milik Allah Taala tetapi jika hanya berpeluk tubuh sahaja, mana mungkin rezeki itu datang kepada kita. Berusaha, berdoa dan bertawakal itulah yang perlu kita lakukan. Itu janji Allah kepada kita semua.


      10 Nasihat Dari Mentor Saya Untuk Berjaya Dalam Bisnes:


      1. Buat. Buat. Buat dan Buat....

      Ramai orang ada idea bagus, tetapi tak buat. Nak berjaya, kena buat. Banyak bisnes besar, bermula kecil-kecilan.

      2. Fokus

      Banyak bisnes gagal bukan kerana tak ada idea, tetapi idea terlalu banyak. Buat keputusan bisnes apa nak buat, kemudian tumpukan kepada bisnes tersebut.

      3. Usah berhenti belajar

      Belajarlah dengan mentor anda. Apabila kita berasa sudah cukup pandai, ketika itu kita menempah kegagalan.

      4. Fokus kepada bisnes kita

      Usah habis masa mengkritik dan mencari salah bisnes orang lain. Orang lain salah belum tentu kita betul.

      5. Usah harap orang lain tolong bisnes kita

      Kita usahawan, buat sendiri. Usahawan usah ada minda peminta sedekah. Lebih banyak memberi daripada menerima.

      6. Jangan putus semangat

      Elakkan mudah rasa kecewa dan putus semangat. Dalam bisnes, ada masa naik, ada masa turun. Bawa bertenang. Itu lumrah dalam perniagaan.

      7. Fokus kepada penyelesaian

      Semua bisnes ada masalah. Ada orang gunakan istilah cabaran. Apa pun, usah fokus kepada masalah. Cari penyelesaian, di penghujung terowong yang gelap, ada cahaya.

      8. Terus belajar

      Belajar dari sesiapa sahaja, namun akhir sekali buat keputusan sendiri. Usahawan mesti berani mencanggahi sesiapa sahaja, termasuklah apa yang dikatakan mentor dan sifu itu.

      9. Berhenti salahkan orang lain

      Orang berjaya berikan hasil, orang gagal berikan pelbagai alasan.

      10. Buktikan dengan hasil

      Sekiranya setiap kali anjing menyalak kita berhenti, maka lambatlah sampai ke destinasi. Biarkanlah suara sumbang memperlekeh apa yang kita lakukan.
      Kita jalan terus. Buktikan dia salah bukan dengan cakap-cakap, tetapi dengan menunjukkan hasil kejayaan.

      Selamat Berjaya.... buat semua yang dah join.


      SEBAB PERLU KAYA DAN BERJAYA


      1. Bila Ibubapa anda masih belum MAMPU menunaikan Rukun Islam ke-5 iaitu Menunaikan Haji, siapakah yang akan membantu menunaikan hajat & impian mereka?

      Tergamakkah kita berkata,"aku pun tak ada duit"

      2. Bila Ibubapa anda perlukan duit untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan mereka, untuk makan sesuap nasi, seteguk air, siapa yang akan menanggung mereka?

      Tergamakkah kita berkata,"aku pun tak cukup makan."

      3. Bila ibubapa anda sakit, siapa yang akan uruskan bil-bil klinik, hospital & kos perubatan mereka? Adakah kita hanya perlu pejamkan mata dan pekakkan telinga? Mereka tidak pernah meminta-minta dari kita kerana mereka sangat memahami keadaan kita tetapi kita memahamikah keadaan mereka?

      Tergamakkah kita berkata,"aku ada banyak hutang nak kena bayar bulan ni."

      4. Bila Ibubapa anda bersedih kesunyian, tiada anak-anak datang menjenguk... siapa yang akan pulang menjenguk mereka sedangkan anda asyik sibuk memberi alasan "SIBUK, INGAT PULANG X PAKAI DUIT KE, DUIT MINYAK, DUIT TAMBANG" Kesunyian ibubapa kita dapatkah kita rasai? Mereka hanya perlukan kita beberapa ketika sahaja sebab mereka sudah merasai tak lama lagi mereka akan berhijrah ke alam kubur yang
      jauh lebih sunyi.

