![]() |
Toysrus |
Toysrus Bakal Ditutup Akibat Bankrap
Bubar Parlimen Pada 7 April 2018
![]() |
PM Bubar Parlimen 7 April 2018 |
Bubar Parlimen Pada 7 April 2018
Pilihan Raya Umum Ke-14 Pada 9 Mei 2018
![]() |
Suruhanjaya Pilihan Raya |
Pilihan Raya Umum Ke-14 Pada 9 Mei 2018
Tarikh-Tarikh Penting PRU Ke-14
PRU14 - 9 Mei 2018 Diisytihar Cuti Umum
![]() |
PRU14 - 8 Mei 2018 Cuti Umum |
9 Mei 2018 Diisytihar Cuti Umum oleh kerajaan sempena dengan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-14.
PRU14 - 9 Mei 2018 Diisytihar Cuti Umum
Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata, "Perlaksanaan pilihan raya pada tarikh hari bekerja (Rabu) bukanlah merupakan perkara baru.
Ia telah beberapa kali sebelum ini. Ia menunjukkan bahawa telah beberapa kali pada hari bekerja iaitu pada PRU1 (1959), PRU6 (1982), PRU9 (1995) dan PRU10 (1999).
Ini bukannya menjadi isu, sewajarnya tunaikan tanggungjawab sebagai pe gundi sebaik mungkin" katanya dalam satu kenyataan akhbar semalam.
Oleh itu, dengan pengumuman cuti umum oleh kerajaan, maka seharusnya majikan yang masih meneruskan operasi pada hari mengundi, mereka dikehendaki memberi tempoh yang munasabah kepada pengundi yang bekerja untuk keluar mengundi mengikut peruntukan Subseksyen 25(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
PRU14: Menang Bendera Kalah Pilihan Raya
PRU14: Menang Bendera Kalah Pilihan Raya
Adakah Bendera Banyak Menang Pilihan Raya?
![]() |
PRU14: Pilihan Raya Umum Ke-14 |
PRU14: Parti Mana Tubuh Kerajaan?
Happy 6th Birthday Lazada - Syok Shopping Di Lazada
Happy 6th Birthday Lazada - Syok Shopping Di Lazada
- 25 April 2018 (Rabu) - Midea Fully Automatic 12kg Washing Machine berharga RM855.00. Harga sebenar RM1299.00. Kos penghantaran RM97.50. Jumlah perlu dibayar RM952.50.
- 25 April 2018 (Rabu) - Chelstar Portable Gas BBQ cooker berharga RM174.00. Harga sebenar RM266.00. Kos penghantaran RM3. Jumlah perlu dibayar RM179.00.
- 25 April 2018 (Rabu) - Car Back Seat Organizer Multifunctional Storage Back Pocket Bag ( Dari Grey). Harga RM18.00, harga sebenar RM49.00. Kos penghantaran percuma. Saya beli 2 set. Perlu bayar RM28.00 sahaja.
- 26 April 2018 - (Preinstall 1009 Channel + Latest App) Mxq Pro 4aK TV Box Android Box Ipta TV Box Malaysia. Harga ditawarkan RM130.00 Harga sebenar RM399.00. Kos penghantaran percuma.
Tips Memilih Pakej Fotografi Perkahwinan Terbaik
Tawaran yang mereka tawarkan amat menarik dengan pelbagai hadiah yang lumayan seperti cabutan bertuah. Diantara hadiahnya adalah seperti set kelengkapan perabot di rumah, pakej berbulan madu, penginapan di hotel 5 bintang 1 hari 2 malam dan barangan elektrik.
Oleh yang demikian.....
Inilah waktu yang sesuai jika mahu melengkapkan saat-saat bahagia apabila digelar raja sehari nanti.
Boleh dirakam menjadi nostalgia yang paling indah dalam hidup iaitu dengan memilih pakej fotografi perkahwinan yang terbaik.
Agar suatu hari nanti anak, cucu-cicit kita ingin mengimbau kembali detik indah ini.
Tips Memilih Pakej Fotografi Perkahwinan Terbaik
Majlis perkahwinan yang sempurna dan meriah berserta mendapat pujian ramai menjadi impian setiap bakal pengantin.
Penampilan yang menjadi idaman setiap pengantin terutama penampilan imej ratu dan raja sehari akan menjadi majlis resepsi bertambah ceria dan menjadi viral di media sosial.
Ini akan menyerlahkan lagi kegembiraan di raut wajah pengantin, ibubapa pengantin, adik-beradik, sanak-saudara serta rakan-rakan.
Di sini saya berikan beberapa Tips Memilih Pakej Fotografi Perkahwinan Terbaik agar tidak menyesal selepas melangsungkan perkahwinan nanti.
Berkonsepkan kepakaran dan kemahiran yang tinggi, maka jangan tunggu lagi apa yang ditawarkan oleh Orange Photograghy?
Hasil ketua seni fotografi mereka adalah pakar, berkemahiran tinggi, berpengalaman luas, profesional, komited, berdedikasi dan efisen.
Kenapa ramai yang memperkatakan tentang syarikat Orange Photography ini? Di mana kelebihan dan keistimewaan yang mereka tawarkan?
- 10 Tahun Berpengalaman Luas
Boleh lihat album-album di bawah hasil karya mereka di Orange Photography.
3 Single Foto
3 Design Album
- Studio Yang Canggih
Di Orange Photography, mereka memiliki studio sendiri yang serba canggih dan menjalankan perkhidmatan mengambil pelbagai variasi gambar dalam banyak sudut, pencahayaan yang ceria, suasana santai dan tone warna yang sesuai dengan lokasi.
Ini memberi lebih keyakinan kepada pelanggan untuk terus mendapat perkhidmatan mereka.
![]() |
Studio Yang Canggih |
- Team Yang Dedikasi
Dalam apa jua organisasi, team yang dedikasi amat dititikberatkan. Ada 3 ciri yang mereka ada dapat memberi pelanggan rasa teruja teramat sangat.
![]() |
Team Yang Dedikasi |
1. Photography/Fotografi
Semua orang suka akan fotografi yang skemanya panorama imej, khidmat dan tenaga mereka korbankan untuk capture momen indah di hari perkahwinan amat teruja. Bukan msjlis perkahwinan saja tetapi mereka juga ada pakej untuk keraian, ulangtahun maupun persorangan yang ingin arkibkan foto sebagai kenang-kenangan. Ini akan menjadikan gambar anda mampu bercerita.
2. Film/Filem
Penghasilan video yang memuksu pasti disertakan kualiti dan gambar setanding dengan yang profesional. Namun di Orange Photography ia menjadikan detik-detik bahagia anda tersimpan molek berkurun lamanya dengan great story di hari istimewa.
3. Design/Rekaan
Dalam teknologi moden, setiap design dan album yang dihasilkan membuatkan kita tersenyum dengan penghasilan album yang unik, menarik dan kontentnya yang padu, malah mampu buat anda berasa bangga apabila ada rakan-rakan sekeliling melihatnya. Kepuasan hati pelanggan adalah juga menjadi kepuasan hati team Orange Photography
- Mesra Pelanggan
Team mereka amat menitik berat setiap aduan dan komen untuk meningkatkan lagi servis yang mereka berikan. Setiap pelanggan akan dilayan dengan penuh mesra agar tidak ada pelanggan merasa kecewa.- Pakej Menarik Harga Berpatutan
Pakej yang menarik dengan harga yang berpatutan amat diteliti dengan suasana dan musim perkahwinsn àgar ia tidak membebankan bakal mempelai. Diantara pakejnya adalah seperti berikut:Harga pakej untuk 2 event photo RM2,000.
- 2 Event Coverage (Nikah & Sanding)
- Custom Album 10x12
- Exclusive Frame 16x24
- Free Outdoor
- Free Edited Photo
- Free Box & Bag
Banyak lagi pakej fotografi perkahwinan dan pakej lain yang mereka sediakan.