      NILAI DUIT......

      - Duit...  tak boleh bawa mati tapi tak ada duit rasa nak mati.

      - Duit... tak boleh beli kasih sayang tapi kasih sayang boleh hilang bila tak ada duit.

      - Duit... tak boleh beli tidur tapi tak ada duit tidur pun tak lena.

      - Duit... tak boleh beli kesihatan tapi untuk sihat perlukan duit.

      - Duit... tak boleh beli kebijaksanaan tapi untuk dapatkan ilmu perlukan duit.

      - Duit... orang bodoh nampak cerdik bila ada duit tapi orang cerdik nampak bodoh bila tak ada duit.

      - Duit... bukan segalanya tapi segalanya perlukan DUIT..

      Kelebihan Program Jana Pendapatan Ini


      Labuh RM30 Dapat RM19K. Fikir sekali imbas macam tidak lojik tetapi itulah hakikatnya yang perlu anda ketahui dan rebut peluang ini dengan sebaik-baiknya. Program yang memberi pulangan berganda-ganda. Kelebihan yang ramai orang masih ragu-ragu, katanya "Spammer" , scammer dan penipu.

      • Tak percaya jangan join.
      • Ragu-ragu atau was-was jangan sertai.
      • Tak yakin usah serabut fikiran nak masuk ahli.
      • Tak nak RM19K jangan berangan nak dapat jika tak menyertainya.
      • Takut rugi jangan berkira-kira nak jadi orang berduit/kaya.

      Diantara kelebihan yang patut anda ketahui adalah seperti berikut, percaya atau tidak, itu adalah pilihan anda sendiri. Tiada istilah paksaan dalam program pelaburan ini. "Tepuk dada tanya selera".

      • Modal keahlian hanya RM30 sahaja.
      • Tidak perlu beli produk, jika beli pun untuk kegunaan sendiri.
      • Tidak wajib untuk anda menaja atau mencari orang. Duduk diam-diam duit masuk.
      • Tidak perlu bayar yuran bulanan.
      • Modal RM30 sekali seumur hidup.
      • Sistem yang dipakai adalah auto downline.
      • Kongsep syarikat adalah berkongsi keuntungan.

      SYARAT-SYARAT NAK JOIN


      - BERUMUR 18TAHUN PADA TAHUN INI DAN KE ATAS.

      - WARGANEGARA MALAYSIA SAHAJA.

      - MEMPUNYAI AKAUN BANK DALAM MALAYSIA (BANK APA PUN BOLEH)

      - MEMPUNYAI EMAIL (JIKA X ADA PM ADMIN GROUP UNTUK BUAT EMAIL).

      - 1 ORANG, 1 PELUANG SAHAJA UNTUK JOIN.

      - NAMA AHLI KENA SAMA DENGAN PENAMA PEMILIK AKAUN BANK.

      - AKAUN TABUNG HAJI DAN ASB TAK BOLEH GUNA DALAM AKAUN MYREZKI (LAIN-LAIN BANK BOLEH)

      - SEORANG HANYA BOLEH JOIN SEKALI SAHAJA JIKA DIDAPATI BUKA 2 AKAUN MYREZKI PENYERTAAN AKAN D TAMATKAN SERTA MERTA.

      - 1 NAMA, 1 AKAUN, 1 EMAIL, 1 RESIT SAHAJA.

      Sesiapa pun boleh join, ayah, emak, adik-beradik, sanak-saudara, pekerja kilang, kerja swasta, kerja kerajaan, bekerja sendiri, makan gaji dan sebagainya.

      Nak join jangan lupa whatsapp saya melalui talian 0139995015 (Abe Kamil).

      Personal Messagge (PM), Tulis "Saya Nak Join".


      Soal-Jawab Berkaitan Myrezki


      Ini jawapannya.....

      Banyak yang bertanya, myrezki tu apa?
      Ada yg kata jual barangkah?
      Ada yang kata cari orangkah baru dapat hasil?
      Ada yang kata BISNES SIMKAD kah?