- Testimoni
Setiap perkhidmatan yang fitawarkan menarik perhatian pelanggan dan mereka akan pasti akan menempahkan lagi pakej jika berpuas hati dengan servis mereka. Untuk tidak mengecewakan boleh lihat foto-foto di bawah ini sebagai bukti testimoni.![]() |
Testimoni 1 |
![]() |
Testimoni 2 |
- Servis dan Khidmat Terbaik
Ini bermakna ia memberi kepuasan terhadap pelanggan merrka dengan pakej fotografi perkahwinan terbaik, memuaskan, murah lagi jimat berbelanja tanpa ada pembaziran dari pihak bakal pengantin.
Senarai Peserta Contest SEO Pakej Fotografi Perkahwinan:
- http://www.ajumohit.com
- http://sobrimansor.net
- https://mrhanafi.com
- http://modernmumthingy.com
- https://www.nurzariniismail.com
- https://www.dianarashid.com
- http://onlajer.com
- http://www.pokucu.com
- http://www.iuzira.com
- http://www.mommyfiqa.com
- http://ohduit.com
- https://adna2029.blogspot.my
- http://www.sensasi2020.com
- <Url Blog>
- <Url Blog>
- <Url Blog>
- <Url Blog>
Maklumat Penaja Utama Contest Ini
- Tel : 017-296 2141 / 017-211 6634
- Email : photography_orange@yahoo.com
- Website: https://theorangephotography.com
- Alamat : T3-1D, Tingkat 1, Kompleks Amaniah, 68100 Batu Caves, Selangor.
Ada lagi keperluan lain yang masih penting dan diperlukan selain daripada yang kita bicarakan di sini iaitu:
- Pakej Fotografi Perkahwinan.
- Lokasi seperti hotel, dewan atau rumah.
- Pakej katering untuk santapan para tetamu dan pengantin.
- Juru Solek atau Mak Andam.
- Set Pelamin
- Tempahan baju pengantin
Semoga dengan terbitnya entri ini "Tips Memilih Pakej Fotografi Perkahwinan Terbaik" ini sedikit sebanyak dapat memberi ada segala info yang diperlukan apabila tiba giliran untuk kita jadi raja sehari pula.
Kecewa Dengan Telekom Malaysia
![]() |
TM Sasar 1.5 Juta Pelanggan Tahun 2018 |
Kecewa Dengan Telekom Malaysia
Ini memberi pelanggan lebih banyak maklumat diperolehi bagi memajukan diri, kerjaya, pekerjaan, perniagaan dan sebagainya.
Port penuh tu maknanya tiada port kosong untuk dipasang. Walhal saya dah pun pindah rumah dari rumah pangsa ke rumah teres di taman perumahan baru, namun masih juga disebabkan port penuh.
![]() |
Di sinilah kabel Port TM Dipasang |
Bagi mendapat kepastian saya buat pendaftaran melalui online pun sama juga. Berhubung melalui chat online daripada crew/staf mereka pun sama juga. Mereka ambil nama saya dalam pelanggan yang menunggu.
Bagi saya..... nak tunggu sampai bila? 1 hari, 1 minggu, 1 tahun atau 10 tahun?
Sebelum ini pun saya ada juga daftar untuk langgan streamy di kawasan tempat tinggal lama tidak juga berjaya akibat port penuh.
Siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini. Saya Kecewa Dengan Telekom Malaysia.
Kita sedia maklum, Telekom Malaysia mencatatkan keuntungan bersih terkumpul RM929.749 juta dalam tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017, meningkat 19.8 peratus berbanding RM776.031 juta tahun sebelumnya. Oleh itu tiada masalah untuk menambah kuota port yang penuh di setiap kawasan terutama di perumahan, kawasan penduduk padat supaya rakyat dapat menikmati jalur lebar berkelajuan tinggi.
Diharap pihak Telekom Malaysia ambil langkah yang bijak dengan meningkatkan lagi perkhidmatan untuk pelanggan agar tidak tertipu dengan promosi dan perancangan mereka bagi mencapai keuntungan yang tinggi tetapi tidak bertindak untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan. Realisasikan harapan dan inspirasi Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad menjadikan negara maju menjelang tahun 2020.
Harapan saya agar TM ambil tindakan segera dalam isu ini agar nama baik dan perkhidmatan mereka tidak terjejas disebabkan kerana port penuh.
Wassalam.....!