      Jawapannya....
      Kita TAK PERLU jual barang pun....
      Kita TAK PERLU cari ramai orang untuk dapat INCOME
      Kita bukan BISNES SIMKAD

      Memang kita bawah naungan FS Telecomunication tapi bukan jual simkad!

      Lepas tu.. ada yg tanya
      Ni MLM kah?
      Ni Moneygame kah?
      Ni pelaburan kah?
      Ni kutu kah?

      Jawapannya....
      BUKAN MLM
      BUKAN MONEYGAME
      BUKAN PELABURAN
      BUKAN KUTU

      Sudah berapa lama Myrezki ditubuhkan? Sudah ada yg berjaya?

      Jawapannya
      Myrezki bermula pada tahun lalu (2016) tetapi mula dikenali orang ramai pada tahun ini (2017) dan semakin ramai yang menyertainya dan dah ramai yang berjaya! Anda bila pula.... ?

      Adakah berdaftar SSM & KPDNKK

      Jawapanya
      YA..

      Bagaimana kita dapat income??

      Jawapannya...
      Kita bergerak dalam satu kumpulan.. Dalam satu kumpulan kita mengamalkan sistem saling bantu-membantu.

      Dalam kumpulan ada yang MENAJA dan TAK MENAJA.

      Jadi.... yang TAK MENAJA akan dibantu oleh kumpulan yang MENAJA untuk dapatkan pendapatan pasif selama 6 bulan sahaja.

      Pendapatan pasif itu akan melalui satu sistem iaitu 'autoplacement' dimana sistem akan bekerja untuk kita dan semua meletakkan tajaan dibawah anda semua secara rawak dan sama rata.

      BEZA PENDAPATAN MENAJA & TAK MENAJA


      TAK MENAJA
      * Dapat basic pakej (6 bulan)
      *Tiada bonus tajaan
      *Tak boleh upgrade pakej

      MENAJA
      *Dapat basic pakej (6 bulan)
      *Dapat bonus tajaan
      *Berpeluang upgrade pakej (premium pakej 8 bulan)

      TIADA PAKSAAN UNTUK MENAJA!!
      NAK DUDUK DIAM TAK BUAT APA PUN BOLEH?

      Syarat-syaratnya.....
      Berumur 18 tahun ke atas
      Ada modal RM30
      Warganegara Malaysia
      Ada akaun bank sendiri kecuali ASB dan TABUNG HAJI.

      Pilihan ditangan anda sendiri bukannya orang lain.

      Jangan ikut apa orang buat, ikutlah kata hati.

      Saya hanya berkongsi saja.

      Jangan lupa "Myrezki Global Labur RM30 Dapat RM19K" untuk kongsikan kepada yang berminat.

      Semoga berjaya, terima kasih...

      Senarai Entri Nasi Lemak Pandan Mieeza

      $
      0
      0

      Senarai Entri Nasi Lemak Pandan Mieeza - Sudah setahun gerai Nasi Lemak Pandan Mieeza beroperasi. Banyak jugak blogger femes yang post di blog mereka. Ini sedikit sebanyak mempromosikan jenama Nasi Lemak Pandan Mieeza di mata masyarakat dan orang ramai.



      Senarai Entri Nai lemak Pandan Mieeza
      Bersama Blogger Khir Khalid

      Senarai Entri Nasi Lemak Pandan Mieeza


      Di sini saya menyenaraikan beberapa entri dan blogger yang dah singgah di gerai Nasi Lemak Pandan Mieeza. Entri ini sebagai tanda sokongan mereka terhadap bisnes yang saya kendalikan.

      Dikesempatan ini saya ucapakan jutaan terima kasih terhadap mereka. Sebagai balasan yang letakkan link blog atau link entri mereka di blog ini sebagai backlink.


      Jutaan terima kasih untuk semua yang sudi memperkenalkan dan menyiarkan artikel berkaitan Nasi Lemak Pandan Mieeza di blog kamu.

      Semoga dengan artikel ini, Gerai Nasi Lemak Pandan Mieeza akan dikunjungi ramai pelanggan dan secara tidak langsung menjadikan ianya dikenalii ramai.