Kempen 1 Tikus RM3
![]() |
Kempen 1 Tikus RM3 |
Kempen 1 Tikus RM3
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengeluarkan ganjaran sebanyak RM170,000 menerusi "Kempen 1 Tikus RM3" semenjak ia dianjurkan pada tahun 2012.
DBKL telah mengeluarkan 200 kompaun terhadap peniaga yang tidak memberikan beg plastik jenis biodegradasi.
Semoga banyak lagi Kempen 1 Tikus RM3, kempen-kempen dan gotong-royong lain yang perlu dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) agar imej KL sebagai bandaraya terkemuka di dunia tidak tercalar akibat kerana tikus-tikus terbabit.
Apa Itu Strok?
![]() |
Apa Itu Strok? |
Apa Itu Strok?
2 Jenis Strok Perlu Diketahui
- Strok Berdarah (Haemorrhagic Stroke) - Ia terjadi disebabkan saluran arteri atau pembuluh darah di otak pecah dan berlakunya pendarahan. Jika ianya berlaku darah akan meresap masuk ke dalam tisu otak dan merosakkan sel-sel lain yang terdapat pada otak, seterusnya menyebabkan otak tidak dapat berfungsi dengan sempurna
- Strok Iskemia (Ischemic Stroke) - Ia terjadi apabila saluran darah menjadi sempit disebabkan daripada kolestrol dan sisa-sisa lain. Keadaan ini akibat ketulan-ketulan darah terbentuk, seterusnya menganggu perjalanan darah ke otak.
Kenali Tanda Strok
- Penglihatan menjadi kabur.
- Sakit kepala yang teruk.
- Keliru atau tidak faham percakapan seseorang.
- Kebas tangan, kaki dan muka.
- Pening atau sakit kepala (Migrain).
- Kesedaran hilang.
- Tersedu mendadak.
- Kehilangasn keseimbangan dan koordinasi.
- Sesak nafas dan lelah.
- Kesakitan pada muka atau anggota badan.
- Terasa mual dan muntah.
- Sakit dafa.
- Keletihan atau lesu.
- Lumpuh muka.
- Jantung berdebar-debar.
- Peluh berlebihan.
- Kecelaruan apabila bercakap.
- Separa lumpuh.
- Tidak dapat berjalan dan lumpuh.
- Kesukaran mengunyah dan menelan makanan.
Difinisi Strok
- Strok ialah serangan neurologi apabila bekalan darah ke otak terganggu.
- Apabila saluran darah dalam otak yang merupakan pusat saraf tubuh tersekat, tersumat, terganggu atau terhenti. Ini mengakibatkan sel-sel otak kekurangan oksigen dan nutrien.
- Seterusnya ia menyebabkan bahagian otak gagal berfungsi secara beransur-ansur, lantas mengakibatkan berlakunya strok.
Amalan Hidup Terjadinya Strok
- Tabiat pemakanan yang tidak sihat dan tidak seimbang.
- Amalan ketagih alkohol dan rokok.
- Obesiti
- Kurang melakukan senaman atau bersukan.
- Tekanan darah tinggi.
- Diabetes disebabkan pembuluh darah lemah.
Cara Mencegah Terjadinya Strok
- Mengawal tekanan darah tinggi atau hipertensi.
- Menjaga berat badan atau diet yang seimbang.
- Menurunkan jumlah koestrol dan lemak tepu.
- Berhenti merokok.
- Berhenti minum alkohol.
- Lakukan senaman dengan lebih kerap.
- Elak pengambilan dadah.
- Elak makan makanaan yang berminyak dan berlemak.
Rawatan Untuk Strok
- Rawatan Moden - Rawatan untuk strok melibatkan rawatan kecemasan sebaik sahaja serangan strok berlaku dan rawatan rehabilitasi atau fisioterapi selepas pesakit strok stabil. Pesakit strok yang mengalami simptom awal serangan harus dihantar ke wad kecemasan secepat mungkin.
- Rawatan Segera - Rawatan segera sangat penting untuk mengelak kematian. Rawatan kecemasan awal boleh mengurangkan kerosakan otak dan meningkatkan kesembuhan.