      Semua entri ini ini sebagai backlink untuk Nasi Lemak Pandan Mieeza terus berada dalam senarai keyword (kata kunci) "Nasi Lemak".

      Jangan lupa klik link di atas untuk mengetahui cerita-cerita berkaitan Nasi Lemak Pandan Mieeza.

      Sudi kiranya kongsikan " Senarai Entri dan kisah pengalaman anda ketika membeli Nasi Lemak Pandan Mieeza di lokasi Depan Mid Point Pandan Jaya, Selangor.


      Kelantan Kekal Bersaing Dalam Liga Super 2018

      $
      0
      0
      Kelantan Kekal Bersaing Dalam Liga Super 2018 setelah berjaya mengalahkan Melaka United 3-1 pada aksi terakhir perlawanan Liga Super musim 2017.


      Kelantan Kekal Bersaing Dalam Liga Super 2018
      Pasukan The Red Warriors 2017

      Kelantan Kekal Bersaing Dalam Liga Super 2018


      Melaka United ( 1 ) vs ( 3 ) Kelantan
      Lokasi: Stadium Hang Jebatì Melaka.
      Masa: 9 malam
      Penjaring gol :
      - Nicolas Ryan Swirad - (Melaka Utd) - minit ke-31.
      - Abou Bakr Al-Mel (Kel) - nminit ke-74
      - Alessandro Celin (Kel) - minit ke-80, 88.

      Pasukan Kelantan yang dikenali sebagai The Red Warriors terselamat daripada tergelincir ke Liga Premier musim depan 2018 setelah memperolehi kemenangan ke atas Melaka United 3-1. Keputusan penuh boleh ikuti di Keputusan Terkini Liga Super Malaysia 28 Oktober 2017.

      Pada malam tadi Kelantan yang turun bertandang ke Stadium Hang Jebat, Melaka dengan misi hidup mati akhirnya berjaya kekal bersaing dalam Liga Super 2018.

      Namun lain pun yang terjadi pada pasukan Sarawak dan Pulau Pinang yang mengisi slot pasukan kedua terbawah apabila terpaksa akur tersingkir daripada Liga Super 2018 dan akan ke Liga Premier musim hadapan.

      Kelantan merupakan Juara Liga Super edisi 2011 dan 2012 dilatih oleh Sathit Bensoh dari Thailand berupaya memperolehi kemenangan di babak 15 minit terakhir perlawanan hasil jaringan Alessandro Celi, iaitu minit ke 80 dan 88.

      Sebelum itu Melaka terlebih dahulu memperolehi gol hasil jaringan minit ke-31 oleh Nicolas Ryan Swirad.

      Gol tersebut tidak mematahkan semangat pasukan The Red Warriors untuk memburu gol semangat.

      Semangat TRW untuk memcapai kemenangan untuk kekal ke Liga Super tidak terhenti di situ apabila pemain import Kelantan, Abou Bakr Al-Mel berjaya meledak gol pertama pasukannya pada minit ke-74 separuh masa kedua.

      Kemenangan 3-1 dapat dilihat sebagai hadiah awal daripada Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang baru Bibi Ramjani Ilias Khan dalam misi merevolusikan skuad Kelantan sebagai gergasi Pantai Timur pada musim depan.

      Tahniah untuk TRW kekal dalam Liga Super 2018 pada tahun hadapan.


      Keputusan Terkini Final Piala Malaysia 2017 JDT vs Kedah

      $
      0
      0
      Keputusan Terkini Final Piala Malaysia JDT vs Kedah - JDT dan Kedah akan bertemu di final Piala Malaysia pada 4 November 2017 untuk penentuan pasukan mana digelar Juara Piala Malaysia 2017?


      Keputusan Terkini Final Piala Malaysia 2017 JDT vs Kedah
      Final Piala Malaysia 2017 JDT vs Kedah

      Keputusan Terkini Piala Malaysia 2017 JDT vs Kedah


      4 November 2017

      JDT ( 0 ) vs ( 0 ) Kedah
      Lokasi: Stadium Shah Alam
      Masa: 9 malam
      Penjaring gol:

      P/S - Keputusan akan dikemas kini dari masa kemasa sehingga tamat perlawanan.