- Rawatan Kecemasan - Rawatan kecemasan melibatkan penggunaan ubatan atau pembedahan akan mengeluarkan darah beku dari otak.
- Rawatan Rehabilitasi - Rawatan Rehabilitasi dilakukan selepas pesakit stabil untuk membantu mendapat kekuatan fizikal, mengembalikan keupayaan fungsi badan dan membolehkan pesakit berdikari.
- Rawatan Al-Quran - Rawatan Al-Quran melalui ayat tertentu memiliki mukjizat membantu penyembuhan strok. Sejarah pengalaman pakar pusat rawatan Islam mengubati pesakit strok, ramai mengalami perubahan sangat positif selepas rawatan menggunakan ayat suci al-Quran.
Shopee Lancar Perkhidmatan Shopee24 Express Delivery
![]() |
Shopee Online Shop |
Shopee Lancar Perkhidmatan Shopee24 Express Delivery
Jangan Mudah Terpedaya Dengan Pelaburan Palsu
![]() |
Pelaburan Palsu Skim Cepat Kaya |
Jangan Mudah Terpedaya Dengan Pelaburan Palsu
Berhati-Hati Dengan Skim Pelaburan Lumayan
- Pengambilan deposit secara tidak sah
- Skim perniagaan mata wang asing tidak sah
- Aktiviti perniagaan perkhidmatan kewangan tidak sah
- Amalan pasaran yang tidak wajar oleh pemegang lesen yang dikeluarkan oleh BNM.
- Penyalahgunaan nama BNM, dan nama serta jawatan pegawai kanan BNM.
- Aktiviti kewangan haram lain yang disebut dengan nyata di bawah undang-undang dan peraturan berkaitan yang ditadbir oleh BNM.
Piagam Muafakat Nasional #hpu914
![]() |
Piagam Muafakat Nasional #hpu914 |
Piagam Muafakat Nasional #hpu914
Kerjasama UMNO-PAS
![]() |
Piagam Muafakat Nasional |
Gagal Dahulu Berjaya Kemudian
![]() |
Gagal...Gagal...Gagal... Aduiiii.... |
Gagal Dahulu Berjaya Kemudian
Gagal sekali Tidak Bermakna Gagal selamanya
Diabetes Membunuh Dalam Diam
![]() |
Diabetes |
Diabetes Membunuh Dalam Diam
Diabetes membunuh dalam diam yang akan merosakkan organ-otgan badan tanpa sebarang sipmtom yang jelas kepada pesakit.
Kita harus sedar bahawa implikasi boleh dihadapi oleh penghidap seperti kegagalan buah pinggang, stroke, serangan jantung amputasi dan boleh mengakibatkan mata menjadi buta.
Ia boleh mengundang mimpi ngeri kepada penghidapnya. Maka sesungguhnya kita perlu sedar mengenai penyakit diabetes ini. Jangan mengambil mudah, wahai sekalian masyarakat terutamanya rakyat di negara kita.
Komplikasi Akibat Diabetes Melitus
- Diabetik retinopati.
- Diabetik neuropati.
- Diabetik foot disease.
- Penyakit jantung.
- Kegagalan buah pinggang.
Apa itu diabetik retinopati?
Diabetik retinopati adalah lerosakan pada retina yang disebabkan oleh komplikasi diabetes. Paras gula yang tinggi dalam darah menyebabkan salur darah tersumat dan terhasil salur darah baru yang rapuh dan mudah pecah. Ini ,mengakibatkan penglihatan mata merosot dan seterusnya boleh menyebabkan buta.Tanda dan Gejala Diabetik Retinopati
- Tiada tanda dan gejala diperingkat awal.
- Melihat apungan (floaters) atau bentuk hitam di dalam mata.
- Sukar melihat di waktu malam.
- Penglihatan kabur dan terhalang (black spot) di kawasan tengah penglihatan.
- Diplopia melihat imej berganda.
- Mata merah.
- Peningkatan tekanan mata.
Faktor Risiko Diabetik Retinopati
- Paras gula dalam darah tidak dikawal.
- Menghidap diabetes melitus lebih lama.
- Obesiti.
- Merokok.