      4 November 2017 adalah malam penentu pasukan manakah menjuarai Piala Malaysia 2017? JDT atau Kedah?

      Persoalan ini akan terjawab bermula jam 9 malam di Stadium Shah Alam.

      Dapatkah JDT menjulang Piala Malaysia buat pertama kali pada tahun ini atau pasukan Kedah akan digelar sebagai Juara Piala Malaysia dua kali berturut-turut.

      Kedah di awal musim bertemu JDT dalam Piala Sumbangsih 2017 di mana Kedah muncul juara.

      Sementara itu JDT baru saja dinobatkan sebagai Juara Liga Super empat kali berturut-turut.

      Kedua-dua pasukan ada reputasi yang baik untuk mendakap Piala Malaysia. Mereka ada sejarah tersendiri dalam arena bola sepak Malaysia.

      Jom ikuti Keputusan Terkini Piala Malaysia 2017 JDT vs Kedah pada 4 November  untuk mengetahui keputusan mutakhir perlawanan final tersebut.

      Semua peminat kedua-dua pasukan penuhi Stadium Shah Alam bagi memberi sokongan kepada pasukan masing-masing beraksi. 

      Pemain yang ke-12 adalah pembakar semangat untuk pemain kesayangan mereka beraksi dengan penuh semangat kesukanan.

      Ayuh JDT, mahupun Kedah, tunjukkan pasukan merupakan pasukan terbaik di Malaysia. Selamat berjuang......!

      JDT Juara Piala Malaysia 2017

      $
      0
      0
      JDT Juara Piala Malaysia 2017 setelah kemarau kejuaraan selama 26 tahun selepas menundukkan Kedah 2-0 dalam Final Piala Malaysia 2017 JDT vs Kedah 4 November 2017.


      JDT Juara Piala Malaysia 2017
      JDT Juara Piala Malaysia 2017

      JDT Juara Piala Malaysia 2017


      JDT ( 2 ) vs ( 0 ) Kedah
      Lokasi: Stadium Shah Alam
      Masa: 9 malam
      Jumlah penonton: 80,000
      Penjaring Gol:
      - Aidil Zafuan Razak (JDT) - minit ke-2.
      - Gonzalo Cabrera (JDT) - minit ke-62.

      Final Piala Malaysia berlangsung di Stadium Shah Alam, perlawanan bermula jam 9 malam.

      Perlawanan penuh dramatik ini menyaksikan JDT menjuarai Piala Malaysia setelah menundukkan musuh tradisi Kedah 2-0.

      Pasukan JDT bermula garang selepas memperolehi gol awal pada minit ke-2 hasil tandukkan pertahanan JDT Aidil Zafuan Razak.

      Walaupun Kedah menguasai perlawanan, namun tidak berupaya merobekkan pertahanan JDT terutamanya ketangkasan penjaga gawang JDT Izham Tarmizi Roslan.

      Bersambung babak separuh masa kedua berlangsung, JDT dan Kedah saling berbalas serangan namun gagal diterjemahkan gol buat pasukan masing-masing.

      Sementara itu strategi jurulatih JDT memasukkan Hazwan Bakri mengantikan Muhammad Ghaddar ternyata dapat memberi impak yang positif buat pasukan JDT.

      Hazwan sentiasa mencipta banyak peluang untuk Natro Insa, Gonzalo Guerra untuk mengkucar-kacirkan pertahanan Kedah.

      Akhirnya pada minit ke-62, Gonzalo Cabrerra bijak menyempurnakan sepakan hasil hantaran Hazwan Bakri menewaskan penjaga gawang gol Kedah Irwat  Akmal.

      Keputusan 2-0 kekal hingga ke wisel penamat. JDT Juara Piala Malaysia 2017.

      Impian Kedah untuk menjulang 3 piala musim ini musnah apabila sekadar memperolehi 2 piala iaitu Piala FA dan Piala Sumbangsih.

      Hasrat ketua jurulatih Kedah, Nidzam Adzha Yusoff untuk mendakap Piala Malaysia sebagai jurulatih terkubur.

      Tahniah buat pasukan JDT Juara Piala Malaysia 2017.

      AirAsia Tawar Tempat Duduk Percuma Selama Seminggu

      $
      0
      0
      AirAsia Tawar Tepat Duduk Percuma Selama Seminggu bermula 13 November 2017 sehingga 19 November 2017. 

      Inilah peluang anda sekeluarga untuk pergi melancong ke destinasi menarik di dalam negara atau luar negara.


      AirAsia Tawar Tempat Duduk Percuma Selama Seminggu.
      AirAsia - Free Seats


      AirAsia Tawar Tempat Duduk Percua Selama Seminggu


      Lihat kepada promo atau tawaran yang AirAsia berikan amat menarik. Kenapa tidaknya? Ia memberi 5,000,000 (5 Juta) tempat duduk percuma atau free seats kepada penumpang yang ingin memilih destinasi pilihan mereka.


      AirAsia Tawar Tempat Duduk Percuma Selama Seminggu
      AirAsia - Destinasi Pilihan


      Inilah masanya untuk penumpang memilih destinasi di mana nak pergi, dalam negara atau luar negara.


      Tarikh Promosi Tempat Duduk Percuma


      12 November 2017 (Ahad)
      - 12 November 3017 adalah tarikh atau masa yang dikhaskan untuk 'BIG Member Priority Booking Period' buat tempahan.

      13 Nov - 17 Nov 2017 (Isnin-Jumaat)
      - Tarikh ini adalah tempoh masa yang dikhaskan untuk orang awam untuk buat tempahan atau dipanggil 'Public Booking Period'.

      Tempoh masa penerbangan atau Travel Period bermula 7 Mei 2018 sehingga 31 Januari 2019.

      Bolehlah pilih tarikh dan masa terbaik untuk penumpang pilih. Kebanyakan masa cuti sekolah, Syarikat Penerbangan Tambang Murah AirAsia tidak memberi tambang murah pada waktu tersebut.

      "Going Somewharw? Why not go with our 'FREE SEATS'! Hit the 'going' button to get the latest updates about our #AirAsiaFREESEATS! 
      5,000,000 promo seats are waiting for you! See You!


      Saya dah cuba pilih masa cuti sekolah 2018, tambangnya agak mahal begitu juga waktu atau masa hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Haji dan Hari Kemerdekaan, yakni bulan Ogos.

      Alhamdulillah.... saya dah tempah untuk balik ke Kelantan. Tarikh yang saya tempah adalah 10 Mei 2018 (KL-KBR) dan 22 Mei 2018 (KBR-KL).

      Kami sekeluarga seramai 7 orang dan hanya perlu bayar RM 304.00 sahaja, pergi dan balik dari KL ke KB dan dari KB ke KL. Bayaran untuk charge duti dan fee lain lagi.

      Betul-betul murah gilerrr......

      Jom kita pakat booking tempat duduk percuma dengan penerbangan AirAsia kerana AirAsia Tawar Tempat Duduk Percuma Selama Seminggu kepada para penumpang untuk melancong atau balik kampung. 

      Masih ada masa lagi untuk korang tempah sebelum ianya berakhir pada 19 November 2017.

      Selamat melancong dan selamat balik kampung serta makan angin sepuas-puasnya dengan Penerbangan Tambang Murah AirAsia, destinasi pilihan anda.

      Hubungi untu booking...
      AirAsia
      RedQ - Jalan Pekeliling 5, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 2), 64000, Sepang, Selangor.

      Cara Tambah Aplikasi Sama Dalam Satu Smartphone

      $
      0
      0
      Cara Tambah Aplikasi Sama Dalam Satu Smartphone anda tanpa perlu menggunakan banyak phone lain untuk memasangnya. Dalam dunia teknologi apa saja boleh dilakukan.


      Cara Tambah Aplikasi Sama Dalam Satu Smartphone
      Multiple Accounts


      Cara Tambah Aplikasi Sama Dalam Satu Smartphone


      Dalam dunia teknologi masa kini, semuanya mudah untuk melakukan apa saja. Hanya download melalui Play Store (Google Play) dan pasang (install) di smartphone dan terus gunakannya.