- Lain-lain masalah kesihatan seperti tekan darah tinggi dan kolestrol yang tidak terkawal.
- Pesakit diabetis yang sedang mengandung (hamil).
Jenis Diabetik Retinopati
- Retinopati proliferasi - Berlaku apabila salura darah baru yang tidak normal dan rapuh terbentuk. Salur darah itu mudah pecah dan mengakibatkan pendarahan dalam mata yang menyebabkan buta secara tiba-tiba.
- Retinopati tanpa proliferasi - Biasanya tidak mengganggu penglihatan. Berlaku hanya sedikit pendarahan.
- Pembekakkan makular - Terjadi akibat cairan retina yang bocor. Boleh merosakkan penglihatan tengah.
Bagaimana Jika Mempunyai Faktor Risiko?
Panduan Membeli Alat Navigasi GPS Terbaik
Panduan Membeli Alat Navigasi GPS Terbaik
Jangan pula kita terleka dengan alat navigasi GPS sebagai penunjuk arah tetapi sebalik pula yang berlaku sehingga kita melalui arah bertentangan.
Kelekaan inilah selalu terjadi apabila asyik menggunakan aplikasi GPS menggunakan telefon pintar atau alat navigasi GPS.
Peristiwa ini terjadi kepada seorang wanita yang tiba-tiba berada dilaluan melawan arus di susur keluar Sungai Dua, Pulau Pinang, baru-baru ini.
Ikuti Panduan Ini Jika Tidak Mahu Tertipu
Ikuti Panduan Membeli Alat Navigasi GPS Terbaik yang akan saya huraikan demi kemudahan anda semua supaya tidak tertipu dan berhati-hati dalam memilih dan membeli alatan tersebut.Berhati-hati membeli alat navigasi GPS di pasaran terutama secara dalam talian seperti Lazada, Shopee, Ali Baba, Amazon dan sebagainya.
Ikuti panduan ini sebagai langkah berjaga-jaga....
Apakah faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan bagi sebuah GPS terbaik perlu diketahui sebelum membuat pilihan. Ada beberapa faktor yang patut diambil perhatian...1. Ciri-Ciri Utama
Kita perlu mengetahui ciri-ciri yang diperlukan sebelum membuat pilihan untuk membeli navigasi GPS. Diantaranya adalah seperti berikut....- Saiz dan Resolusi Skrin Paparan
Resolusi juga amat perlu dititikberatkan agar paparan yang dilihat tidak menyakitkan mata. Boleh cuba daya penglihatan dengan pelbagai saiz dan resolusi agar dapat membaca input pada skrin dengan lebih selesa.
- Penerimaan Isyarat (Signal Receiver)
GPS yang murah biasanya mempunyai isyarat penerimaan yang rendah tetapi bukan semua ianya dianggap begitu. Buat pembandingan dengan mengujinya sebelum membeli.
Arahan Suara Audio Boleh dikatakan semua GPS mempunyai arahan audio yang berbeza-beza . Ada yang jelas suaranya jelas, ada yang tidak jelas, ada yang bersuara lunak dan ada pula yang suara lemau.
Pilihan mana yang sesuai dengan pilihan anda. Apa yang menariknya, sebahagian besar GPS menggunakan suara wanita untuk memberi arahan audio?
- Pelarasan Perjalanan Automati
- Penyelarasan Fungsi (Function Setting)
2. Bajet
Jika bajet sekitar RM200 - RM300, hanya dapat unit yang bersaiz kecil dan fungsi yang terhad.
Jika perlukan penjimatan, boleh saja lihat model-model keluaran terdahulu tetapi harus berwaspada, jangan sampai terbeli unit dengan peta jalan yang sudah ketinggalan zaman atau pun sudah tidak mempunyai peluang untuk dinaik taraf terutama daripada syarikat yang sudah tutup operasi mereka.
Bajet juga memerlukan sama ada anda mahu memilih unit binaan dalaman sekali dengan sistem audio atau pun unit berasingan yang boleh dibawa ke mana-mana.
Unit binaan dalaman biasanya lebih mahal dan unit berasingan pula mudah dibawa keluar jika pengguna menggunakan kenderaan yang berbeza.