      Tidak terkecuali dengan pemasangan aplikasi yang sama dengan menambahnya dalam satu smartphone anda dan tidak perlulah bawa pergi ke hulu dan ke hilir dalam poket atau beg dengan phone yang banyak di sisi.

      Banyak aplikasi untuk tambah akaun anda seperti whatsapp, Facebook, Instagram, Telegram, Games dan sebagainya.

      Salah satu yang selalu saya guna adalah Multiple Accounts - 2Accounts. Jangan lupa kongsikan kebaikan artikel ini.


      Cara Tambah Aplikasi Sama Dalam Satu Smartphone
      Aplikasi - Multiple Accounts - Play Store

      Aplikasi Multiple Accounts

      Apa itu Mutiple Account? Boleh baca keterangan di bawah. Tak faham boleh translate saja... Saya pun bukanya faham sangat pun.....

      Multiple Accounts 
      Do you have two accounts for Messaging, tired to log in and out to receive different message? 
      Do you have multi game accounts, want them all online to get double experience? 
      Do you have double social accounts for work and personal life,wish them to parallel? 
      Now Multiple Accounts(2 Accounts) is created to fulfill your dream! 
      "2 Accounts" is designed for users who log in more than Two Accounts of One App with only One Phone, while data of your main account and second account are in parallel and separate storage. 
      ★ One app, All message:
      We support most Instant Messaging. Multiple accounts can work simultaneously on one device, connect different friends and share parallel information.
       
      ★ Double Game Experience :
      You can open two game accounts for Google Play and get experience for both accounts at the same time! We now support 99% of top games!
       
      ★ Fast Switch between Interface 
      ★ Privacy and Security
      In addition, you can become our VIP and get more professional features, such as: 
      ★ Security Lock: Lock your apps, protect your privacy from peeking 
      ★ Secret Zone: Move your secret apps in, protect your secrets in your phone
      FEATURES:
      - Upgraded UI, clear notification to help you fast switch between two accounts.
      - Parallel Function, separate storage, zero conflict!
      - Small and low CPU consume.


      Aplikasi paling senang dan mudah diguna-pakai. Hanya add (tambah) saja akaun mana yang anda ingin tambah. Whatsapp ke, Facebook ke, Instagram ke? Apabila lebih akaun digunakan, tidak perlulah kita log in dan log out untuk guna sesuatu akaun.

      Bagi yang sudah guna, saya ucapkan tahniah dan yang masih belum guna, gunalah sekarang. Ia akan memudahkan kerja anda.

      Boleh guna satu untuk berurus niaga dan satu lagi sebagai akaun peribadi (personal). Mudahkan urusan seharisn anda.

      Ada juga yang pakai DISA, Parallel Space. Itu terserah kepada pilihan masing-masing. 

      Setiap aplikasi ada kelebihan dan kekurangannya. Nak uji dulu pun boleh, itu terserah kepada pilihan anda.

      Saya hanya berkongsi kebaikan yang telah saya gunakan, senang untuk korang juga dan boleh guna untuk kemudahan dan kesenangan bersama.

      Ada apa-apa kebaikan yang saya guna, saya akan kongsikan bagi menyenangkan pembaca setia blog saya untuk turut sama menggunakannya.

      Cara Tambah Aplikasi Sama Dalam Satu Smartphone.

      Wassalam....


      Buat Duit Program Affiliate Cari Jodoh Baituljannah

      $
      0
      0
      Buat Duit Program Affiliate Cari Jodoh Baituljannah sangat mudah dan ianya percuma.

      Satu program yang sangat menarik untuk sesiapa saja untuk mendapat jana income beribu-ribu ringgit sebulan secara berterusan.