3. Pemprosesan (Processor)
Sebagai sebuah komputer kecil, GPS juga memerlukan sebuah pemprosesan yang laju untuk membuat perkiraan dan memilih laluan yang sesuai untuk ditujui.
Pemprosesan yang kurang baik akan membuatkan ianya lambat untuk diproses dan kadang-kadang boleh membuat tersekat (hanged), sekaligus mengganggu kelancaran perjalanan kita.
4. Peta Elektronik
Sebelum membeli kita harus pastikan juga kemudahan peta dan kemudahan naik taraf (update) terkini supaya jalan atau peta kawasan adalah yang terkini.
Jangan sampai terbeli unit peta yang sudah ketinggalan zaman dengan potongan harga yang luar biasa.. Ingat... jalan raya sentiasa berubah.
Jangan sampai sudah masuk parit, baru terhegeh-hegeh mahu kemas kini peta tersebut.
Jika mahu melakukan update terlalu mahal ataupun syarikat terbabit telah tidak beroperasi lagi (tutup). Lupakan saja unit tersebut dan cari unit lain.
5. Alternatif Lain
Kemunculan telefon pintar yang canggih dengan pelbagai kemudahan terkini mungkin menyebabkan era penggunaan alatan navigasi GPS makin berkurangan.
Namun sebagai pemandu, kita merasakan adalah wajar alat navigasi GPS tidak terlalu mahal dijual dipasaran.
Bateri juga memainkan peranan yang penting. Penggunaan kuasa bateri yang agak tinggi akan mempercepatkan casnya habis.
GPS lebih mudah dengan hanya ,menyambung soket kuasa untuk tenaga berterusan. Namun kuasa bateri juga penting jika bekalan kuasa terputus atau tergendala tanpa mengetahui punca sebenar.
Pesanan untuk semua, jika mahu dapatkan alatan navigasi sila ikuti "Panduan Membeli Alat Navigasi GPS Terbaik" ini... agar kita tidak menyesal dengan apa yang kita mahukan terhadap alatan ini
Jadual Peperiksaan UPSR 2017
![]() |
Pelajar Menduduki Peperiksaan UPSR 2017 |
Jadual Peperiksaan UPSR 2017
![]() |
Jadual Peperiksaan UPSR 2017 (Isnin) |
![]() |
Jadual Peperiksaan UPSR 2017 (Selasa) |
![]() |
Jadual Peperiksaan UPSR 2017 (Rabu) |
![]() |
Jadual Peperiksaan UPSR 2017 (Khamis) |
![]() |
Jadual Peperiksaan UPSR 2017 |
Panduan Membeli Alat Navigasi GPS Terbaik
![]() |
Alat Navigasi GPS Terbaik |
Panduan Membeli Alat Navigasi GPS Terbaik
Ikuti Panduan Ini Jika Tidak Mahu Tertipu
Ikuti panduan ini sebagai langkah berjaga-jaga....
- Saiz dan Resolusi Skrin Paparan
- Penerimaan Isyarat (Signal Receiver)
- Arahan Suara Audio
- Pelarasan Perjalanan Automatik
- Penyelarasan Fungsi (Function Setting)
Apa Itu Covid 19 (Novel Coronavirus)?
![]() |
Covid 19 (Novel Coronavirus) |
Apa Itu Covid 19 (Novel Coronavirus)?
Tanda-Tanda Gejala Dijangkiti Covid 19
![]() |
Langkah-Langkah Pencegahan Covid 19 |
Langkah-Langkah Pencegahan Covid 19
- Mengunakan penutup muka dan hidung (mask) ketika deman, batuk, selesema. Hidung dan mulut perlu ditutup ketika bersin dan perlu segera mencuci tangan.
- Ikuti perintah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh kerajaan.
- Segera mendapatkan rawatan kesihatan apabila deman, batuk dan selesema.
- Makan makanan yang seimbang dengan memperbanyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan.
- Kerap mencucu tangan menggunakan sabun atau sanitizer.
- Elak sebarang sentuhan dengan orang lain, binatan peliharaan dan perlu segera mencuci tangan jika terdapat sentuhan fizikal bersama haiwan.