      Buat Duit Program Affiliate Cari Jodoh Baituljannah
      Program Cari Jodoh Baituljannah


      Fahami Apa Itu Program Affiliate Baituljannah


      1. Anda daftar sebagai ejen affiliate di Baituljannah.

      2. Anda buat pilihan naik taraf akaun affiliate untuk komisen lebih berganda atau teruskan guna akaun percuma.

      3. Anda berkongsi URL beserta ID anda melalui pelbagai medium media sosial seperti blog, facebook, Instagram, Twitter, Whatsapp, Wechat, Telegram, emel dan sebagainya.

      4. Dalam media sosial anda boleh rekrut 2 jenis cara:

      - Anda rekrut calon cari jodoh. Anda hanya perlu kongsi URL ID anda bersama rakan-rakan anda dan rekrut mereka mendaftar di Baituljannah untuk mencari jodoh. Apabila mereka mendaftar, anda dapat komisen.

      - Anda rekrut cari rakan melalui affiliate. Anda hanya perlu ajak rakan-rakan anda mendaftar sebagai ejen affiliate seperti anda. Setiap kali mereka berjaya merekrut pendaftaran baru untuk mencari jodoh, anda turut menikmati komisen.

      Tekan di sini untuk mendaftar.


      Buat Duit Program Affiliate Cari Jodoh Baituljannah


      Tidak perlu dipertikaikan lagi bahawa program affiliate cari jodoh menerusi lawan sesawang Baituljannah sangat besar potensi untuk dapatkan duit beribu-ribu ringgit secara percuma.

      Apa yang perlu dilakukan hanyalah berdaftar secara percuma dan selepas itu berkongsi sahaja link khas (ID link) yang diberikan oleh pihak baituljannah.

      Anda boleh berkongsi di mana-mana saja media sosial untuk anda dapatkan komisen yang diberikan jika anda berjaya mendapatkan rakan-rakan lain yang berminat.

      Usah risau kerana ianya Program Cari Jodoh yang patuh syariah.


      Jana Income RM10K Dan Gajet


      Jana Income RM10K setiap bulan hanya berkongsi URL dan artikel blog seperti ini yang saya tulis di ruangan ini pun adalah salah satu cara.

      Ia program affiliate Baituljannah yang patuh syariah dan terbuka kepada sesiapa saja, ia sesuai untuk yang betul-betul mahu menjana pendapatan sampingan.

      Pendaftaran adalah percuma. Ini bermakna anda tidak perlu bayar satu sen pun untuk mendaftar tetapi dalam waktu yang sama boleh jana pendapatan.

      Bukan itu saja..... ada hadiah untuk yang mahu rebut gajet yang ditawarkan oleh pihak Baituljannah. Ganjaran ini sah sehingga 15 Februari 2018.

      - Phone 8 plus 256GB (Terhad 6 unit sahaja)
      - Macbook Air "13" (Terhad 6 unit sahaja)
      - Lumix DMC-G85 (Terhad 3 unit sahaja)


      Buat Duit Program Affiliate Cari Calon Jodoh
      Gajet Untuk Dimenangi


      Peluang Anda Dapat Jodoh Sepadan


      Bukan sesuatu yang mustahil jika anda daftar program ini, tidak disangka-sangka boleh bertemu jodoh dengan insan yang sepadan dengan anda dan mempunyai ciri-ciri yang anda impikan.

      Apa yang perlu dilakukan hantar mendaftar dan bila sudah diterima kelulusannya, bolehlah isi maklumat anda di dalam sistem yang disediakan oleh pihak Baituljannah menerusi borang yang telah disediakan.

      Jodoh pertemuan, ajal dan maut di tangan Tuhan. Oleh itu.... tidak salah kita mencuba dengan progam ini.

      Ianya bukanlah lebih kepada cari jodoh sahaja tetapi ada juga dikaskan untuk yang betul-betul mahu buat duit dengan percuma.

      Dalam waktu yang sama boleh rebut hadiah menarik yang disediakan untuk mereka yang dapat mencapai target yang telah ditetapkan oleh pihak Baituljannah.

      Jangan tunggu lagi, ramai yang sudah berdaftar dan peluang anda masih terbuka. Apa yang penting kena berusaha lebih daripada orang lain tadi pesaing kita.

      Selamat berjaya untuk semua rakan-rakan.



      Viewing all 381 articles
      Browse latest View live