- Kekal aktif dan mendapat rehat yang mencukupi. Selalu bersenam untuk kekal sihat.
- Elak daripada memakan sebarang daging yang mentah dan tidak masak atau separuh masak.
Krisis Air Selangor 5 Juta Sensara Ketiadaan Air
Krisis Air Selangor 5 Juta Sensara Ketiadaan Air
Gangguan bekalan air yang dihadapi kira-kira 5 juta penduduk di sekitar Lembah Kelang meibatkan 1.2 juta pemegang akaun akan berterusan selama empat hari lagi untuk dipulihkan sepenuhnya.
Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor), Suhaimi Kamarulzaman berkata, "Gangguan bekalan air itu berlaku apabila Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 serta Rantau Panjang masih tercemar akibat daripada kilang selenggara mesin dan jentera".
Katanya lagi, "Usaha untuk memulihkan pencemaran itu mengambil masa yang lama dan pihaknya perlu memastikan benar-benar bersih dan selamat sebelum disalurkan kepada pengguna".
"Setakat pukul 2.30 petang semalam, pencemaran air di Sungai Selangor masih lagi dikesam di muka sauk loji tersebut dan berada pada tahap 1 TON. Ia hanya akan mula beroperasi sekiranya bacaan menjadi 0 TON".
"Kami memandang serius isu ini kerana telah menyebabkan LRA tersebut diberhentikan operasi sehingga 30 jam" katanya,
Tambahnya lagi. "Gangguan ini menyebabkan pihaknya tidak dapat menyalurkan 2,767 juta liter air ke 1,292 kawasan yang terjejas di sekitar Lembah Kelang".
Menurut Suhaimi Kamarulzaman lagi, "Air Selangor menyediakan perkhidmatan tangki air dan lori tangki untuk diletakkan di kawasan yang terjejas".
"Pengguna juga disarankan mendapatkan bekalan air melaluipili-pili awam dan Pusat Khidmat Setempat yang beroperasi 24 jam sehingga bekalan air pulih sepenuhnya" katanya sambil memberitahu sampel air telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Alam sekitar, Teknologi Hijau, sains Teknologi Dan Inovasi dan Hal Ehwal Pengguna, Hee Loy Sian berkata, "Pencemaran bau yang melanda Sungai Selangor itu disyaki berpunca daripada sebuah kilang bengkel mesin dan jentera berat di Rawang, Selangor".
Kilang Diarah Tutup Serta-Merta
"Kita telah mengarahkan kilang itu ditutup serta-merta semalam. Siasatan mendaoati tempat itu tidak mempunyai sistem pembuangan sisa yang efisen" katanya.
Tambahnya lagi, "Minyak hitam daripada jentera berat telah mengalir ke longkang dan bersambung terus ke sungai berhampiran premis tersebut".
Menuru Hee Loy Sian, "Ini kejadian yang kedua mel;ibatkan bengkel tersebut. Kali pertama berlaku pada hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pemilik premis telah dikompaun sebanyak RM60,000.
Dalam pada itu, Menteri Sains Teknologi Dan Inovasi, Khairy Jamaludin Abu Bakar berkata, "Beliau akan membawa usul untuk meminda Akta Industri Perkhidmatan Air dan Kualiti Alam Sekitar kepada kabinet".
"Ia perlu kerana sudah sampai masanya mereka yang terlibat mencemarkan ait dikenakan hukuman yang lebih berat. Sumber air perlu dilihat sebagai kategori keselamatan negara", katanya melalui ciapan Twitternya semalam.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Selangor, Nor Aziah Jaafar mengakui tindakan yang dikenakan sebelum ini gagal memberi pengajaran kepadab pemilik kilang tersebut.
Kami sebagai pengguna menalu-alukan agar dikenakan tindakan atau hukuman yang paling berat dan semoga kilang itu dirobohkan dan ditarik lesen jika ianya memang meyalahi undang-undang dan akta.
Jadikan semua ini sebagai pengajaran kepada kilang-kilang lain agar mematuhi apa-apa akta ditetapkan oleh kerajaan supaya sungai kita sentiasa bersih, selamat untuk digunakan.